Tuesday, December 10, 2013

Anak Lewat Bercakap


Masalah Anak Lewat Bercakap sering dihadapi oleh kebanyakan ibubapa. Lewat  bercakap menyebabkan kegelisahan dikalangan ibubapa. Ibubapa merasa tertekan memikirkan masalah yang anak mereka hadapi. Mereka tidak mengetahui punca masalah tersebut.

Berikut dinyatakan punca dan jenis masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut serta tindakan yang perlu diambil. 

A. Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah:

1. Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)
2. Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)
3. Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)

B. Ada 2 Jenis Masalah Lambat Bercakap:

1. Kelewatan Ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi)
2. Kelewatan Reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang).

Jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah. Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat. Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan. Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

C. Masalah Pendengaran – Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran. Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah. Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!