Sunday, August 31, 2014

Anak autisma malang


Rasanya dah terlalu lama x menulis di wall ni.. bukan dah lupa tapi hanya menjadi pembaca setia.. Haqimi (7thn) pn so far xbanyak buat perangai pelik, malah terus menerus berkembang dengan positif dari segi akademik. Cuma dari segi sosial perlu kerja keras agar boleh masuk ke dalam kumpulan kanak-kanak tipikal. Sekarang ni Qimi hanya terus join bila nampak budak2 bermain xpecially kejar2.. dia akan terus lari bersama dengan gelak ketawa seperti dah kenal bertahun. Budak2 lain pulak seperti biasa akan rasa pelik, lebih2 lagi bila tanya nama Qimi hanya tersengih dan buat xtahu. Perkataan "budak gila" dah imune di telinga umi Qimi ni. Namun apa yang terjadi semalam di kampung benar2 buat hati ni sedih.. Qimi balik berlari dikejar 3 budak lelaki tetapi bila dia berpaling ke belakang bajunya penuh darah dari kepalanya yang luka. Penuh panik umi panggil Qimi yang masih ketawa berlari kerana ingat budak2 tu bermain dengannya. Mulanya ingat kena kawat duri sebab Qimi suka kejar kucing tapi rupanya kepalanya di baling batu. Ya Allah!! sucinya hati anak ini yang menyangka mereka kawan yang bergurau dengannya. Ya Allah!! sedihnya hati umi melihat anaknya dibuli sedemikian rupa. Subuh tadi umi ini menangis memikirkan masa depan Haqimi, mengharap biar anak ini "pergi" dulu sebelum kami.. Tapi dady Qimi dengan tenang mengatakan Allah sebaik2 perancang.. Ya Allah!! hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu.. peliharalah anak ini dan berilah yang terbaik untuknya.. AMIN..
(Maaf sebab menulis terlalu panjang)

Faqihah bermasalah kembali


Sejak akhir2 ini, ketara sangat perubahan tingkahlaku Faqihah. Positif kepada negetif. Rujuk dengan Dr Aishah. Statusnya angin dan darahnya berasid. Dicadangkan rawat dengan meminum air alkali dan yogurt.

Tingkahlakunya tidak mendengar kata dalam hal2 tertentu. Suka bergaduh dengan adik-beradik. Dreaming. Berlari2. Bercakap tanpa sebab. Sukar tidur malam.

Jika disuruh membuat kerja rumah, tiada masalah.

Yang baiknya, apabila  diberi nasihat. Beri penjelasan tentang tingkahlakunya yang tidak elok, lantas terus menangis dan meminta maaf.

Masalahnya, dia akan mengulangi tingkalaku tersebut semula.


Saturday, August 30, 2014

Iklan Merdeka 2014

Merdeka!!!! 2014

Friday, August 29, 2014

Iklan Merdeka 2014

Hasil Seni Anak Autisma - Ogos 2014


Here is a close up of my daughter Candy's new painting. Candy is 13 years old and has severe autism and is non-verbal but speaks through her art!! Art Can Heal!!

Sumber - Sandy Waters

Thursday, August 28, 2014

Tanda Lambat Pertuturan


Wednesday, August 27, 2014

Faqihah & Teacher Ruby 2014

24 Ogos 2014 - Sedekad bersama Teacher Ruby

Autisma - Masalah Penglihatan

Sunday, August 24, 2014

Faqihah Merdeka di SK Gopeng


Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung

PESAWAT MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa MH17 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada jam 9.54 pagi ini. - Foto NSTP











Beraya di Rumah Mertua Mak Yang


Thursday, August 21, 2014

Tawaran Kerja untuk OKU


Wednesday, August 20, 2014

Proses Kemasukan ke Kelas Pendidikan Khas


Tuesday, August 19, 2014

Ibubapa anak istimewa merungut


RAMAI IBU BAPA ANAK ISTIMEWA MERUNGUT..

1. Anak tidak diterima di tadika
2. Dekat sekolah, cikgu kata anak belum boleh membaca.
3. Susah cari guru yang faham dan boleh bantu anak....
4. Anak dah 18 tahun...belum boleh membaca.
5. Kerja anak mewarna sahaja..dah darjah 6....dll.

