Thursday, December 19, 2013

Sunyi

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Terasa sunyi rumah kami mulai hari ini kerana kak long, Noor Fakhira, dan abang cik, Haziq, tak ada kat rumah. Kak long menyertai Kem Motivasi Tahfiz Al-Quran kat INTIM. Manakala, abang cik ikut opah balik kampung di Kuala Kangsar.

Kak long sertai kem selama 2 minggu sejak 14 Dis 2013. Abang cik ikut opah sehingga hujung minggu ini. Biar dia rasa suasana kampung selama beberapa hari tanpa kehadiran kami.

Di rumah cuma ada kakak, Faqihah, dan Hadif sahaja. Kakak dengan halnya sendiri. Kesian Hadif tiada siapa nak bermain dengannya. Kebiasaan, rumah gempita dengan suara abang cik dan Hadif bermain.

Hadif terasa ketiadaan abang ciknya.


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!