Sunday, December 8, 2013

Panduan Temuduga MRSM Kak Long



Dikemaskini sebagai panduan kepada adik2 yang bakal menghadiri temuduga MRSM yang dimaklumkan pada 9 Dis 2013. Moga sama2 dapat manfaatkan.

Permohonan Noor Fakhira Izzah Izzati, Kak Long telah diterima dan dipanggil untuk ujian/temuduga pada 10 Dis 2012 mulai jam 10.45 pg di MRSM Ulul Albab Kota Putra, Besut Terengganu. Di antara persiapan yang perlu dilakukan seperti yang nyatakan dibawah.

Mungkin menjadi suatu sejarah bekas pelajar SK Convent menempatkan diri di MRSM dalam aliran akademik/agama di MRSM Kota Putra. Insya-Allah.


1-     UJIAN HAFAZAN. (25 MINIT)
Setiap calon akan diberi masa(kuarantin) selama 25 minit untuk persedian menghafaz 1 mukasurat.Bagi Calon perempuan yang Ma’zurah(uzur) akan diberikan Hadis Hafazan.Seterusnya akan diuji bacaannya semasa proses temuduga.(interview)

2-     TEMUDUGA.(10 MIN)
Calon akan diminta memperdengarkan hafazan,membaca ayat tilawah dan diuji kemahiran Tajwid. Calon akan dinilai dari aspek
a)     Penampilan
b)     Kefasihan Hafazan
c)     Kemahiran Tajwid
d)     Minat
e)     Kemahiran komunikasi
f)      Mampu bertutur dalam Bahas Inggeris dengan baik.
g)     Pengetahuan Am

3-     UJIAN JAWI  (10 MIN)
4-     UJIAN MATEMATIK (35 MIN)
5-     UJIAN SAINS  (30 MIN)
6-     UJIAN SIKAP (20 MIN)

Semasa proses temuduga,penjaga akan diberi taklimat di Dewan Besar MRSM  berkenaan Program Ulul Albab MRSM Kota Putra.Penjaga calon boleh bertanyakan apa jua soalan mengenai hal  yang berkaitan Program Ulul Albab.

Keputusan temuduga Ulul Albab ini boleh disemak dilaman web mara selepas 3 Januari 2012.

Program yang bakal diikuti oleh Kak Long di MRSM Kota Putra ialah  IGCSE dan Ulul Albab.

Persiapan sewajarnya telah kak long lakukan iaitu:

1. Latihan menjawab soalan Aptitud (308 mukasurat).
2. Pengamalan ubatan Attitude Therapi untuk meningkatkan IQ dan EQ.
3.Tuisyen Bahasa Inggeris di Ipoh Learning & Training Institude Sdn Bhd, Ipoh.
4. Latihan hafazan dgn Ustazah Sarimah, Pinji Mewah.
5. Latih-tubi Matematik.
6. Latih-tubi Sains.



Kami sekeluarga amat berharap agar Kak Long berjaya dalam ujian/temuduga. Sama2 kita doakan agar beliau berjaya dan seterusnya menjadi seorang muslimah yang bertakqwa pakar dalam bidang akademik dan  keagamaan.


Ameen.....




3 comments:

  1. Harap saya berjaya dalam temudaga esok(9/12), Inshaa Allah

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah... Buatlah yang terbaik. Jawab dengan penuh yakin. Pak Yoep doakan Farah berjaya.

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!