Saturday, December 28, 2013

Kopi Segera Pembunuh Senyap


BANYAK BETUL KOPI YANG DICAMPURKAN DENGAN UBAT KUAT SILDENAFIL


Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Vardenafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Penggunaan bahan perangsang seks seperti Sildenafil, Tadalafil dan Verdabafil tanpa pengawasan doktor boleh membawa kesan sampingan yang serius seperti tekanan darah rendah dan pengguna yang mengambilnya akan berasa pening dan pengsan.

Penggunaan bahan pelangsing seperti Sibutramine pula boleh menyebabkan kesan kepada saraf otak serta menyerang organ badan lain sehingga mengakibatkan pengguna mengalami masalah mental dan psikosis.

Sekiranya ia bercampur dengan bahan nitrat yang ada dalam ubatan lain, ia boleh menyebabkan kesan kardiovascular atau serangan jantung.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata ada dua kategori produk minuman segera di pasaran di negara ini, iaitu produk yang asli serta selamat diminum dan minuman erotik yang sudah dicampurkan bahan kimia aktif.

“Bahan kimia ini sangat berbahaya sekiranya produk itu digunakan oleh mereka yang mempunyai sakit jantung atau buah pinggang atau mempunyai masalah lain kerana kesan sampinganya boleh membawa maut,” katanya kepada Berita Harian.

Tinjauan Berita Harian di beberapa lokasi di sini, termasuk sekitar Jalan Raja Bot, Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Abdullah mendapati kebanyakan produk terbabit yang sudah diharamkan Kementerian Kesihatan masih dijual secara terbuka.

Kebanyakan produk itu didapati dijual warga asing yang tidak mengetahui kesan langsung penggunaannya.

Mazlan berkata, minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga RM1 hinggan RM 1.50 sepaket.

“Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli atau menggunakan produk yang dicampuri bahan racun berjadual itu kerana ia boleh membawa maut,” katanya.

Mazlan berkata, di Malaysia, penggunaan Sildenafil, Tadalafil dan Verdanafil biasa digunakan bagi rawatan mati pucuk bagi lelaki yang sudah mendapatkan pengesahan doktor bertauliah, namun dewasa ini penggunaannya disalahgunakan untuk kepuasan seks yang melampau.

“Sifat bahan terbabit yang aktif dan berkesan dieksploitasi golongan pencari keuntungan yang tidak beretika serta tidak menghiraukan kesan buruknya terhadap individu dan masyarakat,” katanya.

Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah;

Café Abang Yes
Candi Gold
Candy 193
Extend Up Energy Drink
Extremen
Extrewomen
Goji Guarana
Goji Guarana Extra
Goji More
Goji Yumberry
Guara Café
HBW Ice Lemon Tea
Hotton Vitality Candy
Ie2 O
King Cappucino
Knight Cofee
Kolek Café Power Plus
Kopi Angguk
Kopi Asmara
Kopi Bagus AAA
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
Kopi Pahlawan
Kopi Super Angguk
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
Maca Max
Macagin Ginseng Candy
Mentalk Candy
Nexus MXP
Night Café
Red Energizer Candy for Men
Royal Beverage Maqrifatun
Sasanergy Drink
Trica Jus
Tri-Max
True SR
Vigor Candy
Vitca-F
Vitca-M
Winnie Beauty V1
XKL Sky Fruit Juice Premix.

Sumber : Berita Harian, Isnin, 15/08/2011

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!