Monday, January 20, 2014

KSSR Matematik 2014


2 Bab Tambahan bagi Subjek Matematik

1. Penambahan Bagi Bab Koordinat (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)

2. Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah) Selain daripada itu,Pelajar tahun 4 dan Tingkatan 2 (2014) juga merupakan perintis pertama kepada pengenalan Soalan "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)" seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni.
Difahamkan pada tahun 2016 40% soalan yang akan ditanya adalah berkaitan KBAT. Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal dimana anak kita akan berada 10 tahun akan datang. Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016. Ianya lebih dikenali sebagai "Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skill (HOTs)" Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang.
Bersediahkah anda? Luangkan MASA 5 MINIT untuk beri peluang untuk anda faham dengan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan kita sekarang.. 

JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK terbahagi kepada...

2. Rutin & Bukan rutin # A # RUTIN Aras Rendah ** Tidak memerlukan murid untuk menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi.

CONTOH 1: Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria? # B# BUKAN RUTIN Aras Tinggi
1) Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.
2) Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.
CONTOH 2: Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.

Zaman akan datang sangat-sangat mencabar. Semua ibu bapa, jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting.Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah. Tak lama lagi GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali. 

#1# Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills) *Zaman dulu Soalannya mungkin seperti dibawah : Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat? anak anda mungkin boleh faham dengan pantas.. 

Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini? #2# Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills) Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700? Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas Banyak jawapan bukan? timbul rasa ragu? dan perlukan berhenti untuk berfikir sekejap bukan? Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah. 
Sebagai ibubapa..apa tindakan kita untuk membantu anak2..? 5 Ciri "Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" (KBAT) (Higher Order Thinking Skill-HOTs): Yang Mempunyai Anak pada Tahun 2014 WAJIB Tahu.... Darjah 4 pada Tahun 2014 ? Darjah 5 pada Tahun 2014 ? Darjah 6 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 1 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 2 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 3 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 4 pada Tahun 2014 ? Tingkatan 5 pada Tahun 2014 ? Sila baca dibawah............ 

a) Sepertimana yang diwar-warkan tempoh hari Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.
b) PERSOALANYA SEJAUH MANA semua Ibubapa Sudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini ?
c) Berikut disenaraikan 5 CIRI " HOTs "
#1# SKOP YANG LUAS : ❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan 
#2# FAKTA : ❒Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran
#3# BERMAKNA : ❒Boleh ditafsir dan Mencabar 
#4#STIMULUS : ❒ Situasi baru ❒ Bukan lazim bagi murid ❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar 
#5# RESPON MURID ❒ Kepelbagaian ❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan 

MASIH TAK BEBERAPA FAHAM? Lihat contoh-contoh Yang disediakan
...
CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs) Berapakan Nilai bagi 695 jika dibundarkan kepada ratus yang terhampir? . Komen - Jawapan Bagi soalan ini adalah 700 - Ada 1 jawapan sahaja - Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir

CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINNGI ~ HOTs) Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ? Komen - Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi - Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir" - Jawapan boleh jadi lebih daripada 1 - membantu pelajar lebih berfikir dalam situasi sebenar setiap masalah dalam kehidupan sebenarnya ada banyak cara penyelesaian.


Sumber - FB

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!