Tuesday, September 30, 2014

Terapi dalam Pendidikan Khas


Terapi pertuturan
  • kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.
  • membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
  • melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
  • antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.
- meniup belon.
- meniup kertas di atas air.
- mengetap bibir ; dan sebagainya.

Terapi Fizikal (fisioterapi)
  • memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
Terapi Carakerja
  • merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
Terapi muzik
  • bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
  • terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.
  • aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.
  • murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.

MEMBERSHIP PROGRAM ATTITUDE THERAPY

Sempena Kursus Intensif Attitude Therapy yang telah diadakan pada 27 September 2014, Membership Program Attitude Therapy telah dilancarkan secara rasmi.



Sesungguhnya kaedah muamalat Ba’i al Salam adalah kaedah yang sungguh indah. Ia memberikan manfaat bersama antara Attitude Therapy Sdn. Bhd. dan anda. Kaedah ini diterapkan ke dalam program keahlian atau Membership Program Attitude Therapy.

Memilih untuk menyertai program ini adalah pelaburan yang sungguh bijak. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan, rawatan atau mengikuti program pengajian yang berterusan dengan harga yang murah dan adil sesuai dengan status keahlian anda. Dengan konsep Ba’i al-Salam, keahlian anda adalah terjamin 100%, insyaAllah.
Hakikat sebenar rawatan alternatif Attitude Therapy, ia adalah kaedah rawatan milik anda. Setinggi-tinggi penghargaan di atas minat, sokongan, kasih dan kesetiaan anda terhadap Attitude Therapy melalui program keahlian ini. Keahlian anda adalah sumbangan terbesar terhadap pembangunan dan kemajuan Attitude Therapy untuk terus berkhidmat memberikan rawatan yang paling berkualiti dan berkesan. Secara tidak langsung, anda telah menyumbang kepada kemajuan sistem perubatan terulung untuk masa depan taraf kesihatan anda dan keluarga yang lebih sempurna.
Bagi mereka yang ingin menyertai, peluang terbuka luas kepada sesiapa sahaja. Dengan ini saya berbesar hati menjemput anda menyertai program keahlian yang julung-julung kali ditawarkan.
Prof. Dr. Hj. Ariffaizal Bin Hj. Mohd Nor Ariffin
Pengasas Attitude Therapy

Kursus Pengamal AttitudeTherapy

Aura bakal pengamal Attitude Therapy

Kursus  bertempat di Tower Regency Hotel pada 27  dan 28 Sep 2014

Pengasas Attitude Therapy, Prof Dr Ariffaizal

Kursus yang dihadiri pak yoep buat kali ke-2... 2008

Monday, September 29, 2014

Modifikasi tingkah laku


Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif.

Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (rujukan Psikologi Pendidikan untuk Kursus diploma Perguruan Semester 3, Mok Soon Sang )

Modifikasi perilaku adalah suatu bentuk perubahan kerana adanya upaya modifikasi. Modifikasi perilaku merupakan pokok bahasan dalam lingkup psikologi yang memusatkan perhatiannya untuk menganalisis dan memodifikasi perilaku manusia. (rujukanhttp://dyahsari05.blogspot.com/2009/01/modifikasi-perilaku.html)

 Modifikasi tingkah laku ialah analisis gunaan tingkah laku @ ‘applied behaviour analysis’ adalah pengunaan sistematik p-prinsip psikologi ke atas individu untuk fahaman & mengubah tingkah laku.

Menurut RR Bodzin (dipetik oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) modifikasi Tingkah Laku adalah "usaha menggunakan p-prinsip psikologi dan juga p-prinsip psikologi eksperimental yang lain untuk tingkah.laku bermasalah. Ia menumpukan fokus terhadap tingkah laku yang dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang konkrit tentang masalah yang perlu diubah. Sesuatu rawatan itu telah dikatakan berkesan apabila tingkah laku bermasalah itu telah diubah.”

Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah supaya guru memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila mengambil sebarang tindakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara mengendalikan disiplin bilik darjah daripada tingkah laku yang paling kecil kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak memberi perhatian apabila murid ini selalu bergerak di dalam kelas. Seterusnya menunjukkan tingkah laku dan berkelakuan menyendiri dan kurang mahu berinteraksi dengan orang lain di sekelilingnya. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti ialah ingkar, tidak mahu berkongsi dan bersifat egosentrik. Tingkah laku yang dikehendaki akan diulangi kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul selepas perbuatan. Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan, guru akan memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong murid untuk terus menyiapkan lagi kerja rumah yang diberikan kerana mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi ini dikenali sebagai tingkah laku yang dikehendaki.

Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif.

 Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya adalah dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih, memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki, mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.

Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah:

• Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
• Menetapkan matlamat
• Menentukan strrategi bertindak
• Merancang prosedur atau plan tindakan
• Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
• Menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu
• Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Result Ujian Bulanan 2014 - Ogos


Terdapat peningkatan dalam ujian bulanan Ogos 2014 yang diduduki Kak Long tetapi masih belum mengatasi pencapaianya semasa tingkatan 1.

BM - 86%
BI - 69%
PI - 70%
MT - 80%
SN - 82%
KH - 56%

Gred - 3A2B1C
Peratus - 73.83%
GPK - 1.67

Kedudukan dlm kelas - 2/35
Kedudukan dlm Tingkatan - 48/200

Sunday, September 28, 2014

Modifikasi tingkah laku

Pengurusan kendiri
            Pengurusan kendiri terdapat banyak takrifan yang diberikan oleh pakar-pakar motivasi dan tokoh ilmu serta orang ramai. (Creer, 1976) mendefinisikan pengurusan diri adalah untuk mengambil bahagian apabila seseorang itu melibatkan diri dalam perubahan ke arah kebaikan. Mengikut (Aldeson, Starr, Gow & Moreland, 1999) apabila seseorang melibatkan diri dalam sebahagian jenis yang berkaitan pendidikan seperti kumpulan pembelajaran antara disiplin ke arah kecerdasan, pendekata individu dalam kes teori pengurusan. Pengurusan kendiri boleh ditakrifkan sebagai penglibatan dalam pembelajaran atau ke arah hasil yang spesifik; persediaan seseorang menguruskan keadaan yang sentiasa berubah dan juga mempunyai kemahiran untuk menguruskan kesan fizikal dan emosi.
Pengurusan kendiri merupakan satu teknik modifikasi pengurusan diri dan ia boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, keubahsuaian dan inovasi. Aspek-aspek ini merupakan teknik-teknik pengurusan kendiri dan kawalan kendiri yang mempunyai pendekatan yang sama dengan tingkah laku atau peniruan modeling.

