Monday, December 9, 2013

Beban kerja Ummi

Gambar Hiasan

Bebanan kerja ummi bermula pada tahun 2010 apabila beliau ditempatkan di Bahagian XXX, Jabatan Kejuruteraan YYY dimana sebelum ini bertugas di Jabatan ZZZ.

Komitmen yang perlu diberikan ialah berkerja sehingga lewat petang. Kadang2 menghampiri jam 7 mlm baru balik kerja. Di rumah terpaksa membuat kerja2 yang bertimbun. Sabtu atau Ahad turut kena datang ke pejabat untuk melunaskan kerja. Bukan itu saja, awal pagi terpaksa bangun untuk siapkan kerja.

Pelbagai keluhan didengari dari beliau tapi nak buat macam mana.

Sebahagian kerja rumah terpaksa abah yang tolong buatkan. Termasuk menguruskan anak.

Apa2 pun genab 5 tahun nanti belaiu nak buat permohonan bertukar.

Tidak sepatutnya beliau ditempatkan di bahagian itu kerana tugasan mencabar yang hanya sesuai untuk golongan lelaki. Manakala di tempat kerja tersebut juga, hampir 95% adalah lelaki. Beliau terpaksa pula belajar pada peringkat awal bertugas kerana bidang tugas tidak sama dengan sekarang.

Moga ummi terus diberi kekuatan untuk melaksanakan kerja2 sebaik mungkin.

Apa kerja ummi?

Ada kaitan dengan gambar di atas.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!