Thursday, July 31, 2014

Anak autisma mengamuk


Assalamualaikum.

Ada anak yang kuat mengamuk....Kadangkala nak tak nak saya terpaksa bertindak kejam pada anak sebab kalau tak akan berterusan berjam2 dan kadangkala merbahaya.

Kadangkala terpaksa dirotan sebab tu satu2 nya cara nak bagi anak jangan datang dekat sebab dia akan cederakan kita...kadangkala terpaksa didukung dengan kuat dengan keadaan anak terbalik, kaki atas dan tangan bawah nak bagi terhad pergerakan dia supaya tak boleh pukul kita...kadangkala terpaksa tolak dia ke lantai dan panjat atas dia...kadangkala terpaksa simbah dengan air...dan sebagainya.



Kalau dilihat orang yg tak paham masalah anak dan kenapa mak ayah terpaksa bertindak kasar...tentu ada akan kata mak ayah kejam.

Sebab tu...ada sesetengah spectrum parents xsanggup bawak anak keluar atau berjumpa orang. Saya pula in the other hand, sanggup bawak Danial berjalan tiap2 hari...even saja kadang2 expose dia pd benda yang boleh buat dia mengamuk sebagai cara saya buat terapi....

Tapi bila buat cara ni...kena jadi super tak tahu malu. Memang Super Tak Tahu Malu...Bila pikirkan balik....dari manalah saya dapat power Super Tak Tahu Malu ni....
Wassalam.

Sumber - Ibu di KAA

Gambar Kenangan Raya - Kelab Anak Autisma

Irma Farhana

Haniff Akmal Yusof

Monday, July 28, 2014

Jeri Quotient bantu anak belajar

Saya mendidik pelajar sekolah selama 23 tahun dan melihat berbagai karektor dan minda pelajar. 

Banyak kaedah yang saya cuba untuk memberi pendidikan menyeluruh dari empat aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. 

Semangat untuk melihat pelajar berubah dan dapat belajar dengan gembira tidak pernah luntur. 

Ada pelajar yang hatinya tak dapat diselami. Ia terhijab dari menerima nasihat dan tunjuk ajar guru. Ia seolah2 berada dalam dunianya sendiri. 

Ini mbuat guru amat kecewa kerana pengajaran yang tak efektif.

Ada banyak sebab mengapa ada pelajar yang tidak boleh mengikuti sesi pembelajaran normal disekolah.

Selalunya antara sebab utama mengapa anak2 x boleh belajar ialah faktor pemakanan yang tidak betul dari segi keperluan zat yang sebenar. Perkembangan minda tersekat kerana toksik yg terbentuk dari pemakanan yang diambil.

Selain dari faktor kelahiran yg menyebabkan kecacatan, terdapat juga gangguan2 tenaga asing yang mengganggu perkembangan minda anak yang sihat.

JERI adalah satu ikhtiar Attitude Therapy untuk merawat masalah karakter dan minda anak2 dan dewasa yang sukar untuk ditangani. Ia membekalkan tenaga organ2 pencernaan, keupayaan minda, sifat2 terpuji, makanan sunnah, zat2 mineral multi vitamin dan doa syifak.

Terdapat banyak testimoni yang memberangsangkan tentang kesan rawatan JERI seperti yang dilaporkan oleh blogger pak yob tentang anaknya nur faqihah azwani.

Cubalah merawat dan jangan berputus asa dengan ujian Allah kerana anak2 adalah merupakan ujian Allah.

Elok juga semasa merawat dengan JERI gunakan shower power sebagai mandian supaya anak2 rasa segar dan tenang, dapat rasa nak tidur awal waktu malam dan dapat bangun awal. 

Terimakasih kepada ibubapa yang datang ke klinik saya dari seluruh Malaysia kerana masalah anak masing2 semoga mendapat kesembuhan dari Allah swt.

