Thursday, December 26, 2013

Bagaimana Anak Dara nak Kuruskan Badan


1.Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg hingga 1kg dalam seminggu. Angka 0.5kg adalah angka biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan wanita. Jangan terlalu memaksa jika anda tidak mencapai sasaran awal.

2. Tidak perlu mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat doktor.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.

4. Kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis. Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

5. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Anda disyorkan untuk menggantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak).

6. Banyakkan minum air mineral.

7. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

8. Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan begitu cepat.

Sumber - FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!