Wednesday, December 18, 2013

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 - ASRAMA 1MALAYSIA 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) telah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. 

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 30 Januari 2014. 


Syarat-syarat permohonan kemasukan ke A1M

I. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2014. 
II. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana. 
III. Aktif dalam kokurikulum dan sukan. 
IV. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar. 
V. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran 
Agama). 
VI. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 
1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah 
Semasa murid memohon. 
VII. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja. 
VIII. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut : 
a. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan c. Keputusan UPSR 2013 
b. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa d. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum 
IX. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD


Sekolah-sekolah yang menawarkan Program Asrama 1Malaysia

A1M KUALA LUMPUR 
SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR (Lelaki Sahaja) 
SMK (L) METHODIST KUALA LUMPUR (Lelaki Sahaja) 
SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR (Lelaki Sahaja) 
SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR (Lelaki Sahaja) 

2 A1M JOHOR 
SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR (Perempuan Sahaja) 

3 A1M SABAH 
SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH (Lelaki dan Perempuan) 

4 A1M SARAWAK 
KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG MIRI, SARAWAK (Lelaki dan Perempuan)

Sila klik untuk  muat turun borang permohonan kemasukan.

MuaT Turun

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!