Sumber - Dr Aishah, Pengamal Attitude Therapy

Sunday, July 27, 2014

Diagnos Percuma di Attitude Therapy

Assalamualaikum.

Diagnos Percuma.

InsyaaAllah pada setiap hari jumaat saya (Dr Aishah) akan memberikan khidmat diagnos penyakit dengan percuma dari jam 9 pagi hingga 12 tghr. Setiap seorang tetamu akan mendapat hadiah istimewa dari Attitude Therapy. 

Selamat datang ke klinik Attitude Therapy.
No91 jln raja musa mahadi,
Tmn hilview, ipoh.


05 3125764





Saturday, July 26, 2014

Ucapan Hari Raya 2014


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua pengunjung laman blog pak yoep ini. Terima kasih atas kesudian mengunjungi dan membaca kandungan blog pak yoep samada yang ditulis sendiri atau dicelup daripada sumber lain agar maklumat tersebut dapat dimanfaatkan bersama. Sekian.

Beraninya anak abah


Haziq sedang beri ucapan raya 2014 di SK Gopeng


Friday, July 25, 2014

Cadangan Perjalanan Balik Raya PLUS

Kuala Lumpur: Syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS agar mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan bagi mengelak kesesakan teruk menjelang cuti perayaan dan cuti sekolah.
Pengurus Wilayah Tengah PLUS, Norbayati Manap berkata pengguna dinasihatkan menggunakan jadual itu bermula 25 hingga 27 Julai serta 1 hingga 3 Ogos seperti yang ditetapkan oleh PLUS.
"Pengguna yang menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor disaran agar memasuki Lebuhraya PLUS sebelum jam 10 pagi.

"Mereka yang menuju ke destinasi antaranya Perak, Melaka, Negeri Sembilan pula disaran supaya bertolak antara jam 10 pagi hingga 5 petang bagi melancarkan perjalanan," katanya ketika ditemui di Tol Sg. Besi.
Foto
JADUAL Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang ditetapkan PLUS.

Jadual TTA adalah cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri dan bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Norbayati berkata, jadual itu dikeluarkan bagi mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu puncak.

"Jadual ini memainkan peranan penting dalam membantu 1.7 juta kenderaan yang dijangka menggunakan Lebuhraya PLUS setiap hari menjelang cuti Aidilfitri tahun ini.

"Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari biasa," katanya.

Katanya, pihaknya turut membuka lorong tambahan keempat termasuk perjalanan menuju ke Utara dari Slim River ke Sungkai iaitu sepanjang 4 kilometer (KM) manakala dari Lembah Klang menuju ke arah Seremban laluan lorong dibuka sepanjang 26 KM.

"Laluan itu bertjuan membantu pengguna menggunakan lebuh raya dengan lancar dan selesa," katanya.

Katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, PLUS menyarankan pengguna memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

"Mereka turut dinasihatkan mematuhi panduan keselamatan sempena musim perayaan antaranya, tidak berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan, berhenti rehat setiap dua jam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya mengantuk, Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat dan Patuhi had laju yang ditetapkan," katanya.

Sumber - myMETRO

Hasil Seni Faqihah Jul 2014

Wednesday, July 23, 2014

Pengurusan Tingkah Laku



1.3.2 Definisi Pengurusan Tingkah Laku

“Pengurusan tingkah laku adalah tugas guru untuk menyediakan murid-murid supaya hendak belajar.”
( Bradley, King, Sears dan Teassier – Switlick, 1997 )

Pengurusan tingkah laku adalah merupakan langkah yang sistematik untuk mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang positif.”
( Behaviour Modification )

“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu.”
( Bear, Wolf dan Risley, 1968 )
1.3.2 Prinsip-Prinsip Pengurusan Tingkah Laku

