Tuesday, December 10, 2013

Masjid Kristal Mengecewakan


Masjid Kristal mengecewakan. Begitulah luahan beberapa pengunjung yang memasuki perkarangan dewan solat masjid terkemuka tanah air, Masjid Kristal. Sebagaimana dilaporkan dalam  akhbar harian Utusan Malaysia bertarikh 6 Disember 2013. Walaupun pak yoep bukan orang Terengganu, turut kecewa terhadap apa yang sedang berlaku ke atas masjid tersebut. Apa tindakan pentadbir masjid?


Apa yang berlaku ialah terdapat bekas baldi takungan air dan pastik memenuhi sekitar dewan solat akibat kebocoran. Bau masam juga dapat dihidu menyambut kehadiran pengunjung akibat karpet basah di dewan solat.

Keadaan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan imej agama Islam dengan gambaran negatif apabila pelancong atau pengunjung bukan Islam melawat rumah ibadat ini.

Diharapkan pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan bagi memastikan pusat pelancongan negara terus berkembang sekali gus memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara.


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!