Saturday, February 1, 2014

Home Schooling Faqihah - Pelaporan Jan 13


Faqihah suka membaca terjemahan Al-Quran

Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, perlaksanaan Home Schooling ke atas Faqihah telah bermula. Kami fokus kepada 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai persiapan untuk menduduki UPSR 2015.

Buat masa ini, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dibuat secara santai untuk memberikan keselesaan dan penyesuaian diri Faqihah terhadap aktiviti yang bakal dilaksanakan agar tiada kejutan budaya. Kebiasaannya, anak-anak autisma tidak suka kepada perubahan. Apabila peningkatan komitmen telah berlaku, P&P akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.


Pelaporan

Dalam minggu pertama perlaksanaan, prestasi yang ditunjukkan amat membanggakan. Komitmen tinggi ditunjukkan semasa sesi P&P. Pencapaian Faqihah seperti berikut

Bahasa Melayu (Tata Bahasa)
  1. Kata Nama Am/Kata Nama Khas - 67%
  2. Kata Ganti Nama Diri - 58%
  3. Kata Kerja - 83%
Bahasa Inggeris
  1. Vocabulary - 79%
Matematik (Nombor Bulat)
  1. Tulis Nombor dalam Perkataan/Angka - Perlu bimbingan

Sesi P&P akan diteruskan sepanjang Feb 2014.



1 comment:

  1. Mohon penjelasan home schooling ni perlu daftar dgn KPM kh? Cikgu kta cari sdri kh?

    ReplyDelete

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!