Friday, January 31, 2014

The Hidden Potential of Autistic Kids


kids taking test
What intelligence tests might be overlooking when it comes to autism
When I was in fifth grade, my brother Alex started correcting my homework. This would not have been weird, except that he was in kindergarten—and autistic. His disorder, characterized by repetitive behaviors and difficulty with social interactions and communication, made it hard for him to listen to his teachers. He was often kicked out of class for not being able to sit for more than a few seconds at a time. Even now, almost 15 years later, he can still barely scratch out his name. But he could look at my page of neatly written words or math problems and pick out which ones were wrong.

Thursday, January 30, 2014

Kesengsaraan Umat Islam Syria


Kesengsaraan itu tidak mengenal lagi erti kekotoran, gambaran ini diberitahu kepada saya apa yg sedang dideritai oleh umat Islam pelarian Syiria, mereka terpaksa meminum dari air susu anjing demi kelangsungan hidup, moga Allah mengampuni dosa kita dan mereka jika kita tidak membantu mereka..

Sumber - Ust Ahmad Dasuki FB

Murtad dikalangan Melayu


Terpanggil untuk catatkan kisah ini dalam laman blog ini untuk dijadikan ikhtibar kepada ibubapa bagi mengawasi anak masing-masing agar tidak terjebak dalam kisah yang dipaparkan. 


Picture
1. Lina Joy

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran 
kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim. 

Semakan Status Ujian ICT Guru - Online



Pada tahun lepas, semua guru diminta menjawab soalan-soalan berkaitan dengan ICT. Ujian ICT tersebut dibuat secara online. Integriti guru amat diharapkan semasa menjawab semua soalan yang dikemukakan. 

Keputusan yang terhasil belum pasti menunjukkan tahap kemampuan/kemahiran guru kerana ianya dibuat secara online. Sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Baru-baru ini, kebanyakan guru dah terima sijil berkaitan dengan ujian tersebut. Malah ada yang tak dapat. Jika nak semak status ujian anda boleh layari laman berikut  

http://apps.moe.gov.my/abpg/KompetensiICT/index.cfm.

Dimaklumkan, kepada sesiapa yang gagal berkemungkinan akan dihantar menghadiri kursus ICT yang berkaitan.


Wednesday, January 29, 2014

Permohonan Baru / Kemaskini BRIM 2014 Online - Tamat 31 Jan 2014


Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:


       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah


Sila kemukakan salinan:


       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)


Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.


Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014



Sila Layari https://ebr1m.hasil.gov.my/

Pelajar autisme cuba pecah 3 rekod dunia

Foto

Dubai: Walaupun menghidap autisme Johann Mendes tetap istimewa kerana mampu mengingati tarikh lahir hampir semua rakan sekelas, guru dan kakitangan sekolahnya.
Dengan kelebihan itu Mendes sedang membuat persediaan mencatat nama dalam Buku Rekod Guinness bagi membuktikan penghidap autisme juga mampu melakar kejayaan besar.
Menariknya, Mendes mahu memecahkan rekod dalam tiga kategori sekali gus - paling banyak mengingati tarikh lahir, bendera negara dan ibu negara dalam tempoh seminit.
“Mendes sangat tertarik kepada kalendar dan menghabiskan masa dengan membaca, melukis dan menyalin tarikh yang ada,” katanya.
Di peringkat awal, kata Judy, dia tidak memberi banyak perhatian kepada hobi Mendes sehinggalah pada satu hari bapa saudara remaja terbabit mula bertanya tarikh lahir keluarga mereka.
“Kami semua terkejut kerana Mendes menyebut tarikh lahir itu dengan betul,” katanya.

Sejak itu, kata Judy, bakat Mendes berkembang kepada meneka hari seseorang itu lahir - sama ada pada masa silam atau akan datang - berdasarkan tarikh lahir mereka.
Ditanya mengenali kelebihannya, Mendes berkata, dia hanya menghafal kalendar.
“Segalanya ada dalam kepala,” katanya.

