Thursday, December 19, 2013

Keputusan PMR 2013 di Perak


IPOH 19 Dis. - Pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di negeri ini mencatatkan keputusan terbaik dalam tempoh tiga tahun apabila 3,200 calon atau 8.37 peratus daripada 38,872 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Perak, Muhamat Roli Hassan berkata, keputusan tersebut menyaksikan peningkatan sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN) daripada 2.73 mata pada 2012 ke 2.69 mata tahun ini.

Menurut Muhamat Roli, bilangan calon yang mendapat semua E (gagal) pula meningkat daripada 47 orang atau 0.12 peratus pada tahun lalu kepada 53 calon atau 0.14 peratus tahun ini.

"Tahun ini turut menyaksikan pencapaian calon bandar dan luar bandar semakin baik dengan memperoleh gred purata masing-masing 2.58 mata dan 2.82 mata

"Begitu juga dari segi mata pelajaran apabila 10 daripada 15 mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Kemahiran Teknikal dan KHB Pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar pengumuman keputusan PMR 2013 di Jabatan Pendidikan Perak di sini hari ini.

Katanya, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) muncul sekolah terbaik negeri ini apabila 103 daripada 114 calonnya memperoleh semua A dan diikuti Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Sekolah Menengah Sains Tapah dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

Sumber - Blog  YB Sham

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!