Wednesday, December 18, 2013

Semakan Keputusan PMR 2013 - 19 Dis 2013



Semakan Keputusan PMR 2013 - Online dan SMS  

Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diketahui tidak lama lagi.

Sudahkah anda bersedia?

Mampukah anda mendapatkan result yang cemerlang?

Selain itu, merupakan tiket untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM atau Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional dan setaraf dengannya.


Berikut adalah tarikh dan cara semakan keputusan PMR 2013.

Tarikh Rasmi Keputusan PMR 2013 diumumkan pada 19 Disember 2013.


Kuala Lumpur. Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
   
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.
   
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Disember hingga 11.59 malam, 25 Disember," menurut kenyataan itu.
   
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini.

Sumber - Bernama



Cara Semakan Keputusan PMR 2012 

- Melalui Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa/penjaga untuk menyemak keputusan peperiksaan secara online.

Untuk membuat semakan secara online, pelajar boleh menyemak keputusan PMR melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS):

Pergi ke laman web SAPS,   http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna HIJAU.
Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.


- Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [ANGKA GILIRAN] dan hantar ke 15888
Contoh: PMR 980310125879 AZ005Z055 hantar ke 15888


Semoga anak anda berjaya dengan cemerlang.

Laporan Terkini

PUTRAJAYA: Seramai 30,988 pelajar mendapat semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. 

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, datuk Dr Khair Mohamad pada sidang akhbar di Kementerian Pendidikan di sini, sebentar tadi. 

Sementara itu, calon-calon boleh boleh mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah mulai jam 10 pagi ini.  - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!