Untuk mencatat rekod Mendes mesti menamakan lebih 50 ibu negara dunia dalam tempoh 60 saat dan mengenal pasti lebih 77 bendera dalam tempoh sama. - Agensi
Sumber - MyMetro

Faqihah Menulis - Eyes Cold Lemonade


Tajuk: Eyes Cold Lemonade

The episode begins with Giggles and Petunia happily sit at their Lemonade stand; awaiting customers. Petunia sighs contently; and Giggles pours her some Lemonade juice; Petunia gladly drinks it. While Giggles; noticing they are out of Lemonade juice; she grabs a knife and a lemon; she gets ready to avoid accidentally cutting herself. After slicing the lemon in half, Giggles notices a nail from the Lemonade stand's sign has fallen off; she looks up to see that part of the sign has become detached from the stand; the sign swoops down in front of her; slicing most of her face off; Giggles screams louder and Petunia spits out her Lemonade in shock after seeing what happened all over Giggles' Face; the citric acid from the lemons burns Giggles' Face and she screaming in pain even more. The scene changes and sees that Petunia has reset the sign; only now with far more nails than before. Satisfied with her work, Petunia starts squeezing lemon again; Giggles on the other hand had bandages wrapped around most of her face; including both of her eyes; she blindly reaches for a lemon and she goes to work cutting it in half. Another nail falls from the sign, only now from the other end; the sign begins sliding downwards towards Petunia; she notices this; but not in time, the sign crushes her head against the side of the Lemonade stand; killing her. One of her eyeballs comes loose from her head and rolls over to Giggles. Giggles happily picks up Petunia's eyeball; thinking it's a lemon; first, she slowly cuts it in half; next, she then squeezes the fluid out of the eyeball and pours the juice into a glass; Giggles drinks the fluid and she obviously doesn't like the taste but it sour; then finally, she add some sugar to the fluid; puts some ice cubes in the glass; and she place a slice of eyeball on the rim of the glass and the episode ending.

Moral: "When life gives you lemons; make a Lemonade juice."

Tuesday, January 28, 2014

Autistic pupil among 5A scorers in Pahang

Gambar Hiasan
Terjumpa artikel ini semasa sedang search kat internet.
Pekan: Who would have thought that an autistic pupil can score five As in the Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) examination.
Well, Muhammad Fikri Sabri, 12, did.
The pupil of Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram, near here, who had been autistic since young, had used the words of encouragement of his parents as a guiding light for his success.
"My mother told me that at school, I must listen, watch and keep silent.
This is a big secret, you know. Be focused when the teacher is teaching.
After that, revise always," he told reporters when met here Monday.
His father, Sabri Abdullah, 50, said the achievement of his youngest son of four siblings was a big present for the family.
He said his son had proven that autistic children could also excel.
"I told him that I want him to bring a good name to the school.
Alhamdulillah (Praise be to God) my prayers have been answered," he said. - Bernama
Sumber - http://www.dailyexpress.com.my/

Monday, January 27, 2014

Princess Faqihah



Princess Faqihah

Princess Faqihah is a girl who has lovely pink eyes and wears the red ribbon headband on her black hair and her cheeks are chubby and cute; she has a sweet demeanor, beautiful, lonely, and shy habit giggling like Giggles on Happy Tree Friends because she became an Environment girl; she likes tea parties, and doll, she liked the Fairy tales and she also playing the computer games have Internet; she likes drinking the Lemonade Juice is tasty; her voice was singing as a melody like the princess sweetest; "Skidamarink"; she becomes Prince Danial's Girlfriend who love each other and she becomes Princess Tanisha's Best Friend who had princess best friends forever; Princess Faqihah is a female character who had giggling.

Princess Faqihah's Relationships
Prince Danial (Princess Faqihah's Boyfriend)
Princess Tanisha (Princess Faqihah's Best Friend)
Prince Luqman (Princess Faqihah's Friend)
Princess Nabila (Princess Faqihah's Friend)

Prince Umair (Princess Faqihah's Friend)

Nota - Catatan Faqihah dalam komputeryang dapat dirakamkan

Sunday, January 26, 2014

Help autistic kids do their best

Family pride: Rosmah congratulating Delwin, who has been recognised as the World’s Youngest Savant Autistic Artist To Hold A Solo Art Exhibition by Record Setter USA. With them are Delwin’s father, mother and sister. — Bernama
Family pride: Rosmah congratulating Delwin, who has been recognised as the World’s Youngest Savant Autistic Artist To Hold A Solo Art Exhibition by Record Setter USA. With them are Delwin’s father, mother and sister. — Bernama

