Tuesday, December 17, 2013

Tidak Islam tapi Berhijab/Menutup Aurat

Felixia Yeap.

Seorang playboy bunny dan model sexy yang suka berhijab dan menutup aurat bila tidak modelling walaupon x memeluk islam.

Ramai yang marah dia sebab merosakkan imej dan menghina Islam.
Aku pon tak paham la....

Seorang yang belum islam dilayan begitu, macam mana dia nak terima islam?

Pendapat aku, Allah dah memberi sedikit hidayah kepada dia untuk dekat pada Islam.

Maka tugas umat Islam utk berdakwah dan yakinkan Islam kepada dia.
Insyaa Allah dapat hidayah nak msk islam.


Teringat tengok dokumentari muallaf hari tu:

"Bila saya masuk ke dalam gereja, semua paderi dan sister sambut saya dengan baik sekali. Tetapi selepas saya memeluk islam, saya pergi ke masjid tetapi semua memandang saya semacam dan tak bercakap pon dgn saya".


Recap dari ceramah motivasi jumaat lepas: 

"pakcik makcik semua...kenapa masjid tak ramai anak muda? Jawapan dia senang. Bila ada anak muda datang masjid, apa makcik pakcik buat? Ada kita raikan mereka? Ada kita puji dan gembirakan mereka sebab dtg masjid? Yang selalu kita buat, kita pandang semacam je and tak tegur anak2 muda ni...tak salah pon mereka datang pakai seluar jeans. Raikan mereka, baru mereka senang hati dtg masjid".

Apa yang aku nampak, attitude kita ni yang kena ubah sebelum nak maki orang utk berubah dan kena kasi peluang orang utk berubah.

"kalau kita tanam ubi hari ni, tak kan kita nak bising2 esok ubi tu dah besar". 

Bukan berkhutbah, nak perbetulkan diri juga.


Petikan drp http://felixiayeap.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!