Kawalan Kendiri
Kawalan diri banyak menjelaskan dalam aspek pengurusan diri yang termasuk keadaan persekitaran, kerja berkumpulan, pengurusan kesihatan dan lain-lain. Kawalan diri ini perlu diterap dan diajar kepada kana-kanak sejak mereka kecil lagi supaya mereka dapat menguruskan dalam beberapa aspek utama. Oleh itu, ibu bapa dan guru adalah sebagai model  tingkah laku yang baik kepada mereka.
           Kawalan kendiri merupakan kemampuan seseorang untuk menguruskan emosi, perilaku dan keinginan serta cekap menguruskan masa depannya. Tidak semua orang pandai menguruskan emosi mereka terutamanya dalam pelbagai situasi. Dalam psikologi biasanya menyerahkan kawalan diri melalui fungsi eksekutif dalam membuat keputusan dijangka menggunakan habis sumber daya dalam keegoan.
     Terdapat banyak hal yang menjejaskan kemampuan seseorang untuk menggunakan kawalan sendiri. Kawalan kendiri amat penting dalam kerja kumpulan. Mereka yang mengamalkan kawalan kendiri yang bagus akan memberi kesan yang baik kepada kekuatan sesuatu kumpulan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
       Kawalan kendiri juga berlaku berkaitan dengan tekanan yang kita hadapi termasuk tekanan bagus, buruk dan tiada tekanan. Jika kita berada dalam persekitaran yang kompetitif tetapi tidak merugikan kita maka keadaan tersebut adalah tekanan yang bagus. Kita akan dapat motivasi dan kawalan diri yang baik. Manakala, tekanan buruk ialah kita di persekitaran yang tiada tekanan dan tiada persaingan maka kita akan menjadi tertekan dan tidak memotivasi serta hilang kawalan kita sendiri.
Kawalan kendiri juga membawa maksud sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Emosi yang destruktif ialah emosi yang negatif dimana ia akan membawa kepada pengaruh kepada individu tersebut dan individu di sekelilingnya. Seseorang tersebut yang mempunyai kawalan kendiri yang baik dapat mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik. Contohnya, apabila seseorang berasa tertekan dan emosinya akan berasa sangat tegang dan mudah beremosi. Jikalau dia mempunyai kawalan kendiri yang baik, maka dia tidak akan membawa emosi negatif kepada orang disekelillingnya.
Oleh itu, kawalan kendiri amat penting dalam mengaplikasikan teknik ini, guru mesti memodelkan sesuatu jenis tingkah laku positif dan menerangkan secara eksplisit langkah-langkah yang harus ditunjukkan oleh murid-murid dalam mengikuti tingkah laku tersebut. Selepas itu, semua arahan yang diberikan oleh guru  mesti disebutkan semula oleh murid-murid supaya mereka betul-betul memahami arahan guru.Fokus disini ialah supaya murid boleh mengikut dan memodelkan sesuatu tingkah laku dengan baik tanpa bantuan guru.Kajian dalam pengaplikasian teknik modifikasi pengurusan kendiri, peneguhan kendiri dan kawalan kendiri menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian akademik, peningkatan kemahiran sosial, konsentrasi dan penaakulan yang lebih tinggi di kalangan murid.
Aspek yang seterusnya ialah amanah. Amanah bermaksud sesuatu individu mengekalkan piawaian kujujuran dan integrity. Ini diberi contoh dengan seseorang tersebut mempunyai kompetensi yang biasanya bertindak secara beretika mengikut peraturan. Peraturan-peraturan yang ditetapkan di sekolah amat penting untuk memastikan murid-murid mempunyai disiplin dan mematuhi kepada pihak atasan. Sebagai seorang murid, pihak atasan mereka ialah cikgu, guru besar dan staf yang bantu dalam sekolah. Murid-murid haruslah mempunyai kawalan kendiri yang mematuhi peraturan sekolah agar memastikan sekolah mempunyai keadaan yang berdisiplin. Selain itu, kompetensi ini juga membina keyakinan melalui keboleh percayaan dan mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain.
          Guru-guru haruslah memupuk sikap pengurusan kendiri yang kuat sejak mereka kecil lagi. Aspek seperti mengakui kesalahan sendiri ialah satu sikap yang sangat baik. Murid-murid sepatutnya dipupuk dari kecil lagi dengan sikap ini. Sikap ini dapat menguji kejujuran mereka supaya guru tidak menyalahi murid yang tidak melakukan kesalahan tersebut. Selain itu, guru juga haruslah memupuk sikap mereka yang menentang tindakan beretika orang lain. Jikalau seseorang tersebut telah melakukan kesalahan seperti mengugut kawan-kawan mereka. kawan-kawan yang mengetahui ini haruslah memberitahu guru. Jikalau guru membiarkan murid terus melakukan kesalahan tersebut maka murid tersebut akan menjadi semakin berani dan tidak takut akan peraturan sekolah. Ini amat penting bagi guru untuk  menghentikan sikap negatif murid tersebut.  
         Individu yang biasanya beramanah akan bertindak secara etika dan mematuhu peraturan, dalam pengurusan diri ini, ini merupakan satu element yang amat penting untuk menjana kesejahteraan hidup. Ini dapat membantu kita sekiranya kita berseorangan atau berkumpulan. Oleh itu, sikap ini dapat menjadikan suasana hidup kita aman, tenteram dan sempurna dengan bertindak mengikut kesedaran mindanya. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya, mengurus dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima.
        Ciri yang dimiliki oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup bekerja keras untuk sesuatu menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadinya, berdisiplin suka pada kehidupan yang teratur. Walaupun begitu, ia juga mempunyai masalah bekerja keras dan nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko. Golongan yang tidak mempunyai kesedaran akan dikritik disebabkan tidak mempunyai cita-cita, kurang dipercayai dan tidak beramanah. Cirinya ini merujuk kepada seseorang mempunyai kesedaran yang merangkumi kehiduapn sehariannya, persekitaran dan masyarakat sekelilingnya.
      Murid juga harus berfikiran waras dan tidak terlalu berfokus dalam tekanan. Tekanan merupakan satu masalah yang sangat serius bagi manusia tidak kira apa jawatannya, karakternya dan umurnya. Terutamanya pada masyarakat kini, mutu kehidupan kita semakin tinggi. Permintaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka menjadi sangat tinggi. Mereka mengharapkan anak-anak mereka menjadi seseorang yang berjaya dan berguna. Tekanan anak-anak menjadi sangat besar. Oleh itu, terdapat banyak kes yang menyatakan bahawa ramai remaja membunuh diri apabila menghadapi masalah dalam percintaan dan pelajaran. Mereka takut akan mengecewakan ibu bapa mereka. Oleh itu, apabila mereka tidak dapat menghadapi tekanan tersebut maka mereka akan memilih cara yang mengelakkan tekanan iaitu menamatkan hidup mereka.
