Friday, December 6, 2013

Blog JANA RM750 sebulan


Buat masa ini, blog teman masih belum mampu mencapai pendapatan sebanyak dinyatakan diatas. Matlamat teman bukannya wang tapi ilmu yang disebarkan. Agar dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang memerlukan. Fokus teman ialah autisma dan OKU.

Walaubagaimanapun teman tertarik dengan entri yang sahabat lain tunjukkan bagaimana mereka menjana pendapatan daripada blog. Mungkin kengkawan boleh usahakan menggunakan strategi yang ditunjukkan jika berminat untuk menambah pendapatan.


Antara yang dinyatakan seperti berikut:

Trafik merupakan satu aspek yang paling penting bagi setiap blog yang mana bilangan pengunjung yang hadir ke blog kita untuk membaca ataupun mencari info melalui artikel/entri yang kita hasilkan untuk sesuatu topik . 

Bagi mendapatkan trafik yang tinggi , seorang blogger perlulah pandai memilih niche bagi tajuk untuk artikel yang akan dihasilkan ini kerana pembaca akan klik tajuk yang hangat . Pada boe , sumber trafik yang tinggi mampu menjadikan sesebuah blog itu menjana pendapatan sehingga 3 hingga 4 angka dalam sebulan . 

Mari kita buat sedikit perkiraan .Sebagai contoh , setiap 50 daripada pengunjung yang singgah diblog kita dan mengklik iklan nuffnang kita adalah seramai 5 orang dan menghasilkan pendapatan sebanyak RM 0.20 bagi setiap klik .  

Bayangkan blog anda memperoleh 500 pageviews setiap hari dan anda memperoleh sebanyak 50 Klik yang membawa anda memperoleh pendapatan sebanyak RM 25 untuk satu hari . bukankah ianya satu pendapatan yang lumayan? . . jika setiap hari anda memperoleh rm 25 x 30 : RM 750 sebulan dan ianya satu nilai yang besar .

So cara untuk mendapatkan traffik yang banyak blogger perlulah :
i. Sentiasa mengupdate blog dengan posting yang baru
ii . Pingkan blog anda ke generator trafik seperti busuk.org .kartikel.com dan sebagainya
iii. Blogwalking ke blog2 lain dan meninggalkan link URL anda agar mudah untuk di jejaki
iv. Melibatkan diri dalam ruangan forum dan sebagainya .

Moga sama-sama dapat manfaatkan.


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!