Friday, March 21, 2014

Autisme cemerlang SPM 2013 - Terengganu


“Saya tidak mempunyai petua tertentu tetapi sentiasa mengulang kaji pelajaran bersama adiknya setiap petang bagi membincangkan perkara yang tidak faham. "Pada masa sama berasa beruntung kerana ditempatkan bersama adik, Nurul Diana Zainudin 18, dalam kelas sejak Tahun Enam.“Setiap petang kami akan melakukan kerja sekolah bersama dan adakalanya bergaduh secara positif membincangkan sesuatu perkara,” kata seorang pelajar autisme Muhammad Danial Zainudin, 19, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek.
Danial yang memperoleh 4A+,4A,2A- dan 1B+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan pelajar cemerlang bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) di Terengganu.

 Manakala, Nurul Diana, 18, turut cemerlang dengan memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia Biologi, Pendidikan Syariah, Pendidikan al-Quran dan Sunnah dan Bahasa Arab Tinggi.

Sementara itu, Nurul Diana, berkata dia amat bangga dengan abangnya kerana membuktikan bahawa kekurangan diri tidak menjadi penghalang kepada kejayaannya.

 "Selepas ini saya merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom dan bercita-cita untuk menjadi pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

 "Saya harap kejayaan abang akan menjadi inspirasi kepada pelajar sepertinya untuk mencipta kejayaan sama,"katanya ketika ditemui bersama ibu bapanya, Rozina Mohd Mat Ikram dan Zainudin Mohamad di SMKA selepas mengambil keputusan peperiksaan.

Zainudin adalah wartawan sambilan New Straits Times (NST) Kuala Terengganu manakala Rozina, suri rumah sepenuh masa. Rozina berkata, dia amat bersyukur dan bangga kerana kedua-dua anaknya terutama Mohd Danial berjaya mendapat keputusan cemerlang seperti yang pernah diperoleh dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.

 ‘Bagaimanapun, Mohd Danial tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tempat jauh kerana keadaan kesihatan yang memerlukannya sentiasa dekat dengan keluarga.

 "Diana tidak mempunyai masalah untuk melanjutkan pelajaran ke mana saja tetapi bagi Danial agak susah kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan,”katanya.

Sumber - Suriati Ali

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!