Friday, January 17, 2014

Remaja Autisma Malaysia Cemerlang di Canada


Pak Yoep dah lama ikuti perkembangan Umar Hasfizal dalam bidang nyanyian sejak pak yoep berjinak2 dengan FB. Lagu yang paling menyayat hati pernah pak yoep dengari dinyanyikan Umar ialah lagu In Shaa Allah yang di popularkan oleh Maher Zain. 

Lagu itu menjadi perhatian pak yoep kerana anak pak yoep autisma, Faqihah amat takut apabila mendengar lagu tersebut. Lagu tersebut juga menjadi modal untuk kami menakutkan Faqihah agar dia bertingkah laku baik atau membuat sesuatu kerja.

Umar juga pernah nak datang ke rumah pak yoep, ibunya SMS ketika Umar ada persembahan di RTC Gopeng. Nak berkenalan dengan Faqihah dan keluarga kami. Tapi kami belum bersedia untuk memperkenalkan diri. Cukuplah Faqihah sahaja dikenali.

Tahniah! Umar. Teruskan usaha anda dengan bimbingan keluarga anda. Sama2 kami doakan agar anda akan dapat membukti sesuatu yang tidak dijangka oleh masyarakat. Ramai anak autisma yang telah membuktikannya dengan pelbagai kejayaan dicapai.

Sijil Penghargaan


Catatan Ibunya..

Hari ni Umar terima surat dari Canada. Rupanya dia telah mendapat tempat kedua dalam International Naturally Autistic ANCA 2013 Awards Convention Festival dlm kategori Performing Arts- Youth. 

Alhamdulillah....syukur.....

Terpapar gambar Umar Hasf

Antara persembahan Umar Hasfizal... Untuk makluman, Umar pernah membuat Single Album


No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!