Saturday, November 23, 2013

KENALI POTENSI ANAK YANG SEBENAR


Seperti yang telah kami terangkan, bagi yang tidak mendapat 5A, namun masih dapat sebarang A atau B harus kita ucap tahniah dengan yakin. Iringi ucapan tahniah itu dengan kucupan dan dakapan sayang serta kata-kata semangat. Tuding diri kita dulu di mana kurangnya kita dalam mendidik anak anak ini. Hadiahkan mereka dengan aliran energi dan semangat kita melalui AURA tutur bicara yang lebih positif, melalui sentuhan hangat badan yang istiqomah dan penuh aura kasih sayang. 

Kemampuan anak untuk mendapat sebarang A, B atau C sudah CUKUP UNTUK MEMBUKTIKAN ANAK INI MEMPUNYAI KEMAMPUAN AKAL yang berpotensi. Anak begini tiada kurangnya kerana mereka masih ada kemampuan ‘membaca’ dan ‘mengira’. Itulah kemampuan “iqra’ dan perkiraan furqon” yang sangat fundemental untuk bekalan kejayaan masa depannya. Dengan memiliki ciri ini tidak mustahil mereka akan lebih cemerlang dari kita. Apa yang perlu kita lakukan di sebalik ‘kegagalan’ mendapat 5A itu ialah mengkaji di mana kelemahan, kelebihan dan minat anak-anak kita.

Terimalah hakikat alam di mana kebanyakkan orang yang berjaya melangit adalah orang yang sederhana tapi pandai ‘membaca’ dan ‘mengira’. Itulah kemampuan ‘iqra’ dan furqon’ namanya. Kebanyakan mereka juga dari keluarga susah, bukan yang berjaya dengan menghafal dan mengharapkan ganjaran sahaja. 

Kejayaan yang terhasil atas dasar mengejar habuan dunia inilah sebenarnya yang sedang menjadi punca gejala bangsa. Ini boleh menggalakkan penipuan, penindasan dan runtuhnya nilai kemanusiaan. Yang paling penting akhir hidup anak sebegini mudah untuk berubah menjadi buruk, khasnya apabila diperlukan berbuat sesuatu tanpa ganjaran sebarang laba. Selain contoh anakku Sazali, banyak sekali kes anak yang dimanjakan dengan harta meninggalkan ibu bapa di rumah orang tua atau di wad hospital.

Pelajarilah kaedah rahsia bagaimana ramai manusia hebat seperti Bill gate, Sultan Muhamad Al-Fateh, Mark Zuckerberg, BonSiew, Lim Go Tong dan ramai lagi yang sebaris dengan mereka mencapai kejayaan tanpa budaya 5A. Mereka ini berjaya ‘membaca dan membuat kira-kira’ dari segi konteks, bukannya teks. Mereka tahu apa yang mereka minat lalu mereka fokus untuk membajanya menjadi potensi kerjaya yang luar biasa. 

Di kalangan founder RPWP sendiri ramai yang sangat berjaya dalam pelajaran, pekerjaan dan perniagaan padahal UPSR mereka ada yang tiada A walau satu pun. Kretiviti dan kepintaran akal dan tangan mereka sangat luar biasa. Ingatlah, akademik bukan segala-galanya. Selain tokoh-tokoh di atas, kejayaan agama oleh para Nabi juga hasil pembelajaran otak kanan, hasil talaqqi mereka dengan Allah melalui pemerhatian alam. (QS 2:37).


Sumber: WARGA PRIHATIN FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!