Di antara prinsip-prinsip yang diamalkan dalam pengurusan tingkah laku ialah:-

i. Semua tingkah laku adalah dipelajari

ii. Semua tingkah laku adalah ‘stimulus spesifik’

iii. Tingkah laku boleh diajar dan diubah

iv. Matlamat perlu jelas dan specifik

v. Program yang dijalankan perlu secara individu

vi. Program yang dijalankan perlu fokus pada masa kini dan persekitaran kanak-kanak


1.3.4 Teknik-Teknik Pengurusan Tingkah Laku

Monday, July 21, 2014

Jawatankuasa Baharu Pak Yoep


Berkuatkuasa 23 Jun 2014.
Penasihat   : Pn. Wan Patimah binti Wan Zakaria (Guru Besar)

Pengerusi   : Encik Ahmad Rodi bin Mohamed Zainuddin (PK Pendidikan Khas)

Naib Pengerusi   : Encik Zinal Ariffin bin Md Raslan (PK Pentadbiran)

Setiausaha          : Cik Hermalina binti Adnan

Bendahari           : Pn. Haniza binti Yusof      
                           
AJK                             : Pn. Nor Fazila binti Yahyuddin (Guru Bimbingan)
: Puan Vanaja a/p V. Ramiah (Guru Kokurikulum)
: Cik Nor Azura bt. AB Rahman (Guru Data P.Khas)
: Pn. Norhanita binti Saadudin ( Guru HEM)
: Pn. Nur Ilyana binti Ahmad Sabri
: Pn. Khayrul Bariyyah binti Mohd Halim
: Pn. Nurul Ain binti Mohd Yusof
: Guru Pemulihan Khas

PPM Integrasi             : Cik Suzina@Khadijah binti Othman
: Pn. Asylatulhana@Aishah binti Md Ali
: Pn. Salbiah binti Idris Abas

