Wednesday, December 11, 2013

Ajar anak cara bermain


Cabaran utama ialah kanak-kanak autism tidak faham apa yang best sangat dengan bermain? Kenapa nak kena main? Penting sangat ke?

Kanak-kanak belajar dengan cara bermain. Mereka explore, berimaginasi dan membentuk kreativti melalui permainan. Kemahiran sosial juga dipelajari semasa proses bermain. Maka tidak hairanlah jika kami (therapist) memaksa kanak-kanak autism untuk bermain dengan pelbagai cara. Saya katakan di sini sebagai ‘memaksa’ kerana sememangnya kita target untuk ajar tingkah laku bermain walaupun mereka tidak berminat langsung dengan aktiviti bermain tersebut.

Dalam peringkat awal ini, kita mesti tanamkan dalam fikiran kita bahawa kita nak ajar dia, nak latih dia, berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan target kita. Jangan PUTUS ASA.

Mereka mungkin akan baling barang, tak nak pegang pun mainan tu, bangun ke tempat lain dan buat tak kisah.

Namun, berbekalkan semangat ‘TAKKAN MENGALAH’, maka teruskan usaha anda.

image

Pastikan anda faham teknik tingkah laku. Mesti ada langkah – kesan dan akibat.
1) permainan apa?
2) bagaimana langkah bermain?
3) bila dianggap selesai?
4) ganjaran?


Contoh:
1) permainan apa?
* Main masak-masak.

2) langkah bermain
* tuang air dari teko ke dalam cawan
* letak buah atas pinggan
* suap teddy dengan sudu

3) bila dianggap selesai?
* apabila semua mainan disimpan dalam kotak.

4) ganjaran?
* dapat iPad.

Selamat mencuba dan mencuba tanpa putus asa.

Sumber: https://rubyatika.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!