PUTRAJAYA: Parents of autistic children should not be shy of their children’s condition but support and help them achieve their best according to their strength.
The Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor said that even though autistic children might have weaknesses compared to normal ones, they usually have amazing talent in certain areas.
She said this during a meeting with Malaysia’s first savant autistic artist, Delwin Cheah Wien Loong, eight, who has been recognised as the World’s Youngest Savant Autistic Artist To Hold A Solo Art Exhibition by Record Setter USA.
The solo exhibition in Penang last year featured over 70 original pieces, and was also recognised by the Malaysia Book of Records.
Also present at the meeting were Delwin’s father Lawrence Cheah Guan Keong, mother Erina Law Mei Sun and sister Delwina Cheah Kah Yan.
Rosmah, who is also the patron for the Permata programme, said families could also assist in creating awareness about autism and sharing their experiences through the Permata Kurnia programme, specially designed for autistic children.
She said it included speaking at the International Autism Conference, which will be held in April, as some parents have a difficult time raising autistic children and the sharing of experiences might help them.
Delwin was diagnosed with Asperger Syndrome at the age of five, and had difficulty in communicating during his younger years.
Despite this problem, he scored 114 on his non-verbal IQ test, has a special ability of memorising almost all the animals and started to draw at the age of three.
He was discovered as a savant autistic artist, a prodigious or genius savant.
Fewer than 50 such people are still living in the world today, and he is the youngest savant in the team of Strokes of Genius USA. — Bernama

Cabaran Ibu Tunggal


Terpanggil untuk postkan artikel ini bagi memberi semanggat kepada ibu tunggal yang terpaksa menghadapi hidup sendirian. Kadang-kadang terpaksa menyara kehidupan disamping anak-anak yang ramai. Bekas suami abaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Kehidupan perlu diteruskan.

Status ibu tunggal buat saya bangkit

MESKIPUN memegang status ibu tunggal di usia agak lanjut, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya dalam kehidupan.

Perpisahan saya dengan suami memberi satu tamparan hebat memandangkan saya perlu menyara anak-anak can cucu-cucu yang semakin meningkat dewasa. Cabaran hidup terlalu hebat.

Masa itu, Tuhan sahajalah yang tahu, betapa sukarnya mahu berdikari atas kemahiran sendiri.
 
Dicengkam kesulitan hidup, saya hampir berputus asa untuk berusaha.
 
Apa yang saya rasa ketika itu, hanyalah kegelapan hingga saya sendiripun tak tahu apa yang patut dilakukan.
 
Sehinggalah anak-anak bersama rakan, memberi semangat sehingga saya berjaya menempuhi dugaan itu dengan hati yang cekal.
 
Memikirkan masa depan, saya nekad berubah biarpun ia mungkin sukar untuk dihadapi namun ia lebih baik daripada menyerah kalah kepada takdir.
 

Saturday, January 25, 2014

Amalan pembuka rezeki

Permohonan Rumah Rakyat SPNB- Online


SPNB memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM


Layari laman ini http://58.26.15.107/rmm/borang.asp untuk membuat permohonan secara Online.

Perjuangan Faqihah bakal bermula.



Pada November 2013 Minggu terakhir persekolahan, Dimaklumkan oleh guru Faqihah bahawa Faqihah tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan aliran perdana yang diberikan kepadanya semasa peperiksaan akhir tahun 2013. Faqihah juga tidak dapat boleh ditempatkan di kelas aliran perdana kerana ada masalah tingkahlaku. Sedih rasanya apabila mereka berkata sedemikian. 

Sepanjang cuti akhir tahun 2013, berlegar-legar difikiran apakah tindakan yang wajar diambil apabila dimaklumkan perkara tersebut.

Hari pertama persekolahan 2014, berjumpa terus dengan Pen Kanan Pendidikan Khas. Mohon pengesahan situasi Faqihah bagi meneruskan hasrat kami agar Faqihah diinklusifkan dan menduduki UPSR. Meraka menyatakan Faqihah tidak mampu untuk menduduki peperiksaan UPSR kerana tidak boleh diinklusifkan  disebabkan masih mempunyai masalah tingkahlaku. Maka, kami bercadang untuk menempatkan Faqihah ke sekolah menengah. Prosedur penempatan tidak dapat dijelaskan oleh pihak pentadbiran.

Kami merancang untuk berjumpa pegawai di Jabatan Pendidikan Khas JPN Perak untuk penjelasan prosedur penempatan ke sekolah menengah.

