Tuesday, August 5, 2014

Miroorganisma punca autisma

  • Kanak-kanak dididik makan makanan seimbang. - Gambar hiasanKanak-kanak dididik makan makanan seimbang. - Gambar hiasan
 1 / 1 
MAKANAN terproses merujuk kepada makanan yang diolah pihak pengeluar dengan ciri-ciri yang menarik minat pengguna untuk memakannya. Pemprosesan dan penambahan pelbagai bahan aditif ke dalam makanan terproses seperti roti burger, nuget, kentang goreng, aiskrim, kek dan minuman berkarbonat dipercayai menyebabkan nutrien dalam bahan tersebut berkurangan atau tidak seimbang.

Ibu bapa adalah golongan paling utama dalam membentuk cita rasa anak terhadap sesuatu makanan. Kajian menunjukkan kanak-kanak cenderung menggemari sesuatu jenis makanan yang mereka makan secara berulang-kali ketika masih dalam alam kanak-kanak.

Makanan yang tinggi dengan nilai nutrien didapati meningkatkan tahap IQ. Sudah tentu makanan yang rendah nilai nutrien mengurangkannya. Selain itu, makanan terproses dikatakan mengganggu keharmonian kehidupan flora usus iaitu keseimbangan nisbah flora baik dan tidak baik.

Penghidap autisme, hiperaktiviti dan kemurungan didapati memiliki masalah gastro-usus yang dipercayai berpunca daripada koloni flora usus tidak harmoni. Pelbagai penyakit lain dipercayai mempunyai kaitan dengan ketidakharmonian flora usus seperti autoimun, ekzema, alahan dan tindak balas makanan (food reaction). Begitu juga dengan kurang penumpuan (attention deficit), hiperaktif, gila (schizophrenia), dypraxia dan dyslexia. 

Ketidakharmonian flora usus yang dialami secara berpanjangan sejak alam bayi dipercayai boleh menimbulkan masalah fisiologi berpunca daripada kekurangan nutrien seperti alahan, ekzema, autisme, asma, lesu kronik, masalah penghadaman dan masalah trek gastro-usus.

Ia juga dipercayai menimbulkan masalah kepada sistem imun di mana jentera sistem imun akan menyerang sel-sel tubuh. Selain itu ia juga memberi kesan negatif terhadap suasana hati (mood) dan perangai.


Sistem imun

Flora usus jenis baik dipercayai membantu mengoptimumkan fungsi T helper cell (TH1). TH1 ialah sejenis sel sistem imun yang antara lain bergantung kepada keseimbangan nisbah flora usus.

Fungsi TH1 adalah sebagai tentera sistem imun barisan hadapan dan membantu sistem imun membentuk kekebalan berasaskan sel (cell-mediated immunity). Kekebalan berasaskan sel ialah tindakan kekebalan yang tidak melibatkan antibodi.

Sebaliknya ia merupakan sistem yang melibatkan aktiviti immunoglobulin A, phagocytes, T-lymphocyte, beberapa jenis cytokine, beberapa jenis interleukin dan gamma interferon.

Kekebalan berasaskan sel ini terdapat di seluruh bahagian tubuh. Jadi, ia terdedah kepada bahan asing tidak dikenal oleh sistem imun tubuh (nonself). Peranan utamanya ialah melawan infeksi pada membran mukus, kulit dan dalam sel.

Ia merupakan jentera sistem imun utama dan bertindak sebagai sarana pertahanan yang paling berkesan terhadap sebarang jenis serangan (mikroorganisma dan bahan asing tidak dikenali oleh sistem imun).

Aktiviti dan kecekapan kekebalan berasaskan sel ini dikatakan amat bergantung kepada kehidupan flora usus yang sihat. Kemusnahan kepada flora usus akan menyebabkan kecekapan sistem kekebalan berasaskan sel berkurangan.

Ia menyebabkan mikrob dan bahan bertoksin termasuk molekul makro dapat masuk ke dalam darah dan mengitari tubuh. Apa jadi seterusnya? T helper 2 (TH2) yang merupakan jentera kedua sistem imun selepas TH1 akan menjadi kelam-kabut.