Sunday, July 20, 2014

7 Tanda Anak Anda Memerlukan Khidmat Sokongan Terapi Pertuturan dan Bahasa

1. ” Anak saya tak bercakap, anak saya susah nak faham percakapan orang lain dan tak boleh nak sambung perkataan untuk buat ayat”
  • Ini adalah tanda kepada masalah, gangguan atau kecelaruan bahasa (language disorder/impairment)
  • Masalah ini boleh memberikan kesan kepada kebolehan anak untuk mengingati semula percakapan orang lain (auditori memori), memahami maksud;  menamakan dan  mengenal perkataan. Secara tidak langsung, ia turut memberi kesan negatif kepada kebolehan anak untuk bercakap dan membina ayat.
  • Sesetengah budak pula boleh mengenali perkataan tersebut tetapi bila nak buat ayat, dia tidak boleh ‘recall’ atau mengingati perkataan tersebut, maka dia mungkin mempunyai masalah mencari perkataan yang sesuai (word finding difficulties).
2. “Saya dan orang lain susah nak faham apa yang anak saya cuba katakan”
  • Kanak-kanak akan mula menambah kebolehan menguasai bunyi-bunyi tertentu dari umur 2 hingga 6 tahun.
  • Kanak-kanak yang mempunyai percakapan atau pertuturan yang tidak jelas iaitu percakapan yang sukar difahami oleh ibubapa dan orang lain mungkin mempunyai masalah atau gangguan pertuturan (speech sounds disorder)
  • Kecelaruan dan gangguan pada pertuturan ( e.g. bunyi-bunyi yang digunakan untuk menyebut sesuatu perkataan) mungkin memberi kesan kepada kebolehan seseorang itu menyebut bunyi secara berasingan (articulation) atau menggunakan bunyi yang betul dalam sesuatu perkataan dan ayat (fonologi).
  • Sesetengah budak juga mungkin mempunyai masalah pendengaran bagi membezakan sesuatu bunyi kepada bunyi yang lain ( cth: bunyi /p/ vs. bunyi /b/) atau mempunyai masalah membuang atau mengasingkan suku kata dalam sesuatu perkataan
  • Terdapat juga yang memperolehi  ‘verbal dyspraxia’ iaitu masalah perancangan dan pengawalan otot oral mereka  yang mempengaruhi kebolehan mereka menyebut sesuatu bunyi atau perkataan dengan jelas dan betul ( cth: mereka tahu perlu menyebut bunyi /k/, /p/ dan /l/ dalam perkataan ‘kapal’ tetapi sebutannya salah dan tidak konsisten seperti [gapal] dan [paka])
  • Mereka juga mungkin mempunyai kelemahan otot di kawasan muka, lidah, bibir atau gerahang (dysarthia). Masalah ini juga berkait rapat dengan ‘cerebral palsy’, kondisi neurologikal dan ‘Traumatic brain Injury’.
3. “Kadang-kadang anak saya cuba nak bercakap tapi perkataan itu tersekat-sekat” 
  • Ini adalah signal bahawa anak anda mungkin menghadapi ‘developmental atau acquired stammering’ iaitu gagap.
  • Ayat yang cuba dibina tidak lancar, perkataan yang disebut tersekat, bunyi pertama dipanjangkan atau diulang, perkataan diulang-ulang  atau terdapat ‘pause’ atau nokhtah yang lama ketika hendak membina atau menyebut sesuatu ayat.
  • Masalah ini memberi kesan secara emosi dan psikologi kepada mereka sekiranya mereka dibuli atau digelakkan oleh rakan-rakan mereka.
4. “Bunyi suara anak saya pelik”
  • Anak anda boleh mengalami masalah suara sekiranya berlaku penyalahgunaan dan ketegangan vokal seperti menjerit dan menangis secara berlebihan. Perhatikan sekiranya terdapat perubahan pada suara anak anda iaitu suara mereka berubah menjadi lebih kasar, garau atau seperti berbisik.
  • Masalah vokal juga boleh berlaku sekiranya terdapat elemen-elemen trauma atau psikogenik yang menggangu emosi, keyakinan dan fikiran mereka (seperti trauma selepas kemalangan, kematian atau didera). Elemen psikogenik ini boleh menyebabkan ketegangan otot di sekitar peti suara yang menyebabkan kehilangan atau perubahan suara.
5. “Anak saya macam tak tahu nak berkawan dan bercakap dengan kanak-kanak lain” 
  • Ini adalah tanda bahawa anak anda mungkin mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara sosial.
  • Berkomunikasi secara sosial melibatkan keinginan sesorang untuk berkongsi minat yang sama dengan menggunakan komunikasi 2 hala atau komunikasi tidak verbal seperti menunjuk, melihat, menggunakan ekspresi muka dan ‘body language’ yang menepati situasi sosial.
  • Beberapa kanak-kanak mungkin mempunyai masalah untuk mengguna dan mentafsir kue sosial yang disebutkan di atas, maka ia juga boleh memberi kesan kepada kebolehan mereka berkawan, berinteraksi dan bermain bersama rakan-rakan mereka.
  • Ciri-ciri ini kebiasaanya ada pada kanak-kanak autistik dan kanak-kanak yang memperolehi masalah kemahiran sosial dan pragmatik
6. “Anak saya selalu selsema dan kadang-kadang tak dengar bila saya bercakap dengannya”
  • Masalah pendengaran juga memberi kesan kepada pemerolehan bunyi dan bahasa
  • Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah mempunyai risiko yang tinggi mengalami masalah pendengaran seperti ‘glue ear atau otitis media’. Kondisi ini boleh menyebabkan masalah pendengaran sementara dan boleh memberi kesan kepada perkembangan bunyi dan bahasa anak anda.
  • Kanak-kanak Sindrom Down, sumbing dan sindrom genetik yang lain turut berisiko memperolehi ‘otitis media’.
  • Ibu bapa perlu prihatin dalam memastikan anak anda mendapat pemeriksaan telinga sekiranya terdapat tanda-tanda masalah pendengaran.
7. “Anak saya dilahirkan sumbing”
  • Kondisi sumbing bibir atau sumbing lelangit (cleft lip and palate) kebiasaannya akan menerima rawatan pembedahan. Kondisi ini memberi kesan kepada intonasi dan pertuturan mereka yang juga boleh menyebabkan kelewatan bahasa.
  • Selepas pembedahan, rehabilitasi adalah perlu dalam memastikan pertuturan mereka jelas dan mudah difahami bagi mengelak masalah seperti sengau dan pelat.
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda di atas, seharusnya anda membawa anak anda berjumpa dengan pakar kanak-kanak serta ‘speech therapist’ berhampiran anda bagi mendapat penilaian awal. Penilaian awal boleh memberi kesan yang besar kepada kualiti hidup anak anda di masa hadapan.
Reference: RCSLT (2012) The 7 signs of speech, language and communication needs and swallowing difficulties: children and teenagers.