     Prinsip yang seterusnya ialah ketekunan. Ketekunan bermaksud seseorang tersebut bertanggungjawab atas prestasi diri. Individu yang mempunyai kompetensi ini biasanya mempunyai komitmen dan menunaikan janji. Ketekunan seseorang bergantung kepada sikap yang tidak berputus asa. Ini adalah satu sikap yang sangat baik dimana dia tidak akan putus asa jika dia tidak dapat mencapai keputusan yang dia hendak.
            Ketekunan memastikan seseorang tersebut pegang kepada janjinya. Selain itu, dia juga bersifat akauntable untuk memenuhi objektif. Seseorang manusia haruslah mempunyai objektif dalam kehidupan dia. Jikalau seseorang tersebut tidak mempunyai objektif yang jelas maka dia tiada matlamat sendiri dan kehilangan kendiri. Ketekunan juga memastikan seseorang tersebut teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas. Cara yang sistematik dan teratur memastikan seseorang tersebut mempunyai hasil tugasan yang baik dan kemas.  Apabila kita tekun dalam mengendalikan kerja berkumpulan, pastinya kita akan mendapat apa yang kita hendaki. Jika sebagai seorang pemimpin, kita perlu bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu keputusan  dalam membentuk keadaan yang sistematik dan juga sempurna atas kepimpinan dan juga keputusan yang dilakukan. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakala tidak membawa faedah, malah lebih teruk. kita harus memahirkan diri kita dahulu supaya dapat membuat keputusan dengan betul.
           Aspek yang seterusnya ialah kebolehsesuaian. Aspek ini membawa maksud seseorang tersebut luwes dalam menangani perubahan. Ini termasuk seseorang tersebut mampu menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap. Dalam masyarakat kita, terdapat banyak unsur-unsur atau keadaan yang sentiasa berubah. Murid-murid haruslah mempunyai keupayaan untuk mengadapsi dan berubah mengikut keadaan. Orang yang bijak menyesuaikan diri dalam kelompok yang baru didekati adalah orang yang dipandang tinggi atas keramahan dan pergaulan yang mesra dengan individu lain. Menurut Razali Ismail, bekas pengarah bahagian pendidikan guru mengatakan bahawa konteks penyesuaian diri bermaksud individu ang fleksibel boleh uban sewaktu menghadapi sebarang masalah. Keupayaan ini amat diperlukan oelh guru sebab pelbagai masalah yang akan timbul dari pelbagai aspek.
      Menurut Vipin Mittal Jind Haryana juga dam penyesuaian diri bermaksud seseorang berpotensi untuk berubah secara sikit-sikit supaya mempengaruhi individu lain dengan cepat. Menurut beliau juga pemikiran penyesuaian diri juga hendaklah mengubah cara persikapan mereka sekiranya mereka mempunyai suasana yang kelihatan cukup berbeza dengan norma dan perjalanan hidup mereka.
        Zaman kini berubah kepada zaman siber yang menggunakan komputer serta alat-alat elektronik. Ini merupakan pengubahan yang sangat besar dimana sekarang orang telah menggunakan alat-alat elektronik seperti tab dan komputer. Penggunaan alat-alat siber ini telah menjadi satu perkara yang sangat normal. Murid-murid sekarang telah pandai menggunakan komputer. Oleh itu, guru-guru haruslah mengikut “trend” sekarang dengan menggunakan alat media eletronik untuk mengajar. Murid-murid juga sepatutnya berubah mengikut keadaan seperti belajar menggunakan alat-alat eletronik untuk belajar kerana sekarang murid-murid boleh mendapatkan ilmu pengetahuan daripada internet.
      Selain itu, luwes dalam presepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku juga merupakan unsur dalam kebolehsuaian. Orang mendapat pengalaman melalui peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. Kita boleh mendapat pengajaran daripada pengalaman yang dialami oleh orang lain dan juga sendiri.
           Oleh itu, barulah seseorang tersebut boleh mengadapsi kepada perubahan berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah dialami. Ini dapat mengelakkan seseorang tersebut mengulangi kesalahan yang pernah berlaku. Guru-guru harus mengajar murid-murid supaya mereka dapat mendapat atau mendengar lebih banyak pengalaman daripada orang lain. Hai ini dapat mengurangkan kesalahan mereka apabila melakukan kerja. Guru-guru juga boleh menggunakan cara ini untuk mengurangkan kesalahan semasa mengajar.
          Aspek seterusnya ialah inovasi. Inovasi bermaksud seseorang tersebut itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru. Unsur yang dalam aspek inovasi ialah mencari idea baru daripada pelbagai sumber. Inovasi amat penting untuk seseorang supaya mereka mempunyai maklumat dan idea yang baru untuk melakukan sesuatu. Dengan perkembangan zaman yang moden ini, murid-murid boleh mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Pemikiran ini penting jika ingin menyelesaikan masalah yang melanda. Ini kerana masalah yang hadir harus difikir secara optimum dan diselesaikan dengan bijaksana.
         Selain itu, memikirkan penyelesaian kreatif terhadap masalah-masalah merupakan unsur inovasi juga. Guru-guru haruslah memupuk murid-murid memikirkan penyelesaian  dengan pelbagai sudut. Sesuatu masalah berlaku boleh disebabkan satu sebab tetapi ia mempunyai pelbagai penyelesaian. Guru boleh menggunakan satu contoh masalah untuk menguji murid-murid. Hal ini kerana setiap murid mempunyai pemikiran yang berlainan. Ini dapat memberi idea yang kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Maka murid-murid lain boleh menggunakan penyelesaian yang kawan-kawan mereka memberikan maka mereka boleh menggunakannya sebagai satu rujukan dan boleh memberi satu mesej untuk mereka bahawa untuk menyelesaikan satu masalah mempunyai pelbagai sudut dan boleh memikir secara kreatif. Guru juga boleh memberi bimbingan kepada mereka untuk memikirkan suatu masalah. 
         Individu yang pemikiran kreatif selalunya dilengkapi dengan sikap bertanggungjawab atas pemikiran yang telah dikemukakan, maka dia akan berasa bertanggungjawab ke atas pelaksanaan jalan penyelesaian. Seseorang yang berinovasi juga bijak mengambil peluang yang berada di depan matanya. Berdasarkan sumber yang jelas, pemikiran dan pengajaran dari sesuatu yang telah berlaku, maka individu akan menghasilkan suatu kaedah baru yang berkesan dalam menangani sesuatu masalah yang sedang berlaku.
    Selain itu, guru juga boleh membimbing mereka untuk menjana idea baru. Ini dapat memupuk mereka memikir suatu masalah dengan idea-idea yang baru. Hal ini sama dengan “brain storming” dimana guru boleh bagi satu masalah untuk murid-murid dan merangsang mereka untuk menjana idea-idea baru. Guru boleh menguji kreativiti mereka dan memupuk mereka memikir sesuatu perkara dengan pemikiran yang kreativiti. Oleh itu, ini baru boleh  melatih pemikiran mereka yang kreatif dan boleh bertindak dengan cepat dan cekap. Disamping itu, seseorang haruslah mempunyai perspektif yang terkini. Oleh itu, guru atau murid haruslah sentiasa memerhati apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.


