Sunday, December 15, 2013

Bas Elektrik Pertama di Malaysia

Melaka perkenal bas elektrik mulai Januari 2014 - Idris Haron



Setelah Perak memperkenalkan Lampu Isyarat Berkabel Pertama di Malaysia, kini Melaka pula bakal perkenalkan Bas Elektrik Pertama di Malaysia.

Dimaklumkan bahawa, Melaka akan menggunakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd bermula bulan depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Kajian peringkat akhir sedang dilakukan bagi menentukan laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan bagi perkhidmatan bas elektrik yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

Berbanding penggunaan bas diesel syarikat itu pada masa sekarang, perkhidmatan bas elektrik dapat menjimatkan pelbagai kos antaranya penyelengaraan dan bahan api yang sentiasa meningkat.

Kos permulaan bas elektrik ini agak besar tetapi  dengan penjimatan yang kita dapat dengan guna bas elektrik ini akan mendatangkan pulangan jangka panjang kepada kita.

Bas elektrik itu mempunyai kelajuan maksimum 45 kilometer sejam, mampu membawa sehingga 35 penumpang dan boleh bergerak sejauh kira-kira 400 kilometer sebelum dicas semula.


Sumber: http://www.astroawani.com

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!