Thursday, November 21, 2013

APA DIPERLUKAN SELEPAS DAPAT 5A?


Seperti yang telah kami nyatakan, kami sedang mendalami pengkajian module pendidikan dunia. Setakat ini kami dapati sistem pendidikan kita belum cukup baik untuk memanusiakan manusia. 5A tidak lebih sekadar pertanda awal kemampuan menghafal, penggunaan otak kiri anak kita. Biasanya apabila masa dan tumpuan terlalu banyak diberi untuk mencapai kejayaan ini, banyak pula pengisian takwa, jatidiri , kreativiti, sahsiah dan akhlak akan tercicir.

Ibubapa perlu pastikan yang anak sebegini segera dibangunkan sahsiahnya pada setiap ruang masa yang ada. Iringi kejayaan anak dengan ucapan tahniah dan zahirkan kesyukuran yang berpaksikan kesedaran. Ajak anak ini untuk meluahkan kesyukuran dengan kejayaan yang telah dicapai agar tiada timbul rasa riak dan meninggi diri. Didik anak untuk berjumpa dengan rakan taulan yang kurang berjaya untuk berkongsikan kejayaan yang diterima. Elak dari menampakkan sesuatu yang boleh menghiris keluarga dan anak-anak lain yang kurang berjaya, khasnya anak yatim dan fakir miskin.

Seterusnya ajar anak untuk membentuk kerjasama dengan rakan taulan, mengharungi cabaran masa depan dengan berjemaah. Buang sebarang sikap sombong dan pupuk semangat belajar secara koperatif, bukan terlalu kompetitif. Jika perlu, minta anak kita untuk membimbing rakan sebaya yang lemah. Jika kita kaya, ajar anak kita untuk berpuasa, ajar anak untuk belajar berperikemanusiaan, menabur jasa kepada manusia sejak kecil lagi. 

Ini akan insyaAllah mampu membentuk jiwa prihatin anak-anak kita, belas kasihan dan sangat bertimbang rasa. Jangan takut rugi dan berlumba-lumba menjadikan anak kita untuk meninggikan sosial status dalam keluarga kita. Orang kaya yang tawaduk adalah penghulu syurga. Orang pandai yang tunduk merendah diri sangat dihormati manusia. Dalam kajian sosiologi Islam, kita akan disayangi bila mengamalkan sifat belas dan mengasihani. 

Inilah kesan psikologi dari amalan orang kaya dan orang pandai terhadap masyarakatnya. InsyaAllah dengan kerja berjemaah, anak kita yang pandai akan lebih sempurna dn bahagia. Jika kita kaya, anak yang pemurah akan memberikan keberkatan dan keselamatan terhadap harta dan keluarga kita. Orang kaya yang dihormati wajar menjadi penghulu syurga kerana dia bukan saja akan disayangi dan dilindungi Allah, bahkan juga oleh setiap lapisan manusia. Inilah hakikat sejahtera bagi anak yang pandai atau ciri sikaya penghulu syurga.


Sumber: WARGA PRIHATIN FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!