Modifikasi tingkah laku melalui ubah suaian dalaman  kendiri
Ubah suaian dalaman ini boleh diuruskan melalui dua cara , iaitu pengurusan diri  dan pengubahsuaian kognitif.  Dalam modifikasi tingkah laku melalui pengurusan diri, mengikut Rogers, penilaian pelajar sendiri adalah lebih berkesan daripada penilaian orang lain. Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada pembelajaran diri sendiri, dan yang penting sekali, pelajar harus menguasai kemahiran belajar ( learn to learn ).
Maka, tanggungjawab dan pengurusan diri untuk kemajuan diri bergantung kepada usaha diri sendiri. Sehubungan ini, mengubah tingkah laku negatif  kepada positif bergantung kepada usaha dan peneguhan diri, dan bukan daripada usaha dan peneguhan diri, dan bukan daripada usaha orang lain.
Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi  beberapa langkah iaitu, pertama, pelajar hendaklah menetapkan matlamat yang hendak dicapai pada dirinya. Langkah kedua ialah, pelajar hendaklah berusaha mengubahkan tingkah laku sendiri. Langkah seterusnya ialah pelajar sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaian dengan menggunakan senarai semak atau carta. Langkah akhir adalah berdasarkan maklum balas daripada hasil penilaian, mengambil tindakan susulan untuk membaiki tingkah laku yang telah diubahsuai. Langkah-langkah modifikasi tingkah laku yang telah diubahsuai adalah serupa dengan proses peneguhan diri yang diutarakan oleh Bandura. Mengikut Bandura, peneguhan diri memerlukan konsep kendiri positif serta kemahiran manipulasi diri (self-regulation) untuk mencapai piawai tingkah laku yang ditetapkannya.


