Thursday, December 5, 2013

Punca dan Cara atasi Anak Degil.


Baru-baru ini keluar satu quote dari ustaz tersohor mengenai anak degil. Maka saya rasa terpanggil untuk mengulas sedikit isu anak degil ini.

Sebelum memikirkan pasal anak degil, saya merenung diri saya sendiri. Adakah saya seorang yang degil? Hahaha….mama ayah saya paling faham betapa degilnya saya sejak kecil. Sebagai anak no 2, saya memang dicop sebagai degil.

Genetik tidaklah membentuk kedegilan anak 100%. Tapi genetik sedikit sebanyak mempengaruhi personaliti anak kita. Namun, cara didikan yang berhemah, insyaallah mampu membentuk dan melentur anak kita untuk menjadi anak yang mendengar kata.

Seringkali ibu bapa bertanya kepada saya ‘awat laa dia ni ketegaq sangat. Letih dah nak cakap. Ketegaq sungguh laaa’ (sila baca ikut intonasi kedah ya).

Apakah punca masalah degil ni?

1) ibu bapa mengamalkan berat sebelah semasa mendidik anak-anak. Hanya si abang saja dimarahi, yang si adik sentiasa betul. Kalau marah adik pun, tidak bersungguh. Cermin diri kita bersama.

2) ibu bapa lemah kemahiran mendengar. Harus ingat bahawa komunikasi memerlukan 2 hala. Ada masa anda mendengar, ada masa pula giliran anda bercakap. Malangnya ibu bapa (bapa selalunya) berasa ‘engkau anak, dengar cakap aku’.

3) ibu bapa banyak bebel. Selalu saya dengar, ‘mak dah kata dah bla bla bla…awat la buat lagu tu….bla bla bla…ni nak mak masuk neraka ka…bla bla bla….mak habaq, hangpa tak mau dengaq’ (sila baca ikut intonasi kedah ya). Bebelan demi bebelan ini tanpa kita sedari menyebabkan anak-anak jadi degil. Mereka malas mendengar bebelan ini dan segala input positif yanh ada dalam bebelan itu – masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Sebenarnya ada lagi, tp saya fokus pada 3 perkara di atas dahulu.

Jadi, persoalannya lagi, bagaimana nak atasi?

1) layan semua anak sama rata dan adil. Setiap pergaduhan anak, pasti ada punca. Nilai dulu puncanya. Jangan terus bertindak ikut ‘ni mesti si abang punya pasal’.

2) dengar setiap butir percakapan anak anda. Ia mesti dimulakan sejak kecil lagi, sejak anak-anak mula pandai bercakap. Dengar apa yang dia kata, fahami kehendaknya. Jika anda tidak setuju, nyatakan secara jujur.

3) jika anda berniat untuk mendidik, (dan sebenarnya ada potensi untuk membebel), tarik nafas dan tenangkan diri sendiri dahulu. Fikir yang kita ni sedang mendidik seorang khalifah. Maka, gunakan perkataan positif sahaja, gunakan ayat yang pendek, terang maksudnya. Jika anda rasa sudah berjela, itu bermakna anda mula membebel. Segera berhenti bercakap.

Semoga peringatan ini membantu ibu bapa, termasuklah penulis ini sendiri. Setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan. Belajar dari kesilapan kita, dan perbaiki teknik mendidik kita.

Sumber: Ruby

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!