Saturday, November 9, 2013

Pertikai OKU anak syurga?


Ini komen seseorang yang lebih mencintai binatang dari anak OKU di dalam blog. Kadang-kadang kalau berbahas dengan orang jahil ni membuang masa sahaja.

Berikut adalah komen yang dinyatakan oleh beliau:

"Kita tak boleh mengatakan sewenang-wenangnya anak cacat tu tu anak syurga... Syurga dan neraka itu rahsia ALLAH SWT... Even Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak menjamin anaknya Zainab yang wafat sebelum baginda SAW bebas dari himpitan kubur, even Nabi Ibrahim AS sendiri pun tidak berani menjamin dirinya masuk ke syurga walhal ALLAH SWT telah menjanjikan syurga untuk NabiNya.. so akak tanya balik diri akak tu siapa ye?? nak kata anak cacat tu anak syurga.. 

So plz STOP dengan ayat2 klise mcm ni.. kadang2 membuatkan orang lain jadi muak mendengarnya... Pernahkah akak mendengar satu hadis tentang Hisab pada hari akhirat kelak bahawa Hisab yang seadil-adilnya akan digunakan untuk menghitung amalan hamba-hambaNYA? jadi adakah anak-anak cacat ini akan terlepas dari hisab tersebut? Sedangkan kambing yang patah tanduknya akan dihidupkan kembali di akhirat kelak supaya membalas balik perbuatan sahabatnya yang mematahkan tanduknya..

Jika benar anak cacat ni anak syurga... tolong masukkan atau attached potongan hadis, atau ayat Al-Quran, atau pendapat para ulama tentangnya...

Saya pernah berdepan dan melihat dengan mata kepala saya sendiri dengan 1 orang budak cacat yang menyeksa seekor anak kucing sehingga anak kucing tu lumpuh dan tidak boleh berjalan lagi, hampir setengah tahun Tuan kepada kucing tersebut menjaga, memberi makan, mandikan, cuci najis (sebab kucing tu dah tak boleh buang air secara normal lagi) sehinggalah seorang Doktor haiwan menyarankan supaya kucing tersebut disuntik mati sebab terseksa melihat kucing tersbut yang lumpuh dan tak boleh menguruskan dirinya lagi... So akak, saya nak tanya adakah budak cacat tu anak SYURGA???? Layakkah budak cacat tu masuk syurga?"

Wajarkah komen tersebut dibuat oleh penulis berkenaan?

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!