Betul...TAPI FAKTOR IBU BAPA ADALAH 60 PERATUS. KOMITMEN IBU BAPA DALAM MERANCANG, MEMASTIKAN ANAK BELAJAR SECARA BETUL SESUAI DENGAN KEPERLUAN ANAK(ISTIMEWA), KOMITED UNTUK HANTAR BELAJAR KALAU DAH JUMPA TEMPAT, JAGA PEMAKANAN ANAK SEBELUM KE KELAS AGAR TIDAK TERLALU HYPER DAN TANTRUM SEPANJANG SESSI BELAJAR, SETTLEKAN BAB OT DAN ST SUPAYA ANAK BETUL2 BERSEDIA UNTUK BELAJAR AKADEMIK,KALAU TIDAK MAMPU AJAR SENDIRI, SEDIA KORBAN WANG RINGGIT, MASA DAN TENAGA DEMI MASA DEPAN ANAK YANG BELUM PASTI.
CUBA KAJI SIAPA DI BELAKANG INSAN2 ISTIMEWA/ NAMA2 HEBAT ISTIMEWA DI LUAR SANA... HARGAI GURU DAN CUBA PASTIKAN WIN2 SITUATION BERLAKU ANTARA KITA DGN GURU. KEJAYAAN DAN PERUBAHAN ANAK-ANAK KITA TIDAK BOLEH DATANG MENGGOLEK, TURUN DARI LANGIT DAN DAPAT DICAPAI DALAM SEKELIP MATA TANPA USAHA DAN KERJASAMA ANTARA IBU BAPA GURU.

Sumber - Ummu Imtiyaz

Thursday, August 14, 2014

Murid Pendidikan Khas didera guru


Wednesday, August 13, 2014

Layanan saksama kanak-kanak istimewa


Golongan kurang upaya perlu dapat layanan saksama dalam sistem pendidikan demi masa depan

RAMAI daripada kita yang sering terlepas pandang atau mungkin tidak menyedari, bahawa satu peratus penduduk Malaysia adalah kanak-kanak istimewa dan mereka memerlukan perhatian khusus atau pendidikan khas dalam pembelajaran.

Sikap tidak peka atau langsung tidak mengambil endah terhadap masalah pembelajaran dihadapi kanak-kanak istimewa itu, sekali gus menyebabkan golongan berkenaan sering kali ketinggalan jauh atau keciciran dalam menerima pendidikan di negara ini sehingga memberikan masa depan yang gelap.

Pensyarah Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Norani Md Salleh, berkata kanak-kanak istimewa tidak boleh dipinggirkan, malah seperti kanak kanak normal yang perlu diberikan pendidikan sempurna demi memastikan kebaikan dan menjamin masa depannya, begitulah juga dengan golongan itu.
Beliau berkata, seiring dengan pendidikan untuk semua yang diwajibkan kerajaan, kanak-kanak istimewa juga tidak terkecuali dan mereka perlu diberi perhatian serta mendapat hak sewajarnya di dalam sistem pendidikan di negara ini.

Monday, August 11, 2014

Catatan seorang rakan..Uwais

Kenangan bersama Pak Yoep.baru sehari ketiadaan Pak Yoep,begitu terasa kehilangan seorang guru yg sangat komited dan rajin.Sir pun sangat terasa dan merindui...sedihnya...

Catatan seorang rakan
 — with Rathakrishnan Naidu Raja and 3 others.

Photo: Sedihnyerrrrrrrr

Kenangan bersama Pak Yoep.baru sehari ketiadaan Pak Yoep,begitu terasa kehilangan seorang guru yg sangat komited dan rajin.Sir pun sangat terasa dan merindui...sedihnya... 

Catatan seorang rakan

Sunday, August 10, 2014

Latihan bola sepak anjuran PAFA





Friday, August 8, 2014

Setelah usia 4 bulan

Genap 4 bulan ... meniarap sendiri

Bersama sepupunya aishah

Terpaksa masuk buai setelah 4 bln... ummi nak kerja

Thursday, August 7, 2014

BANTUAN KEWANGAN OKU


PROGRAM
Bantuan Kewangan OKU
OBJEKTIF
  • Memberi insentif / biasiswa dan peluang kepada OKU yang berkebolehan /                     berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
  • Meningkat dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk OKU dari segi bantuan kewangan.
GOLONGAN     SASARAN
  • Pelajar OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU
PERINGKAT PENGAJIAN
  • PhD
  • Sarjana
  • Ijazah Pertama
  • Diploma Lepasan Ijazah
  • Diploma
  • Sijil (di politeknik dan kolej komuniti sahaja)
TEMPAT PENGAJIAN
  • 20 IPTA
  • IPTS yang diiktiraf oleh Kerajan
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
SYARAT
SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

Wednesday, August 6, 2014

Makanan segera punca autisma

SOALAN 1 

HARI ini saya mendengar banyak cerita mengatakan ramai ibu akan melahirkan kanak-kanak autisme akibat pemakanan yang tidak sihat seperti makanan segera. Benarkah perkara ini? Mohon doktor jelaskan dengan lanjut.