Saturday, July 19, 2014

Result PAT 2013 Faqihah


Pencapaian terburuk Faqihah dalam bidang akademik semasa Peperiksaan Akhir Tahun 2013 di PPKI SK Seri Mutiara terutama Matematik yang hanya memperolehi markah 5% sahaja.

BM - 53%
BI - 96%
MT - 5%
SN - 40%

Kini Faqihah dah berpindah sekolah di SK Gopeng Taman Gopeng Baru. Bertukar sekolah atas sebab ikut bersekolah ditempat abahnya bertugas.

Dalam perancangan tahun ini merupakan tahun terakhir Faqihah di sekolah rendah tanpa menduduki UPSR.

Bakal bersekolah di PPKI SMK Seri Intan.

Hari Pertama Kelahiran Umar


Friday, July 18, 2014

MH17 Terhempas

Air Times added 4 new photos.

Laporan dakwa pesawat M'sia ditembak jatuh - Air Times ( sumber : Interfax)
Pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di Ukraine jatuh di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara kerajaan Ukraine dan pemisah pro-Rusia.
Laporan awal agensi luar negara mendakwa pesawat dengan nombor penerbangan MH17 membawa 295 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh dengan peluru berpandu.
Interfax melaporkan pesawat itu jatuh hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.
"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya," katanya di Twitter.
18/7/2014 - Kejadian berlaku.

Thursday, July 17, 2014

Jom Sertai Kami

Adakah anda sedih dan kecewa kerana memiliki anak istimewa? Usah bersedih dan kecewa kerana anda tidak bersendirian dalam menghadapi situasi begini. Ayuh mendaftar bersama kami dan anda akan mendapat ramai kawan-kawan yang senasib dengan anda. Luangkan masa bersama kami sambil bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam membesarkan anak-anak istimewa kerana mereka adalah anugerah Allah yang paling istimewa untuk ibubapa yang paling istimewa.

Sumber -Petikan kata2 drp Persatuan kanak-kanak sindrom down Terengganu
Kongsi ATAS TALIAN pengetahuan, pengalaman dan aktiviti anak2 Autisma.
Community Organization: 5,055 like this

Tuesday, July 15, 2014

Ilham Faqihah dibulan Ramadhan


"Wanie keturunan Cina"... Abah tak tulis tapi Faqihah yang tulis kenyataan tersebut. Atas sebab apa, abah pun tak pasti. Dia amat berminat dengan bahasa dan tulisan cina sejak sekian lama. Kebetulan pulak ada 2 guru praktikum kat sekolah dia mulai 14/7 - 14/9/2014. Cik Liaw dan Cik Toh....dari IPG Kampus Ipoh.

Monday, July 14, 2014

Tadarus Al-Quran anak istimewa


Program Tadarus Al.Quran sepanjang bulan ramadhan yang turut disertai murid PK Masalah Penglihatan, Adik Amir membaca Quran menggunakan Al-Quran Braille..

