Tuesday, December 31, 2013

Panduan Azam 2014



Sila Klik... Sangat Kreatif

Assalamualaikum,


Nampaknya bermulanya Tahun 2014 ini, sama ada rela atau terpaksa, agar hidup tidak terjerat beban hutang maka SAYA berazam:


1) Mendahulukan keperluan berbanding kehendak.
2) Meletakkan prioriti dalam kerja agar masa tertumpu kepada peningkatan produktiviti dan perniagaan yang memberikan pulangan yang paling besar.
3) Potong kad-kad kredit yang ada sebab nampaknya dorongan untuk menggunakannya semakin cerah.
4) Mengelak dari melakukan pembaziran. Tidak membeli lebih dari sepatutnya. Makanan tidak dibuang-buang. Lampu pasang mana yang perlu sahaja. Potong Channel Astro yang tidak perlu, jimat hampir RM100 sebulan. Potong dataline pada iPAD dan share Data Line iPhone, jimat RM98 sebulan, atau guna free WiFi.
5) Mengekang diri dari bercuti ke tempat yang jauh yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Lebih baik hidupkan amalan ziarah menziarah. Kalau betul ada lebihan, lebih baik buat umrah.
6) Berkongsi peluang perniagaan dan rezeki dengan lebih ramai orang.
7) Istiqamah mengamalkan pelbagai Amalan Murah Rezeki dan doa-doa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.
 Kurangkan masa di luar, kecuali atas urusan kerja, dan lebihkan masa bersama keluarga di rumah. Sekarang ni, kalau keluar sahaja rumah maka mengalirlah wang keluar dari saku.

InsyaAllah.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!