Wednesday, December 25, 2013

Kanak-kanak hiper - OKU



Kanak-kanak hiper juga bawah kategori OKU
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Rohani Abdul Karim 
Dilaporkan terdapat 93 peratus daripada 55,685 orang kurang upaya (OKU) peringkat sekolah merupakan OKU yang mempunyai masalah pembelajaran manakala hanya 7 peratus adalah OKU fizikal. Jumlah sebenar pelajar OKU adalah lebih besar namun kebanyakannya tidak didaftarkan oleh golongan ibu bapa atau penjaga.

Disarankan ibu bapa atau penjaga yang merasakan anak mereka mempunyai masalah pembelajaran agar melakukan pemeriksaan di hospital untuk mengesan tanda-tanda OKU pada peringkat awal.


Masalah pembelajaran ini dia boleh berlaku di kalangan keluarga kita pun, tapi kita tak nampak sebagai OKU dan kita tidak ambil apa-apa campurtangan tetapi sebenarnya apabila bawa ke hospital jumpa doktor rupanya mereka berada dalam kategori masalah pembelajaran seperti dyslexia dan hiperaktif di mana kanak-kanak hiper yang tidak boleh duduk diam juga dikategorikan sebagai OKU

Di bawah kategori masalah pembelajaran yang digariskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual.

Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!