Friday, November 1, 2013

ADHD



ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) yang mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.

Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan.

Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Tanda dan gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih daripada enam gejala daripada kategori berikut:

A. Kurang tumpuan



  • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
  • Mempunyai masalah untuk mengatur aktivitinya
  • Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
  • Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
  • Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
  • Tidak berupaya mematuhi arahan
  • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan fokus dan fikiran
  • Mudah hilang perhatian
  • Pelupa

    B. Hiperaktif 
  • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dan resah di tempat duduknya
  • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
  • Berlari-lari dan memanjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
  • Bising waktu bermain
  • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
  • Banyak bercakap

    C. Menurut kata hati (Impulsiviti) 
  • Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
  • Tidak sabar menunggu giliran
  • Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain. 
  • No comments:

    Post a Comment

    Tempah IKLAN anda di sini

    IKLAN
    IKLAN
    IKLAN
    IKLAN
    Advertise Now!