Friday, December 13, 2013

Kak Long ke Kem Tahfiz


Hadir Kem kali Pertama 2011

Kak Long, Noor Fakhira Izzah Izzati SMK Convent Ipoh, bakal menyertai Kem Tahfiz pada 14 - 28 Dis 2013 ( 2 Minggu / Bermalam). Lapor diri di INTEM jam 2 petang.

Lama dah nak hantar kak long dalam program seumpama ini. Jun Lepas ada daftar kat Al-Barakah dibawah kelolaan Ustad Kazim tapi pihak Al-Barakah menangguhkan program tersebut kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Ianya berlalu begitu sahaja.

Dikesempatan ini diharap pengisian yang ada dalam program tersebut akan meningkatkan jati diri kak long dalam menghadapi kehidupan yang mencabar.

Selepas kal long menduduki UPSR, ada temuduga untuk memasuki MRSM Alul-Albab (Tahfiz) di Terengganu iaitu MRSM Kota Putra. Tiada rezeki untuk kak long, dia gagal dalam temuduga tersebut.

Apa2pun mungkin ada hikmah di atas kegagalan tersebut.

Keperluan persiapan telah dilakukan disamping yuran penyertaan RM350 telah dibuat di Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri Perak.

Yang mengembirakan kami, kak long pergi dengan kerelaannya sendiri.

Selamat Maju Jaya Kak Long.



No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!