* Su, Johor Bahru, Johor.

Tuesday, August 5, 2014

Miroorganisma punca autisma

  • Kanak-kanak dididik makan makanan seimbang. - Gambar hiasanKanak-kanak dididik makan makanan seimbang. - Gambar hiasan
 1 / 1 
MAKANAN terproses merujuk kepada makanan yang diolah pihak pengeluar dengan ciri-ciri yang menarik minat pengguna untuk memakannya. Pemprosesan dan penambahan pelbagai bahan aditif ke dalam makanan terproses seperti roti burger, nuget, kentang goreng, aiskrim, kek dan minuman berkarbonat dipercayai menyebabkan nutrien dalam bahan tersebut berkurangan atau tidak seimbang.

Ibu bapa adalah golongan paling utama dalam membentuk cita rasa anak terhadap sesuatu makanan. Kajian menunjukkan kanak-kanak cenderung menggemari sesuatu jenis makanan yang mereka makan secara berulang-kali ketika masih dalam alam kanak-kanak.

Makanan yang tinggi dengan nilai nutrien didapati meningkatkan tahap IQ. Sudah tentu makanan yang rendah nilai nutrien mengurangkannya. Selain itu, makanan terproses dikatakan mengganggu keharmonian kehidupan flora usus iaitu keseimbangan nisbah flora baik dan tidak baik.

Penghidap autisme, hiperaktiviti dan kemurungan didapati memiliki masalah gastro-usus yang dipercayai berpunca daripada koloni flora usus tidak harmoni. Pelbagai penyakit lain dipercayai mempunyai kaitan dengan ketidakharmonian flora usus seperti autoimun, ekzema, alahan dan tindak balas makanan (food reaction). Begitu juga dengan kurang penumpuan (attention deficit), hiperaktif, gila (schizophrenia), dypraxia dan dyslexia. 

Ketidakharmonian flora usus yang dialami secara berpanjangan sejak alam bayi dipercayai boleh menimbulkan masalah fisiologi berpunca daripada kekurangan nutrien seperti alahan, ekzema, autisme, asma, lesu kronik, masalah penghadaman dan masalah trek gastro-usus.

Ia juga dipercayai menimbulkan masalah kepada sistem imun di mana jentera sistem imun akan menyerang sel-sel tubuh. Selain itu ia juga memberi kesan negatif terhadap suasana hati (mood) dan perangai.

Monday, August 4, 2014

Tinggal Kenangan di Raya 2014

Bergambar di depan rumah usang opah di Kuala Kangsar

Sunday, August 3, 2014

Raya Faqihah 2014

Cabaran masih dihadapi apabila membawa Faqihah berhariraya di rumah sanak-saudara walaupun usianya dah 12 tahun. Masih berkelakuan seperti kanak2. Tidak seiring dengan usianya. Bergerak aktif. Tapi tidak seperti usianya semasa kecil. Masih dibawah kawalan walaupun seketika. Diam apabila jumpa buku dan handphone orang lain. Apa2 pun peluang perlu diberikan untuk dia merasai suasana hariraya seperti kanak2 yang lain. Kami bangga mempunyai anak istimewa seperti Faqihah.

Photo: Cabaran masih dihadapi apabila membawa Faqihah berhariraya di rumah sanak-saudara walaupun usianya dah 12 tahun. Masih berkelakuan seperti kanak2. Tidak seiring dengan usianya. Bergerak aktif. Tapi tidak seperti usianya semasa kecil. Masih dibawah kawalan walaupun seketika. Diam apabila jumpa buku dan handphone orang lain. Apa2 pun peluang perlu diberikan untuk dia merasai suasana hariraya seperti kanak2 yang lain. Kami bangga mempunyai anak istimewa seperti Faqihah.

Saturday, August 2, 2014

Iltizam guru pendidikan khas



AKTIVITI belajar membuat aiskrim merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan murid pendidikan khas di SK Bandar Jerantut.


RAMAI yang beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan tugas yang sangat mudah.
Tanggapan itu timbul memandangkan murid di dalam kelas itu hanya sekitar lima hingga 10 orang berbanding kelas perdana yang menempatkan lebih 20 orang murid.
Namun, tinjauan di beberapa buah sekolah di Jerantut, Pahang mendapati tanggapan tersebut ternyata meleset.
Sebenarnya, tugas untuk mengajar dan mendidik murid pendidikan khas tidak semudah yang disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa berbanding murid-murid di kelas perdana.

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!