Sumber - SK Seri Mutiara FB

Sunday, July 13, 2014

Tak mahu makan nasi

Masalah

Dah 2 minggu adik ni tk jamah nasi, sy risau btl. adik cuma nak mkn roti, bun dan ayam grg je, smlm ayahnya terpaksa order pizza. suka btl adik ni mkn, tk kesahlh yg penting ada isi perut adik. minuman manis sprt kordial pula kena sembunyi, kalo x dia bantai nk minum manis,je sepjg hr, pening jg maknya ni d btnya, bila sy bg air pth mengamuk le, air 2 d buang dlm bilik air..ya, ampun ssh btul nk ramal selera bdk ni, klu buah, epal ja yg dia mkn, 2 pun ikut mood. kdg2 tk suka..hurmm, rakan2 KAA ble tk share sikit pengalaman atau tips nk tangani maslh ni ..trma ksh

Penyelesaian

Nabilah Haidy assalamualaikum, saya seorg bhavior therapist yg bekerja dgn kanak2 autisme.

saya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu. insyaAllah dapat membantu .


kalau mengikut cerita akak, baru 2 minggu adik refuse untuk makan nasi. bermakna disini saya mengandaika
n mngkin sblm ni adik masih boleh makan nasi?


possibly,bermakna mungkin ini adalah salah satu masalah behaviour atau rigidty yg telah anak akak developlkan lately.saya pun tak dapat nk beri kepastian sbb mungkin ada lagi sebab2 lain kenapa dia refuse utk makan .tp berdasarkan info akak ,masih belum terlambat kalau nk ubah. Sbb baru 2 minngu.


cuba try cara ni,


1) make sure nasi yg dihidangkan kepada dia tu dgn lauk yg paling mungkin dia akan makan 
2)mulakan dgn letakkan quantity yg tak tdk terlalu byk dalam pinggan.supaya cepat habis. mungkin suku pinggan sahaja? (quantity ni boleh ditambah secara gradual bila adik dah berjaya habiskan quantity pertama)
3) letak ayam goreng atau makanan kegemaraan adik dekat sebelah pinggan dan beritahu dia, satu suap nasi, satu suap makanan kegemaran. (mungkin agak susah pada awalnya, tp bile dia mulai faham yg dia akan still dpat mknn kegemaran tu insyaAllah "smooth journey"  ) *kalau boleh mknn kegemaran tu kita yg bagi dekat dia. kalau ikutkan mereka, habis sepinggan terus nnt.hehe
4)selang seli kan satu suap nasi dgn satu suap makanan kegemaran (mknn kegemaran ni bg dlm quantity yg kecil dulu) kaau dia berjaya habiskan semua nasi dipinggan , dia boleh teruskan nikmati seluruh makanan kegemaran dia. 

*mknn kegemaran tu make sure value dia tinggi dan hanya boleh makan masa nk buat food program ni sahaja.

bila adik semakin boleh tolerate dgn nasi , dah tk payah selang seli satu suap.mungkin lepas habis suku,dpt mknn kegemaran dan kemudian setengah dan akhirnya setelah selesai sepinggan. bagi adik2 yg mungkin boleh start dgn suku pinggan terus pun lebih bagus. terpulang pada tahap toleransi masing2.