Kebetulan, terserempak dengan Pegawai Pendidikan Khas JPN Perak. Maklum situasi yang kami hadapi. Mohon nasihat apakah tindakan terbaik yang perlu kami lakukan.

Beliau mencadangkan Faqihah menduduki UPSR walaupun tanpa diinklusifkan. Segala proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghadapi UPSR perlu kami usahakan. Beliau amat mengenali Faqihah kerana pernah mengajar Faqihah. 

Keesokan harinya, Kami berjumpa semula dengan Pen Kanan Pendidikan Khas nyatakan hasrat untuk Faqihah menduduki UPSR pada tahun 2015.

Mulai Feb 2014, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Faqihah (Home Schooling) akan berlaku di rumah. Tenaga pengajarnya ialah kami suami-isteri dan Kak Longnya turut membantu. Doakan agar kami berjaya melaksanakan amanah ini bagi memastikan Faqihah dapat menghadapi UPSR 2015 dengan lancar.

Kecemerlangan Faqihah tidak sangat diharapkan tapi peluang perlu diberi kepada Faqihah untuk menduduki UPSR atas kemampuan yang dia ada.

Mohon pihak sekolah turut membantu dalam usaha kami memberi peluang Faqihah menduduki UPSR 2015. Begitu juga dengan Teacher Ruby, Brighter Future. In Shaa Allah.


Friday, January 24, 2014

Tanda2 Autisma



Kenalpasti ciri2 autisma yang ada pada anak anda. Buat semakan perubahan dari masa ke semasa setelah menjalani sesuatu rawatan atau sesi terapi. Pasti akan ada beberapa perubahan walaupun sedikit. Jika tiada, perancangan baru perlu dilakukan. Rawatan dan terapi amat diperlukan oleh anak2 autisma. Kerjasama ibubapa perlu dalam kedua2 aktiviti tersebut di rumah. Jika hanya mengharapkan rawatan dan terapi semata2, sukar untuk melihat perubahan yang ketara.

Thursday, January 23, 2014

Jenis-jenis Penyakit yang boleh dirawat di Attitude Therapy


Pengamal anda:
Dr Hajjah Aishah ARridza bt Mukhlas
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
(Maklumat Attitude Therapy dibhg akhir post ini)


Alam ini hanya terbina daripada 99 unsur yang membentuk jisim. Segala unsur ini turut terdapat dalam tubuh manusia. Unsur yang bertenaga akan mensenyawakan sel untuk memastikan sel terus hidup dan berfungsi. Kegagalan sesuatu unsur untuk mensenyawakan sel akan menyebabkan kegagalan fungsi atau sistem dalam tubuh hingga wujud kepincangan yang menyebabkan penyakit.

Formula CL bertujuan mempertanagakan sel melalui DNA dan RNA manakala Formula 99 bertujuan mempertenagakan enzim atau hormon atau nutrien dalam tubuh. Sel yang sihat mengambil tempoh masa yang lama untuk menghasilkan enzim atau hormon atau keupayaan sel untuk menyerap sesuatu nutrien. Dengan adanya ikhtiar daripada Formula 99, masalah ini dapat diatasi dan tempoh masa pemulihan dapat disingkatkan berkali-kali ganda.

Berikut ialah keterangan tuntutan bagi setiap Formula 99 bagi tujuan menghilangkan simptom atau penyakit tertentu. Terdapat 99 formula kesemuanya untuk kumpulan simptom yang berasingan. Sila skrol ke bawah untuk rujukan simptom dengan keupayaan sesuatu formula yang merawatnya.

Hasil Seni Faqihah - 24 Jan 2014




Rasanya pertama kali Faqihah melukis gambar lelaki. Usia dah meningkat remaja dah ada naluri kat budak2 lelaki kot. Faqihah pernah cakap  berkaitan teman lelaki. Kami terkejut... beri penjelasan sewajarnya. 

Wednesday, January 22, 2014

Tips mendidik Anak Istimewa





Rasanya perlu dikongsikan bersama ibubapa yang mempunyai anak2 istimewa. Maklumat ini dipetik daripada rakan FB Pak Yoep. Ianya berkaitan dengan 10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak) yang boleh dijadikan pedoman dalam mendidik anak2 istimewa.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 


Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

2. Don't expose to too much things in a box. 

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana. 
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Tuesday, January 21, 2014

Pasar Percuma di KL - Tanpa Wang


Tidak pernah lihat dan dengar aktiviti seumpama ini diadakan di Malaysia. Rupa2nya ada dilaksanakan di Kuala Lumpur. Macam zaman dulu2 pulak.



