Saturday, January 25, 2014

Perjuangan Faqihah bakal bermula.



Pada November 2013 Minggu terakhir persekolahan, Dimaklumkan oleh guru Faqihah bahawa Faqihah tidak mampu untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan aliran perdana yang diberikan kepadanya semasa peperiksaan akhir tahun 2013. Faqihah juga tidak dapat boleh ditempatkan di kelas aliran perdana kerana ada masalah tingkahlaku. Sedih rasanya apabila mereka berkata sedemikian. 

Sepanjang cuti akhir tahun 2013, berlegar-legar difikiran apakah tindakan yang wajar diambil apabila dimaklumkan perkara tersebut.

Hari pertama persekolahan 2014, berjumpa terus dengan Pen Kanan Pendidikan Khas. Mohon pengesahan situasi Faqihah bagi meneruskan hasrat kami agar Faqihah diinklusifkan dan menduduki UPSR. Meraka menyatakan Faqihah tidak mampu untuk menduduki peperiksaan UPSR kerana tidak boleh diinklusifkan  disebabkan masih mempunyai masalah tingkahlaku. Maka, kami bercadang untuk menempatkan Faqihah ke sekolah menengah. Prosedur penempatan tidak dapat dijelaskan oleh pihak pentadbiran.

Kami merancang untuk berjumpa pegawai di Jabatan Pendidikan Khas JPN Perak untuk penjelasan prosedur penempatan ke sekolah menengah.

Kebetulan, terserempak dengan Pegawai Pendidikan Khas JPN Perak. Maklum situasi yang kami hadapi. Mohon nasihat apakah tindakan terbaik yang perlu kami lakukan.

Beliau mencadangkan Faqihah menduduki UPSR walaupun tanpa diinklusifkan. Segala proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghadapi UPSR perlu kami usahakan. Beliau amat mengenali Faqihah kerana pernah mengajar Faqihah. 

Keesokan harinya, Kami berjumpa semula dengan Pen Kanan Pendidikan Khas nyatakan hasrat untuk Faqihah menduduki UPSR pada tahun 2015.

Mulai Feb 2014, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Faqihah (Home Schooling) akan berlaku di rumah. Tenaga pengajarnya ialah kami suami-isteri dan Kak Longnya turut membantu. Doakan agar kami berjaya melaksanakan amanah ini bagi memastikan Faqihah dapat menghadapi UPSR 2015 dengan lancar.

Kecemerlangan Faqihah tidak sangat diharapkan tapi peluang perlu diberi kepada Faqihah untuk menduduki UPSR atas kemampuan yang dia ada.

Mohon pihak sekolah turut membantu dalam usaha kami memberi peluang Faqihah menduduki UPSR 2015. Begitu juga dengan Teacher Ruby, Brighter Future. In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!