Modifikasi tingkah laku kognitif (arahan kendiri): Meichenbaum(1977)
            Modifikasi tingkah laku melalui pengubahsuaian kognitif, mengikut Meichenbaum, ia merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan kendiri untuk mengubahkan tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan kendiri.
            Dalam modifikasi tingkah laku kognitif mempunyai beberapa langkah iaitu pertama, permodelan kognitif, dimana seorang guru melakukan sesuatu tugasan sambil memberikan arahan secara lisan kepada murid-murid. Seterusnya ialah bimbingan luaran dimana murid-murid melakukan tugasan yang sama di bawah bimbingan guru. Langkah ketiga ialah bimbingan kendiri dimana murid-murid melakukan tugasan yang sama melalui arahan kendiri secara lisan. Akhir sekali ialah arahan diri terselindung iaitu murid-murid melakukan tugasan secara membimbing kendiri melalui percakapan kendiri.

Modifikasi tingkah laku melalui ubah suaian luaran ( Modelling)
            Selain daripada ubah suaian dalaman, modifikasi tingkah laku bermasalah boleh dilaksanakan melalui ubah suaian luaran, misalnya melalui proses permodelan. Modifikasi tingkah laku melalui permodelan ini adalah merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Bandura mengemukakan  teori pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku social yang dipelajari oleh murid-murid. Teori ini juga dikenali sebagai teori peniruan atau teori permodelan.
            Dalam teori permodelan Bandura, ia mempunyai beberapa ciri iaitu unsur-unsur pembelajaran utama ialah melalui pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model ini boleh dipelajari melalui bahasa, teladan dan misalan. Murid-murid pula boleh meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasaan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran ini meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Implikasi Teori Permodelan Bandura
Di dalam bilik darjah, keberkesanan pengajaran-pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara misalnya, semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menjadi satu role model yang gemar dicontohi oleh murid-murid. Di samping itu, demonstrasi guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan murid-murid menirunya dengan mudah dan tepat.
Tidak dapat dinafikan bahawa hasil kerja guru juga amat penting menjadikan sebagai contoh kepada murid-murid melihatnya. Contoh-contoh hasil kerja guru adalah seperti kraf tangan, seni lukis, karangan dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi .
Selain itu, guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi sebagai role model untuk membuat demonstrasi dalam kelas atau di luar bilik darjah supaya murid-murid dapat mengikut tingkah laku yang baik daripada role model tersebut.
Dalam teori ini, guru juga boleh mengajar nilai murni daripada watak-watak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi. Dari sini, murid-murid dapat meniru nilai murni yang ada pada watak-watak tersebut. Selain itu, guru juga boleh meminta ibu bapa bekerjasama untuk mengelakkan murid-murid sentiasa menonton tayangan gambar berunsur keganasan. Hal ini untuk mengelakkan murid-murid menjadi keganasan kepada masyarakat.

Modifikasi tingkah laku melalui proses pembiasaan (fizikal, mental, emosi dan sosial )
      Modifikasi tingkah laku melalui proses pembiasaan ini adalah berdasarkan Teori Perlaziman Operan Skinner ( 1953 ) yang mengemukakan beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia iaitu pembelajaran berlaku melalui pelaziman.
Melalui teori ini, peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas murid-murid. Manakala, peneguhan negatif pula ialah diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini.
      Dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan. Untuk menjayakan proses pembiasaan ini, iaitu mengubahkan tingkah laku  yang tidak diingini, peneguhan positif hendaklah diberi dari semasa ke semasa.
            Berdasarkan rumusanTeori Perlaziman Operan yang diutarakan oleh Skinner, maka ia mempunyai beberapa langkah untuk melaksanakan modifikasi tingkah laku melalui proses pembiasaan. Langkah pertama adalah mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar dalam bilik darjah. Seterusnya, guru menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang dikehendaki.
Langkah ketiga ialah guru memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku yang dikenal pasti. Sehubungan ini, Teori Pembelajaran Operan Skinner menjadi pertimbangan asas untuk proses pembiasaan itu.Langkah akhir ialah guru hanya boleh memberikan peneguhan positif kepada murid selepas perubahan tingkah laku negatif kepada positif, mengikut matlamat tahap pencapaian yang ditentukan. Sekiranya pelajar masih menonjolkan tingkah laku yang tidak diingini, guru hendaklah memastikan tidak memberikan sebarang peneguhan langsung, dan melalui proses penghapusan ini, lama-kelamaan, tingkah laku negatif ini akan lenyap sama sekali. 

