Thursday, December 12, 2013

KETAGIHAN Ceragem Bed


Pernah dengar tak nama Ceragem Bed? Saya pun baruje dengar, emak mertua 
saya berita. Syok sangat.Die ngan isteri teman pergi kat tempat yang bagi 
service therapy Ceragem Bed ni, free masatu kalo tak silap  hingga kini.Tapi 
seronok dengar mak mertua saya cerita. Kebanyakannya orang2 berusialah pergi
tempat tu. Isteri teman hantar maknya sahaja. Hampir sebulan dah dia berulang-
alik ke situ.

Ceragem ni adalah produk buatan Korea dan dah banyak dipasarkan di negara-
negara lain.Tapi kat negara kitalah rasanya agak baru kot..he2.Ceragem ni katil,
tapi bukan katil biasa yang selesatuh..-D

Ini katil ada fungsi untuk kesihatan.

Kebaikan Ceragem 

-lancarkan perjalanan darah
-legakan sengal2,sakit otot,sakit belakang
-kurangkan stress,perbaiki tidur
-legakan sakit disebabkan arthritis

Prinsip Utama Ceragem

1-Chiropractic

Adalah termasuk dalam perubatan alternatif,dengan menggunakan tangan 
untuk manipulasi/adjust tulang belakang,meluruskan sendi2  tulang belakang
 dengan tubuh.Tujuannya untuk melegakan/melepaskan  tekanan pada sistem 
saraf. Chiropractic membantu penyembuhan(healing)  tubuh dengan sendiri,
dan tubuh dapat berfungsi optimal. 

2-Massage

Urut.Ni tahukan..hu2..mengurut untuk legakan sakit2 otot/sendi, relaxkan otot/
sendi,dan merangsang badan..

3-Moxibustion Effect

Kaedah terapeutik,menggunakan tenaga haba dari campuran herba untuk 
merangsang bahagian badan tertentu.(Target/pressure point). Tujuannya
untuk merangsang badan supaya sembuh(heal),memperbaiki  perjalanan darah 
dan nak bagi  badan relaks.

4-Jade

Boleh menghasilkan infrared yang berguna kepada badan apabila dipanaskan.


Ada sesiapa yan berminat nak membawa ahli keluarga amat digalakkan. 
Percuma sahaja. Lokasi perkhidmatan tersebut ditawarkan ialah di Silibin Perak. 
Kalau  nak beli boleh berurusan kat sana. 


Harganya boleh tahan juga.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!