TH2 bertanggung jawab ke atas kekebalan dalam bendalir (humoral immunity). Sistem ini dilengkapi dengan interleukin 4,5,6 dan 10 selain alfa interferon dan immunoglobulin E.
Flora usus yang tidak harmoni/sihat (musnah atau nisbah yang tidak sesuai) dikatakan menyebabkan TH2 dan IgE menjadi amat aktif.

Ia mengakibatkan penghidapnya mudah mengalami tindak balas makanan, pelbagai alahan, keradangan kronik, masalah autoimun (sistem imun menyerang sel-sel tubuh) dan pelbagai kesan negatif lain.

Flora usus jenis baik yang menetap di dalam usus manusia sebenarnya ialah sebahagian daripada sistem pencernaan manusia. Selain sel-sel usus dikenali yang sebagai enterocyte sebenarnya flora usus yang menjadi bahan binaan microvilli membantu pencernaan dan penyerapan pelbagai nutrien termasuk vitamin dan mineral.

Ia melekap pada villi (bahagian usus yang menonjol dan tegak dengan kedudukan rapat antara satu dengan yang lain berfungsi menyerap nutrien) dan dikenali sebagai microvilli.

Pelbagai faktor menyumbang kepada ketidakharmonian flora microvilli termasuk stres emosi, pemakanan yang tidak sesuai (vegeterian murni dipercayai menghadapi masalah), kekurangan nutrien tertentu dan tidak menyusu dengan susu ibu.

Punca lain ialah pengambilan ubat-ubatan moden (antara lain seperti antibiotik, kemoterapi, penghalang rasa sakit, paracetamol), pengambilan makanan bergula secara berlebihan, racun (rumpai, serangga) dan makanan terproses.

Teknik pilih ubat

Kebanyakan doktor dan pakar nutrisi moden (dan pakar dietetik) dipercayai tidak mengetahui atau tidak mengambil berat hal ini. Sebab itulah seperti pernah terjadi seorang rakan penulis mengadu penawar untuk merawat batuk ialah dengan makan aiskrim.

Penulis tidak mengada-adakan cerita. Walaupun mungkin ia benar-benar memendekkan tempoh penghidap mengalami batuk, namun pada pandangan penulis pula apabila dinilai dari perspektif nutrisi langkah tersebut adalah kurang bijak.

Pengamal perubatan alternatif contohnya pengamal homeopati memang faham sesetengah bahan yang menyebabkan sesuatu penyakit boleh digunakan untuk meredakan penyakit yang sama.

Pengamal perubatan herba juga menggunakan teknik pemilihan ubat dengan kaedah yang serupa misalnya bawang putih dan halia digunakan untuk meredakan selesema kerana kedua-duanya didapati menyebabkan hidung berair (seakan-akan selesema).

Perubatan Tradisional China (pengamal yang mahir) juga menjadikannya sebahagian daripada teknik memilih ubat. Contohnya tabib singseh akan mempreskripsikan sejenis bunga berwarna kuning untuk mengatasi paras bilorubin tinggi yang berlaku pada bayi yang baru dilahirkan. Penulis tidak tahu sama ada doktor perubatan moden mengetahui dan mengamalkan kaedah ini.

Kemungkinan besar ramai akan menggelengkan kepala apabila mendengar berita aiskrim (boleh menyebabkan batuk) digunakan untuk merawat batuk. Sebahagian besar golongan awam tidak tahu kebanyakan doktor tidak belajar ilmu pemakanan secara khusus dan mendalam ketika di bangku universiti.

Ilmu pemakanan dikatakan hanya dipelajari dalam beberapa jam daripada keseluruhan tempoh pembelajaran. Mempreskripsikan ubat-ubatan moden adalah kaedah utama setelah pesakit menjalani diagnosis dan cadangan pemakanan kadang-kadang dikatakan oleh ramai pengkritik sebagai merapu.

Sebuah artikel ditulis seorang doktor dalam New York Times menggambarkan keadaan doktor yang menggelabah apabila ditanya oleh pesakit berkaitan hal pemakanan. Pembaca budiman boleh membaca artikel berjudul Teaching Doctors About Nutrition and Diet secara dalam talian di lawan sawang akhbar tersebut.

Tajuk artikel - Makanan terproses jejas kesihatan?
Sumber - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!