Saturday, December 7, 2013

MB Terengganu TOLONG SENDIRI mangsa banjir

Kagum dengan keperihatinan MB Terengganu, Dato Ahmad Said membantu mangsa banjir. Ini dinamakan pemimpin berjiwa rakyat. Jarang ditemui pemimpin sebegini.


Ketika Menteri Besar Terengganu melalui jalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ dalam keadaan kelaparan, kerana Situasi yang amat sukar dalam serba kekurangan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa susahnya menghadapi situasi ketika itu.

Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan terdapat dua lori roti Gardeniea yang berada di situ, Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ, pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut.

Tetapi Dato Seri Ahmad Said tetap bekeras mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan sanggup melihat rakyat kelaparan, lalu Dato Seri meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi Manager mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut,

Setelah Dato Seri berbincang dengan Manager pemandu untuk sanggup membayar jumlah yang di terima oleh manager tersebut, maka Dato Seri Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa keadaan.

Ramai yang datang berterima kasih pada Dato Seri, anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelapran dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.

Sumber cerita: Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki )



1 comment:

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!