Friday, December 27, 2013

OKU angkat sumpah sebagai senator

Penterjemah OKU angkat sumpah sebagai senator
Bathmavathi mengangkat sumpah di Parlimen hari ini.
K. Bathmavati menjadi kebanggaan golongan OKU. Amat diharapkan perlantikan beliau sebagai senator akan dapat memertabatkan golongan tersebut. Suara OKU akan didengari oleh masyarakat.  Tidak dipinggirkan oleh masyarakat.

KUALA LUMPUR: K. Bathmavathi, penterjemah Orang Kurang Upaya (OKU) hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Bathmavathi, 59, anggota Majlis Kebangsaan OKU, merupakan penulis dan penterjemah bebas yang dilantik sebagai Senator OKU kedua bagi menggantikan pakar ekonomi cacat penglihatan, Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2009.

Berasal dari Kuala Krau, Pahang, Bathmavathi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dari Universiti Malaya pada 1978 sebelum menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam Pengajian Perpustakaan di Universiti Teknologi Loughborough, United Kingdom pada 1983 dan seterusnya mengambil Sijil Penterjemahan dari Institut Terjemahan Negara pada 2002.

Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Editor Budiman di Universiti Malaya pada 1978 hingga 1979 dan kemudian sebagai Ketua Jabatan Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat dari 1979 hingga 2004.

Bathmavathi ketika ditemui pemberita berkata beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengesyorkan dirinya sebagai senator.

"Saya berharap dengan pelantikan ini dapat memberi peluang kepada saya untuk membangkitkan isu-isu berkaitan dengan hak-hak OKU terutamanya dalam memberikan lebih banyak kemudahan infrastruktur di tempat-tempat awam serta bantuan peruntukan kepada golongan ini," katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim ketika ditemui pemberita berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Akta OKU 2008, bahawa semua OKU perlu diberi peluang sama rata dalam semua aspek.

Beliau turut melahirkan rasa bangga pelantikan Bathmavathi sebagai senator yang mewakili golongan OKU di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!