Pasar Percuma adalah aktiviti untuk menukar-nukar barangan ataupun perkhidmatan tanpa menggunakan wang. Sempena perayaan Thaipusam dan Tahun Baru Cina yang menjelang akhir bulan ini, pasar seumpama itu diadakan di Dataran Medan Pasar, Kuala Lumpur. 

Orang ramai digalakan berkunjung dan meninjau pasar dengan konsep “bawa sesuatu datang dan ambil sesuatu pulang. Tak perlu duit. Semuanya percuma.

” Antara barangan yang ditawarkan termasuk pakaian, buku dan makanan. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan perkhidmatan mengurut mahupun berbual dengan peserta pasar berkenaan.

Monday, January 20, 2014

KSSR Matematik 2014


2 Bab Tambahan bagi Subjek Matematik

1. Penambahan Bagi Bab Koordinat (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)

2. Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah) Selain daripada itu,Pelajar tahun 4 dan Tingkatan 2 (2014) juga merupakan perintis pertama kepada pengenalan Soalan "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)" seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni.
Difahamkan pada tahun 2016 40% soalan yang akan ditanya adalah berkaitan KBAT. Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal dimana anak kita akan berada 10 tahun akan datang. Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016. Ianya lebih dikenali sebagai "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTs)" Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang.
Bersediahkah anda? Luangkan MASA 5 MINIT untuk beri peluang untuk anda faham dengan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita sekarang.. 

JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK terbahagi kepada...

2. Rutin & Bukan rutin # A # RUTIN Aras Rendah ** Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi.

CONTOH 1: Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria? # B# BUKAN RUTIN Aras Tinggi
1) Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
2) Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.
CONTOH 2: Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.

Zaman akan datang sangat-sangat mencabar. Semua ibu bapa, jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting.Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah. Tak lama lagi GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali. 

#1# Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills) *Zaman dulu Soalannya mungkin seperti dibawah : Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat? anak anda mungkin boleh faham dengan pantas.. 

Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini? #2# Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills) Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700? Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas Banyak jawapan bukan? timbul rasa ragu? dan perlukan berhenti untuk berfikir sekejap bukan? Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah. 
Sebagai ibubapa..apa tindakan kita untuk membantu anak2..? 5 Ciri "Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" (KBAT) (Higher Order Thinking Skill-HOTs): Yang Mempunyai Anak pada Tahun 2014 WAJIB Tahu.... Darjah 4 pada Tahun 2014 ? Darjah 5 pada Tahun 2014 ? Darjah 6 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 1 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 2 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 3 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 4 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 5 pada Tahun 2014 ? Sila baca dibawah............ 

a) Sepertimana yang diwar-warkan tempoh hari Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.
b) PERSOALANYA SEJAUH MANA semua Ibubapa Sudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini ?
c) Berikut disenaraikan 5 CIRI " HOTs "
#1# SKOP YANG LUAS : ❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan 
#2# FAKTA : ❒Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran
#3# BERMAKNA : ❒Boleh ditafsir dan Mencabar 
#4#STIMULUS : ❒ Situasi baru ❒ Bukan lazim bagi murid ❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar 
#5# RESPON MURID ❒ Kepelbagaian ❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan 

MASIH TAK BEBERAPA FAHAM? Lihat contoh-contoh Yang disediakan
...
CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs) Berapakan Nilai bagi 695 jika dibundarkan kepada ratus yang terhampir? . Komen - Jawapan Bagi soalan ini adalah 700 - Ada 1 jawapan sahaja - Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir

CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINNGI ~ HOTs) Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ? Komen - Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi - Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir" - Jawapan boleh jadi lebih daripada 1 - membantu pelajar lebih berfikir dalam situasi sebenar setiap masalah dalam kehidupan sebenarnya ada banyak cara penyelesaian.


