Monday, December 16, 2013

Cabaran Matematik UPSR/PBSMR/SPM Kini


Mulai tahun  2013, pelajar sekolah telah diperkenalkan dengan soalan2 beraras tinggi dalam setiap peperiksaan yang mereka tempuhi diperingkat upsr, pbsmr dan spm. Tiada lagi soalan2 mudah diberikan.

Nak kongsi sikit tentang perkara tersebut di mana maklumat diperolehi daripada Math Catch FB.

Sudahkah anda TAHU apa itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ? (Penting)

Info MC hari ni sangat PENTING.
Ianya akan menjadi tanda aras awal dimana
anak Anda akan berada 10 tahun 
akan datang.

Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM 
akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi 
Menjelang tahun 2016.

Ianya lebih dikenali sebagai "Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher 
Order Thinking Skill (HOTs)"

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus 
diterapkan bermula sekarang.
Bersediahkah Puan?

Luangkan MASA 5 MINIT untuk beri
peluang MC FAHAMKAN Puan
dengan apa yang berlaku dalam dunia
pendidikan kita sekarang..



JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK
terbahagi kepada 2.Rutin & Bukan rutin

# A # RUTIN
Aras Rendah
** Tidak memerlukan murid untuk menggunakan 
kemahiran berfikir pada aras tinggi.
CONTOH 1:
Maria membeli sekotak susu dengan harga
RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga
RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar
oleh Maria?


# B# BUKAN RUTIN
Aras Tinggi
1) Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
2) Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada
1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi 
matematik.


CONTOH 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga
RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga
RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada
jurujual. Berapakah bilangan syiling yang 
diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu
memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 
sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda

Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.

Puan jumlah "A" bukan lagi perkara
yang penting.Yang penting bagaimana anak
Puan mempunyai kemampuan menyelesaikan
masalah.

Tak lama lagi GAYA soalan ditanya untuk pelajar
Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah smaa sekali

#1# Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)
*Zaman dulu Soalannya mungkin seperti dibawah :

Bundarkan 726 kepada 
ratus yang terdekat?

anak Puan mungkin boleh faham dengan 

pantas..

Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini?

#2# Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills) 

Apakah nombor yang boleh
dibundarkan kepada 700?

Cuba Puan fikir dan berikan jawapan dengan 

pantas
Banyak jawapan bukan? timbul rasa ragu? dan 

perlukan
berhenti untuk berfikir sekejap bukan?


Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.

Pelajar pelajar cina memanfaatkan cuti sekolah
ini sepenuhnya dengan belajar kemahiran berfikir 
ini.Ada juga yang menyertai kelas Olympiad 

Mathematics
secara intensif.

Tak hairan kenapa tahap keyakinan pelajar cina 
sangat tinggi berbanding pelajar-pelajar lain
apabila buka sekolah nanti..

Bila masuk kelas nanti ,Nampak macam sama-sama 
baru nak belajar tetapi hakikatnya persediaan
jauh berbeza.

Puan Nak tahu lebih lanjut tentang
Kemahiran berfikir ini ,nantikan emel seterusnya 
dari MC.

MC tak pasti samaada Puan baca atau tidak
maklumat yang sangat-sangat penting ini.

Jika anda semua baca, apa kata anda
tolong komen sekejap kat bawah ni

"MC tolong TULIS lebih banyak info tentang KBAT"

Kalau tak ramai yang baca MC tak berminat nak 

kongsi dengan anda lagi tentang ini.


Sumber: Math Catch

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!