Saturday, December 7, 2013

Autisme pertama dapat 9A dalam PMR

Muhammad Danial pelajar autisme pertama negara dapat 9A dalam PMR 2011

Biarpun mengalami masalah autisme, ia tidak menghalang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Muhammad Danial Zainuddin, 16, memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan yang diumumkan pada 2011.

Lebih membanggakan, dia bukan sahaja memperoleh keputusan 9A malah diumumkan pelajar autisme pertama di negara mendapat kejayaan seumpamanya.

Muhammad Danial mula dikesan mengalami autisme ketika usianya dua tahun apabila sukar berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran selain bersifat hiperaktif.

Muhammad Danial ketika ditemui di sini hari ini memberitahu, dia gembira kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang itu biarpun dia tidak normal seperti rakan-rakan lain.

"Memang saya pelajar autisme tetapi saya juga suka belajar seperti pelajar lain dan setiap hari hanya satu mata pelajaran saya mampu mengulang kaji dan setiap kali habis menelaah saya akan ingat semua apa yang dibaca dengan mudah.

"Saya sangat gembira mendapat keputusan ini dan sudah tentu ibu, bapa dan guru juga gembira," katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu merupakan satu-satunya pelajar pendidikan khas yang mengambil peperiksaan tersebut di sekolah tersebut dan dia juga pernah menerima anugerah Tokoh Pelajar sempena Hari Guru peringkat negeri dua tahun lalu kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dalam pada itu, ibu bapa pelajar autisme tersebut, Ruzina Mohd. Ikram, 46, dan Zainuddin Muhamad, 46, meraikan kegembiraan berganda apabila seorang lagi anak mereka yang juga adik kepada Muhammad Danial, Nurul Diana, 15, yang menduduki peperiksaan itu juga memperoleh keputusan cemerlang yang sama.

Diharapkan akan muncul lagi pelajar autisma yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang bakal diumumkan tak lama lagi. Dijangka pada 19 Dis 2013.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!