harap2, ini boleh membantu .
good luck and insyaAllah 

Saturday, July 12, 2014

Kesan Ubat Hyper


salam..dah lame sy tk poskan pasal ank syurga sy(najwan).sy nk minta pandangan atau pendpt dr para2 ibubapa am.bln lepas,sy ada pg jumpa pakar di hospital jempol.disbbkn temujanji yg diberikan 5 ke 6 bln skali,bile jmpa doktor,ank sy tk blh nk duk diam.ada aje keje yg dia buat.doktor tanye sy,ank sy sblm nie hyper ke?sy ckp tk.ok,dia dh blh phm ape yg kt ckp,blh pandang muka bl bckp,dh boleh bckp 2,3 pekataan.last2 doktor suruh sy pg jmpa dktor psikologi.sy ada pg jumpa doktor 2.memang perangai ank sy,bile tmpt br dia rs tk selesa,jd byk kejelah.tk blh duk diam.doktor 2 ada bg ubat utk kurangkan hyper dn bg dia fokus.yg menjadi mslh sy,sy kurang pasti nk bg ubat 2 pd ank sy sbb dia blh menyebabkn kurangnye selera makan dn mengurangkan tahap hyper dia.klu ikvtkn ank sy tk hyper dan blh dikontrol lg.cikgu di pdk pn sarankn jgn bg ubat 2.sy bkn ape,tkt bile dh bg ubat dia akan bgntung kpd ubat dan sy tkt klu2 ubat 2 akan menyebabkn ank sy akan beblk kpd keadaan yg dl.jd,ape pandgan atau nsht dr ibubp2 am sy.adakah sesiapa penah bg ubt yg disarankn oleh dktor atau adakah pendktan lain selain drpd ubt.16 hrbln sy kn jmpa dktor 2 blk.

Sumber - Kelab Anak Autisma FB

Sunday, July 6, 2014

Felixia Yeap kini Muslimah


Bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap kini berasa lebih tenang apabila bertemu "jalan pulang" selepas memeluk Islam secara rasmi hari ini. Yeap, 28 tahun dalam tulisan di blognya felixiayeap.blogspot.com berkata, beliau mengucap syahadah di hadapan empat orang saksi dalam satu majlis tertutup hari ini.

Saturday, July 5, 2014

Result PPT 2014 Kak Long


Keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 Kak Long di SMK Convent Ipoh seperti berikut:

BM - 77%
BI - 71%
Sejarah - 87%
Geografi - 70%
Pendidikan Islam - 68%
Matematik - 80%
Sains - 82%
KH - 72%
PJK - 80%
PS - 67%
Sivik - 80%

Keputusan - 5A6B
Peratus - 75.3%
GPP - 1.55
Kedudukan - 2/35

Gred Purata Pelajar (GPP)
- PPT 2013 1.63
- PAT 2013 2.13


Dasar OKU


Dasar OKU

1. memberi pengiktirafan bahawa OKU mempunyai hak dan peluang yang sama bagi penyertaan dalam masyarakat.
2. memastikan OKU menikmati hak mereka.
3. menghapuskan diskriminasi.
4. meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak OKU.

Friday, July 4, 2014

Daftar OKU


Selamat Pagi Semua!
Pendaftaran Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah penting bagi memastikan mereka mendapat bantuan dan perhatian yang sepatutnya. Ada mengenali mana-mana OKU? Adakah mereka sudah mendaftar? Tidak tahu bagaimana ingin mendaftar?
Hubungi kami di 15999 untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran OKU dan faedah-faedah yang boleh mereka nikmati atau dengan menghantar pesanan peribadi (PM) di laman Facebook Talian NUR atau emel, SMS dan WebChat melalui laman web KPWKM(http://www.kpwkm.gov.my/social-media). Keprihatinan anda amat kami hargai.

Thursday, July 3, 2014

Tugasan pertama pak yoep


Tugasan pertama pak yoep selaku pentadbir yang dikeluarkan oleh pihak sekolah untuk melaksanakan tugas Guru Bertugas Mingguan. Malangnya pak yoep tiada kat sekolah kerana menghadiri mesyuarat penataran PPPM zon utara di Pulau Pinang pada 2 - 4 Jul 2014.  


GURU BERTUGAS MINGGUAN

TARIKH
30 Jun - 4 Julai  2014

GURU BERTUGAS
Pn. Fauziah Binti Zahidin
Cik Nor Azlina Binti Hashim
Pn. Nur Azurawati Binti Yusof
En. Mohd Shah Rizal Bin Zainuddin


PENOLONG KANAN BERTUGAS
En. Ahmad Rodi Bin Mohamed Zainuddin
(Penolong Kanan Pend. Khas)

SELAMAT BERTUGAS!

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!