Monday, November 25, 2013

Blogger Copy-Paste

 

Benarkah blogger informasi dalam Dunia Blog Malaysia hanyalah blogger yang tahu copy-paste sahaja? Haa ... ini adalah antara pendapat yang telah diberikan oleh salah seorang pengunjung blog tersebut. 

 

Apa kata anda?

.............................................................................................

 

Bagi Blogger En Hasrul Hassan, beliau menyatakan bahawa: 

 

Tidak Salah Menjadi Blogger Copy-Paste Asalkan ....

  • Tidak salah menjadi blogger copy-paste, asalkan tahu bertanggungjawab dengan entri tersebut, dan memberikan sumber asal serta backlink yang sepatutnya.
  • Tidak salah menjadi blogger copy-paste andai anda tahu cara menyampaikan mengikut gaya anda sendiri.
  • Tidak salah menyebarkan informasi asalkan apa yang disalin dan ditampal itu merupakan satu fakta dan bukannya satu cerita rekaan atau fitnah. Apatah lagi ia yang boleh mengaibkan.

Secara amnya, saya boleh katakan kebanyakkan blogger informasi memang ramai yang menjadi blogger copy-paste; ia jalan mudah dan pantas tanpa perlu susah payah nak cari bahan dan selidik sendiri.

Tapi kalau mahu jadi seorang blogger informasi yang disegani, diyakini, dihormati dan mendapat tempat dan ruang secukupnya di dunia blog mahupun dunia nyata, jadilah blogger informasi yang kurang bab copy-paste ini.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!