Tuesday, January 14, 2014

Hak anak Autisma dinafikan


Kongsi pengalaman bersama seorang ibu yang pertama kali untuk tahun pertama anaknya belajar di kelas pendidikan khas. Sumber daripada laman FB Kelab Anak Autisma yang pak yoep kendalikan.

Kisahnya melibatkan anak autisma tidak dibenarkan mengikuti kegiatan kokurikulum. Anak kami juga pernah mengalaminya. Dalam pengetahuan saya, ramai lagi yang senasib dengan kami. Hanya kerna anak kami autisma dan hiperaktif.

Bukan semua guru bertindak demikian, tapi segelintir memalitkan semua guru-guru pendidikan khas seluruh Malaysia.

Kisahnya begini... 

Salam semua..just nak berkongsi sedih sket pagi n nak tanya jugak pengalaman ibu bapa yang hantar anak ke Kelas Pendidikan Khas. Anak saya darjah 1 tahun ni.

anak saya mild autis n adhd, dah banyak perkembangan dan dah tak terlalu aktif bole dikawal. Minggu lepas hari sukan Cikgu suruh cuti katanya cikgu tak buat persediaan lagi dan anak saya aktif. Hari ini saya hantar cikgu dia cakap separutnya Hadif kena cuti setiap hari rabu.

Perbualan saya dengan cikgu

Cikgu 'maaf puan sepatutnya setiap hari rabu Hadif kena cuti'

Saya 'Kenapa pulak cikgu, kater minggu lepas jer, takkan setiap kali sukan kena cuti'

Cikgu 'Memang..memang macam tu dari dulu lagi kita buat macam tu. Budak yang aktif Cikgu kelas nilai dia dan beri nama. Dan dalam kelas dia pun memang BUDAK-BUDAK YANG TERUK'

Saya 'Teruk. Teruk macam mana cikgu'

Cikgu ' Tak la dalam kelas dia semua budak-budak yang hyperaktif dan tak boleh dikawal'

Saya 'Dia ok. Cikgu tak CUBA lagi kan. Minggu pertama dah suruh cuti. Tak cuba pun'

Cikgu terdiam sekejap 'Takpala hari ini kita cuba, nanti saya bincang dgn Cikgu Rxx.'

Sedihnya saya cikgu di Pendidikan Khas label anak-anak nih SANGAT TERUK. Compare saya hantar anak ke Special School under NGO (non muslim) mereka panggil anak-anak ini SPECIAL NEED KIDS. Dan memang anak-anak ini istimewa n masuk Pendidikan khas, sepatutnya mereka lebih faham dengan anak-anak ini.

Saya sendiri tengok murid dlm kelas anak saya 6 orang jer, Hanya anak saya jer aktif. Itupun tak terlalu aktif bole dikawal. Memang macam ni ke Pendidikan Khas sekolah? Anak yang aktif dikecualikan. bukan ke ini la masa untuk MOTOR Skill dia.

Cikgu tu cakap semua kelas pendidikan khas di SEMUA SEKOLAH memang macam nih.

Minggu pertama dah tak bagi, bagi saya sepatutnya bulan pertama adalah masa penilaian. Cuba semua. Kalau dah memang tak bole baru bincang dengan ibu bapa. Ini tak ada perbincangan, 

Tolong pada sesiapa yang ada penjelasan bantu saya. Supaya saya faham memang inilah konsep Pendidikan Khas negara kita. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!