Sumber - FB

Sunday, January 19, 2014

Semakan Keputusan Kemasukan Tingkatan 4 - Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014





Semakan keputusan kemasukan Tingkatan 4 sesi 2014 ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), akan diumumkan dan semakan juga boleh dibuat secara online (atas talian)


Tarikh rasmi Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014 buat masa ini belum diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk mendapatkan perkembangan terkini boleh layari portal rasmi di capaian alamat http://www.moe.gov.my

Semakan keputusan kemasukan ke KV dan SMT boleh dibuat sekarang dengan Klik laman berikut http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2014/.

Semakan permohonan ke Tingkatan 4 Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.


Sumber - KPM

Hasil Seni Faqihah 15 Jan 2014


Saturday, January 18, 2014

Sensori aktiviti anak Autisma


TIP/SENSORI AKTIVITI

BAHAN-BAHAN
# Gam putih

# Garam
# Kertas warna
# Berus cat
# water color

CARA-CARA

1. Lukis apa sahaja menggunakan gam di atas kertas warna (nama,abjad,nombor,animal)

2. Taburkan garam diatas gam

4. Buang lebihan gam

5. Tunggu gam kering

6. Warna garam selepas kering

SIAP

- MURAH DAN HANYA AMBIL MASA 30 MINIT KE 45 MINIT

Selain pasir, garam, gam dan water color juga medium yang baik untuk aktiviti sensori

Sumber - Siti Fazilah Jamaluddin

Semakan Keputusan Kemasukan Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2014


Semakan Keputusan MRSM 2014 Tingkatan 1 dan  4


Kepada ibubapa yang telah memohon untuk penempatan anak-anak mereka ke MRSM pasti tidak sabar menunggu keputusan, Semakan boleh dibuat pada tarikh yang bakal diumumkan oleh MRSM. 

Buat masa ini semakan keputusan kemasukan tingkatan 1 dan 4 masih belum boleh dilakukan kerana ianya sepatutnya dibuka pada 14 Jan 2014 (Tingkatan 1) dan minggu pertama Febuari 2014 (Tingkatan 4). Manakala pendaftaran pelajar pada minggu ke-2 Febuari 2014.

Pelajar yang tidak berjaya menerima tawaran ke MRSM 2014 boleh mengemukakan rayuan secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2014.
Sila layari http://cms.mrsm.edu.my/cms/index.jsp untuk perkembangan lanjut dari masa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan terkini.
Sumber - Fuh.my

Bahaya Mee Segera


Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Friday, January 17, 2014

Sebab tak minat Matematik


2 Sebab Kenapa Pelajar Bosan dan Tak Minat Menguasai Matematik

Sebab 1 : pelajar melihat matematik hanya melibatkan nombor semata-mata 


Sebab 2 : Matematik tidak dikaitkan dengan persekitaran sebenar

CARA INI SALAH : ✘
Ada ibu bapa mengajar anak dirumah contohnya anak darjah 1 begini :
Jika Soalan tanya 5 + 2 = ibubapa bagi jawapan 7
Jika Soalan Tanya 8 - 2 = ibubapa bagi jawapan 6

ANALISIS :
Jawapan ibubapa adalah betul.cuma cara kita menyampaikan jawapan adalah kurang tepat.kerana ianya melibatkan nombor semata-mata.Bila besar nanti pelajar akan jadi seorang yang malas berfikir.tak mampu menyelesaikan permasalahan yang melibatkan hal yang sebenar.



CADANGAN MC
Jika Soalan tanya 5 + 2 = ?

Ibu boleh jawab begini :
Ambil 5 biji buah limau dan tambahkan dengan 2 biji manggis .Biarkan anak kira..Baru bagitahu jawapannya 7.Cara ni akan buatkan anak nampak proses secara rasional kenapa 5+2 = 7.

MC harap ibubapa nampak idea tu.

** Sesuatu harus dilakukan dan diperbaiki.Konsep Matematik harus diterjemahkan dalam konsep bayangan yang sebenar dan supaya nampak jelas kepentingganya.

Lihat Contoh bergambar yang MC lakukan untuk berikan kefahaman kepada pelajar bagi bab pertama Bundarkan .Sesuai untuk pelajar tahun 4,5 dan 6.

MC cuba gunakan teknik bayangan dalam minda.


Sumber - Math Catch

Rintihan Anak di Sweden


Ekoran kisah yang dipaparkan isu penahanan ibubapa oleh polis kerana memukul anak yang tidak menunaikan solat di Sweden.

