Sunday, November 17, 2013

Ulangtahun kelahiran...perubahan ciri2 autisma Faqihah 2013

12 tahun pada 17 Nov 2013
Dikenalpasti autisma pada 2004.  Semua ciri2 autisma ada pada Faqihah. Ciri tambahan yang ada ialah hiperaktif. Merubah segala kehidupan kami.

Dibawah adalah senarai ciri2 autisma. Perubahan telah berlaku kepada Faqihah setelah mengikuti sesi rawatan OT dan ST. Dengan bimbingan Teacher Ruby di Brighter Future. Didikan semasa di sekolah dibawah seliaan En Zaini.

Perubahan yang berlaku adalah seperti berikut:

1) Tidak mampu Bersosial
a) Tidak menghiraukan orang lain. 
b) Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,
c) Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
d) Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium
e) Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
f) Lebih suka bermain sendiri
g) Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi

CATATAN: Tiada ciri2 yang dinyatakan di atas.

2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
a) Lambat bercakap
b) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
c) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
d) Bercakap dalam nada yang pelik – seperti menyanyi atau bercakap macam robot
e) Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
f) Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya

CATATAN: Tiada ciri2 yang dinyatakan di atas. 

3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
a) Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan. Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan
b) Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
c) Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan diluar kawalan.
d) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
e) Tidak boleh duduk diam
f) Menunjukkan keinginannya dengan dengan orang dewasa

CATATAN: Para a, b, d dan  e masih kelihatan.

4) Masalah Tingkah Laku
a) Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
b) Bersikap positif – tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk
c) Tidak tahu bersosial – jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan
d) Aktif tetapi perangai pelik – kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

CATATAN: Semua ciri2 di atas masih kelihatan

Usaha masih dilakukan dalam memastikan Faqihah dapat dipulihkan ke tahap semaksimum mungkin dengan mengamalkan produk Attitude Therapy.

Sehingga kini Faqihah masih berada dalam kelas pendidikan khas kerana masih menghadapi masalah tingkahlaku.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!