Wednesday, December 18, 2013

PMR: Pencapaian Calon OKU 2013



Seramai 30,988 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, PMR 2013 memperoleh keputusan cemerlang iaitu semua gred A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.41 peratus berbanding 30,474 calon yang mendapat keputusan sama pada tahun lalu.

Pada keseluruhannya, pencapaian calon dalam 17 mata pelajaran bertambah baik dengan peningkatan sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional, GPN.

Katanya, bagi calon berkeperluan khas, seramai 11 calon daripada 2,300 calon menduduki PMR mendapat keputusan cemerlang.

Bagaimanapun, pencapaian keseluruhan calon terbabit pada tahun ini menunjukkan penurunan gred purata sebanyak 0.05 mata.

Bagi jurang calon bandar dan luar bandar pula, pencapaian calon bandar lebih baik namun jurangnya pada tahun ini semakin mengecil sebanyak 0.01 mata daripada 0.26 mata pada tahun lalu kepada 0.25 mata tahun 2013.

Sumber: http://www.tv3.com.my

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!