Tuesday, December 10, 2013

Lampu Isyarat Berkabel Pertama di Malaysia




Perak menjadi negeri pertama mempunyai lampu isyarat berkabel yang terletak di persimpangan Felcra Nasarudin lebuhraya Ipoh- Lumut (Bota Kanan).

Projek yang menelan belanja hampir RM180,000 itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrasturktur, Tenaga Dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pada 10 Dis 2013.

Projek menggunakan sistem catenary dan dipasang pada ketinggian 6.5 meter dari aras tanah itu tidak memerlukan penggunaan tiang yang banyak selain selamat, mesra pengguna dan mudah diselenggara untuk jangka masa panjang.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!