Friday, September 26, 2014

Kursus Intensif Pengamal Attitude Therapy



ATTITUDE THERAPY: akan menganjurkan Kursus Intensif Pengamal Attitude Therapy pada 27 dan 28 September 2014 bertempat di Tower Regency Hotel Ipoh. Peserta akan didedahkan ilmu anatomy dan physiology warna,kaedah diagnosis Applied Kinesiology serta scan penyakit.

Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan, sila ke tingkat 11 hotel tersebut.

Tawaran harga diskaun istimewa diberikan berserta  paper bag eksklusif diberikan.



Sila hubungi 


Prof.Arif: 0163315761
Dr.Aishah: 0163315764 .

Kejayaan Insan Istimewa

Teknik Modifikasi Tingkah Laku

Shaping
Shaping adalah salah satu kaedah modifikasi tingkah laku yang sangat berguna. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau positif melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini atau yang negatif. Misalnya, guru akan memberi ganjaran secara bertahap setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Ganjaran menjadi semakin lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh seorang ahli psikologi iaitu B.F. Skinner (1904-), pelopor di dalam bidang kajian pelaziman operan. Beliau merupakan orang yang terawal mempelopori konsep “shaping” dengan menjalankan satu eksperimen ke atas sebuah tikus. Dalam eksperimen B.F. Skinner, beliau melatih seekor tikus menekan tuas. Apabila tikus itu bergerak ke arah tuas dan menekan tuas, tikus akan diberi ganjaran seperti bijiran. Sebaliknya jika tikus itu melakukan pergerakan lain, maka tiada ganjaran yang akan diberikan. Akhirnya, akibat daripada shaping, tikus itu dapat membuat pergerakan yang tepat ke arah tuas untuk menekan tuas.
Oleh itu, dalam konsep shaping ini, guru harus memastikan murid itu betul-betul bermakna bagi murid itu berkenaan. Contoh senario 1 di bawah akan menggambarkan teknik shaping ini digunakan.
Senario 1
Seperti biasa di dalam kelas, Ji Yoon tidak pernah menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa yang diberikan. Guru memerhatikan bahawa, Ji Yoon menghabiskan 3 soalan pertama terus berhenti. Oleh itu, Cikgu Kim cuba merekabentuk intervensi shaping bagi membantu Ji Yoon mentiapkan atihan kelas. Dia akan diberikan pengukuhan selepas berjaya menghabiskan 4 soalan, 5 soalan dan sebagainya. Akan tetapi, apabila Ji Yoon hanya mampu menyiapkan kurang daripada 3 soalan, Cikgu Kim tidak akan memberikan sebarang pengukuhan. Setelah 3 minggu, didapati bahawa Ji Yoon berjaya menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa. Cikgu Kim pun berhentikan pemberian pengukuhan tersebut.

Kontrak (Lisan dan Bertulis)
Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu pertujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku.  ini adalah satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa contoh pernyataan X, kemudian Y yang berlandaskan prinsip Premack “jika anda lakukan x, anda boleh lakukan atau peroleh y

Jadual 1: Pernyataan X, kemudian Y
X
Kemudian
Y
Duduk diam di tempat duduk.

Dapatkan masa rehat selama  minit.
Daftarkan secara sukarela menjadi ahli pasukan bola tampar di sekolah.

Dapatkan pengiktirafan guru besar
Menepati masa ke sekolah.

Murid yang pertama keluar semasa rehat.
Tidak membuat bising di dalam kelas.

Dapatkan sticker tambahan.
            Namun demikian, kontrak jenis pernyataan X, kemudian Y ini juga boleh dibuat secara lisan oleh guru apabila murid dapat melafazkan apa sahaja pernyataan yang terkandung seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Selain itu, guru boleh menggunakan kontrak secara bertulis untuk memodifikasikan tingah laku murid berkenaan. Dalam kontrak bertulis ini mesti ditandatangi oleh murid dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh dan cara-cara penilaian. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan turut terlibat dalam kontrak ini. Misalnya murid akan membuat kontrak formal dengan guru besar. Dengan ini, ia dapat menyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Berikut merupakan contoh kontrak secara bertulis di antara guru dengan murid.



Contoh Kontrak Secara Bertulis


Tarikh: ____________
KONTRAK
Ini adalah satu perjanjian antara _________________ (Nama murid) dan _________________. (Nama guru) Kontrak ini bermula pada ____________ (tarikh) dan berakhir pada ____________. (tarikh) Ia akan disemak semula pada ____________. (tarikh)
            Syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:
Murid akan ___________________________________________________
_____________________________________________________________
Guru akan ____________________________________________________
_____________________________________________________________
            Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti disenaraikan di atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi, sekirannya dia gagal untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik.

