Tuesday, January 14, 2014

Sebab Lemah Matematik

3 SEBAB KENAPA PELAJAR TAHUN 3 (Yang Cemerlang) 
Bila Masuk DARJAH 4 (Jadi pelajar Lemah) =======================================

Adakah anak anda termasuk dalam kelompok ini? ** Masa darjah 3 ok.

Masuk darjah 4 tiba-tiba drop. 

Sebab : 

1) Masa tahun 1,2,3 pelajar ditekankan dengan konsep latih tubi yang begitu banyak dan penyelesaian secara pantas..Kadangkala hanya melibabtkan nombor semata-mata tanpa dikaitkan dengan persekitaran sebenar...

Perkara ini akan berlaku sekalii lagi pada peringkat SPM bagi pelajar yang ambil Matematik tambahan.Ada pelajar gagal memahami bab tersebut untuk apa.contohnya bab differentition guna unutk apa,integration guna untuk apa dalam dunia yang sebenar.

Mereka mentafsif matematik on paper dan semata-maa untuk peperiksaan sahaja. ** Sesuatu harus dilakukan dan diperbaiki.Konsep Matematik harus diterjemahkan dalam konsep bayangan yang sebenar dan nampak jelas kepentingganya.

2) SIFIR adalah perkara asas dan paling utama pada peringkat tahun 3.Ianya gagal dikuasai dengan baik. 

Dalam matematik ,Sifir Umpama senjata perang yang canggih.gagal menguasai bererti lemah.Cepat atau lambat sepatutnya tidak emnajdi persoalan. 

Bagi pelajar yang lemah lambat lebih baik dari tak tahu langsung.

Konsep penghafalam sifir wajar diubah seiring dengan zaman ...Kaitkan dengan dunia yang sebenar adalah kaedah yang terbaik untuk menunjukkan kepentingganya.

Contohnya : Anda naik kereta.dan nampak nombor plat kereta dihadapan kereta anda. WBE3461 ..Lakukan secara santai minta anak anda Buat 

a) Penambahan 3+4+6+1 jadi berapa? 

b) Nombor Paling besar tolak paling Kecil : 6 - 1 = Berapa ? 

c) Cara lain : Pendaraban 3 x 4 x 4 x 1 = berapa? 

d) cara lain : pembahagian 6 bahagi 3 = berapa?

 Jika pergi dipasar raya. ada senarai barangan yang anda beli.. 

a Minta anak anda secara santai untuk kirakan 2-3 barangan sama ada betul atau tidak resit yang diberikan tadi. Ini hanya sekadar contoh... Maths perlu digambar dalam bentuk Creative thinking,real situation... bukan lagi dalam bantuk kertas dan peperiksaan.

3) Gagal Kerana Peralihan Format Peperiksaan.. Ramai pelajar gagal kerana berlakunya peralihan Format Peperiksaan.Tahun 4,5,6 soalannya lebih banyak kepada "problem Solving" , formula dan penukaran unit..Ianya bukan lagi proses asas + , - , x , dan bahagi semata-mata lagi.. 

Problem slving adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dibayangkan didalam kepala..kadang kala pelajar perlu baca 2-3 kali untuk memahami ayat tersebut...ianya berbeza pada peringkat awal dimana pelajar boleh mengira secara congakan sahaja.. 

Sumber - Math Catch

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!