Sunday, December 15, 2013

Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Ipoh Naik 0.5%



Bermula Januari, kadar cukai taksiran bagi semua pegangan harta di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh akan naik sebanyak 0.5 peratus, kata Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim.

Katanya kenaikan itu dibuat setelah tiada kenaikan sejak 32 tahun yang lalu.

Menurutnya kali terakhir kadar cukai taksiran naik adalah pada 1982.

“Sejak tahun 1982 lagi, tiada kenaikan dibuat sehinggalah tahun 2014 akan berlaku sedikit perubahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat dan sijil pengiktirafan Gred A untuk permis yang ke 200 kepada restoran Marianis di De Garden, Ipoh hari ini.

Beliau berharap pembayar cukai dapat menerima kenaikan tersebut.

Katanya lebihan hasil yang diperolehi daripada kenaikan cukai taksiran itu akan dikembalikan kepada masyarakat dalam bentuk pembangunan menjelang tahun depan.

“Dengan pembangunan yang pesat, dengan kehadiran penduduk yang banyak, maka keperluan untuk peruntukan pembangunan juga perlu ditingkatkan,” katanya.

Katanya lagi kenaikan cukai tersebut untuk meningkatkan kualiti perkerja yang ditugaskan menyelenggara Bandaraya Ipoh antaranya lampu jalan, kebersihan bandar dan kemudahan awam yang lain.

“Walaupun ada aduan mengenai cukai taksiran tersebut, saya harap warga kota menyambut baik perkara tersebut untuk kemajuan bandaraya Ipoh, malah kerajaan negeri telah meneliti kebaikan dan keburukan perkara tersebut,” katanya.

Beliau percaya MBI akan dapat mengatasi segala aduan tersebut seterusnya menepati kehendak pembayar cukai selaras dengan kenaikan yang mereka tanggung.

Menurutnya, antara kadar taksiran yang akan dinaikan ialah, pegangan di kawasan dan taman perumahan (termasuk Kampung Paloh), rancangan perkampungan Tersusun, pegangan Kampung Baru, tanah pertanian yang dimajukan, tanah lombong dan bagunan kilang. Petikan dari Peraknews.com pada 13 Disember 2013.


Sumber: MBI FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!