                                                                        Tandatangan murid : _______________
                                                             Tandatangan guru : _______________
                      Tandatangan murid : _______________


            Kelebihan dalam kontrak secara lisan dan bertulis ini adalah murid yang berkenaan akan memainkan peranan yang aktif dalam jenis dan kuantiti tugas yang perlu dilakukannya.  Dengan itu, murid berkenaan akan memupuk sikap yang bertanggungjawab ke atas tugasan yang dikehendakinya lakukan. Selain itu, data tersebut yang dikumpulkan oleh guru boleh digunakan untuk merancang program, hasil pembelajaran dan matlamat perkembangan yang selaras dengan murid berkenaan.

Token Ekonomi
            Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif murid-murid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya.
Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Antara item-item yang disyorkan sebagai token ekonomi ialah:-
-       Bintang
-       Smiley
-       Setem
-       Pelekat dan sebagainya
Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau carta. Sistem ekonomi token ini berkesan atas dua sebab. Pertama, ia tidak menekankan unsur persaingan dengan murid-murid lain. Kedua, menu ganjaran merupakan ransangan yang menarik dan dikejar-kejar oleh muid secara individu. Jadual 2 di bawah menunjukkan respons untuk memperoleh tokens dan contoh menu ganjaran untuk menebus nilai tokens dalam membentuk tingkah laku pembelajaran:

Jadual 2: Respons untuk memperoleh tokens
Respons untuk memperoleh tokens
Respons
Kriteria
Bil. tokens
Membaca
1 jam
1
Membaca
1 ½ jam
2
Mengarang
100 perkataan
1
Mengarang
150 perkataan
3
Tugasan
1
2
Tugasan
2
4

Contoh menu ganjaran:
Ganjaran
Masa
Bil. token
Masa lapang
10 minit
20
Menonton television
30 minit
45
Membaca buku cerita
5 minit
15
Mendengar CD
10 minit
20
Kedudukan pertama dalam barisan ke kantin
2 hari
35


Implikasi Modifikasi Tingkah Laku Terhadap P&P
            Guru perlu kreatif dalam melaksanakan strategi dan menggunakan kaedah yang berkesan utuk meransang murid-murid supaya mereka berminat dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan menggunakan strategi pengurusan yang baik, maka ia akan membantu dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, modifikasi tingkah laku terhadap proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan tingkah laku pembelajaran yang diingini oleh guru di dalam bilik darjah. Pemberian ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku murid berkenaan adalah lebih efektif jika berbanding dengan mengenakan hukuman atau dendaan ke atas murid berkenaan kerana tingkah laku yang tidak diingini. Dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku positifnya, ini akan memotivasikan mereka secara instrintik dan mengukuhkan lagi tingkah laku positif tersebut.
Dengan implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia akan dapat meningkatkan pencapaian akademik, kompetensi sosial dan iklim sekolah yang kondusif. Murid-murid bermasalah turut dapat seiringan dengan murid lain. Selain itu, ia dapat membantu murid-murid mengubah tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, ia akan menolong menukar persekitaran sekolah dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada positif. Implikasi modifikasi tingkah laku ini juga dapat meningkatkan penglibatan dan peningkatan intrinsik murid-murid di dalam aktiviti kelas.
Misalnya, guru memuji murid berkenaan apabila dia berjaya menyiapkan soalannya dalam masa yang diberikan. Dengan itu, murid berkenaan berasa sendiri dihargai oleh guru dan ini akan memotivasikan intrinsik untuk menyiapkan soalan yang seterusnya supaya mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara tidak langsung, ini akan menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan murid serta memupuk hubungan yang baik berasakan kerjasama.
Di sini, guru-guru boleh mendapati bahawa kebanyakan murid mahu disukai dan merasa seronok apabila gurunya menyedari tingkah laku positif mereka. Guru boleh berbincang dengan murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak diingininya dan sebab akibat atau kesan daripadanya. Dengan itu, murid berkenaan akan fahami apakah yang menyebabkan gurunya suka tentang dirinya sekiranya dia berbuat demikian. Oleh yang demikian, lebih baik guru memberikan ganjaran sebaik sahaja mereka menunjukkan tingkah laku yang baik supaya mereka dapat bermotivasi secara intrinsik untuk mengukuhkan lagi tingkah laku positif itu. Dengan sedemikian, wujudlah suasana bilik darjah yang positif dan menggalakkan.

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!