RINTIHAN ANAK

Kuala Lumpur: “We are sad.. we need mummy and daddy. We miss them so much.. Please come back to us, we can’t live without them. (Kami sedih... kami perlukan mummy dan daddy. Kami terlalu rindukan mereka. Tolonglah kembali kepada kami, kami tidak boleh hidup tanpa mereka).

Itu kata-kata yang diluahkan dalam Facebook Aisyah, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal yang ditahan polis Sweden sejak Disember lalu.


Home Schooling - Faqihah


Faqihah bakal menduduki UPSR pada 2015. Pihak sekolah memaklumkan bahawa Faqihah tidak berkemampuan untuk ditempatkan di aliran perdana, belajar bersama-sama dengan pelajar normal kerana ada masalah tingkah laku. 

Maka, kami merancang untuk melaksanakan Separa Home Schooling bagi persiapan Faqihah menduduki peperiksaan tersebut. 3M tiada masalah bagi Faqihah. Cuma dia perlu diajar dan dilatih untuk menjawab soalan-soalan berbentuk UPSR. Daya ingatan tiada masalah. 

Kami akan buktikan Faqihah mampu menduduki UPSR dan mencapai kejayaan yang membanggakan walaupun ramai yang meraguinya.

Perancangan terperinci bakal dilakukan.

Cerita mengenai program yang bakal dilaksanakan, malah buku rujukan berkaitan dengan home schooling telah disediakan.


DI luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, dan Amerika Syarikat, bersekolah di rumah (homeschool) bukanlah sesuatu yang asing, manakala di Malaysia pula aliran yang semakin digemari ini telah bertapak sejak 20 tahun yang lalu.

Kini dianggarkan lebih dari 1,000 keluarga memilih kaedah tersebut, namun jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi memandangkan kebanyakan pengamal homeschool ini tidak mahu dikenali dan menjadi perhatian ramai.

Gajet punca Gejala Seksual Kanak-kanak


GAYA ibu bapa menghadiahkan telefon dan tablet berinternet kepada anak mungkin dianggap bersesuaian dengan zaman teknologi, namun ia sebenarnya mampu mempengaruhi si anak kepada masalah sosial, terutama aktiviti seksual luar nikah.

Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA) Sabri Rahman berkata budaya menghadiahkan gajet kepada anak sebagai pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial termasuk kes rogol dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

"Mereka (ibu bapa) menyedari kesibukan itu, malangnya mereka tidak mencari jalan untuk meluangkan masa bersama sebaliknya menghadiahkan gajet untuk menggembirakan anak-anak dan menebus waktu kesibukan mereka," katanya kepada Bernama.

Remaja Autisma Malaysia Cemerlang di Canada


Pak Yoep dah lama ikuti perkembangan Umar Hasfizal dalam bidang nyanyian sejak pak yoep berjinak2 dengan FB. Lagu yang paling menyayat hati pernah pak yoep dengari dinyanyikan Umar ialah lagu In Shaa Allah yang di popularkan oleh Maher Zain. 

Lagu itu menjadi perhatian pak yoep kerana anak pak yoep autisma, Faqihah amat takut apabila mendengar lagu tersebut. Lagu tersebut juga menjadi modal untuk kami menakutkan Faqihah agar dia bertingkah laku baik atau membuat sesuatu kerja.

Umar juga pernah nak datang ke rumah pak yoep, ibunya SMS ketika Umar ada persembahan di RTC Gopeng. Nak berkenalan dengan Faqihah dan keluarga kami. Tapi kami belum bersedia untuk memperkenalkan diri. Cukuplah Faqihah sahaja dikenali.

Tahniah! Umar. Teruskan usaha anda dengan bimbingan keluarga anda. Sama2 kami doakan agar anda akan dapat membukti sesuatu yang tidak dijangka oleh masyarakat. Ramai anak autisma yang telah membuktikannya dengan pelbagai kejayaan dicapai.

Sijil Penghargaan


Catatan Ibunya..

Hari ni Umar terima surat dari Canada. Rupanya dia telah mendapat tempat kedua dalam International Naturally Autistic ANCA 2013 Awards Convention Festival dlm kategori Performing Arts- Youth. 

Alhamdulillah....syukur.....

Terpapar gambar Umar Hasf

Antara persembahan Umar Hasfizal... Untuk makluman, Umar pernah membuat Single Album


Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!