Monday, September 29, 2014

Modifikasi tingkah laku


Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif.

Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah mengubah tingkah laku negatif atau salah laku murid yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (rujukan Psikologi Pendidikan untuk Kursus diploma Perguruan Semester 3, Mok Soon Sang )

Modifikasi perilaku adalah suatu bentuk perubahan kerana adanya upaya modifikasi. Modifikasi perilaku merupakan pokok bahasan dalam lingkup psikologi yang memusatkan perhatiannya untuk menganalisis dan memodifikasi perilaku manusia. (rujukanhttp://dyahsari05.blogspot.com/2009/01/modifikasi-perilaku.html)

 Modifikasi tingkah laku ialah analisis gunaan tingkah laku @ ‘applied behaviour analysis’ adalah pengunaan sistematik p-prinsip psikologi ke atas individu untuk fahaman & mengubah tingkah laku.

Menurut RR Bodzin (dipetik oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) modifikasi Tingkah Laku adalah "usaha menggunakan p-prinsip psikologi dan juga p-prinsip psikologi eksperimental yang lain untuk tingkah.laku bermasalah. Ia menumpukan fokus terhadap tingkah laku yang dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang konkrit tentang masalah yang perlu diubah. Sesuatu rawatan itu telah dikatakan berkesan apabila tingkah laku bermasalah itu telah diubah.”

Saayah Abu (2008) mengatakan tujuan modifikasi tingkah laku adalah supaya guru memahami persekitaran murid-murid dan bertimbang rasa apabila mengambil sebarang tindakan yang melibatkan tingkah laku mereka. Satu cara mengendalikan disiplin bilik darjah daripada tingkah laku yang paling kecil kepada yang paling sukar dikawal adalah tidak memberi perhatian apabila murid ini selalu bergerak di dalam kelas. Seterusnya menunjukkan tingkah laku dan berkelakuan menyendiri dan kurang mahu berinteraksi dengan orang lain di sekelilingnya. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti ialah ingkar, tidak mahu berkongsi dan bersifat egosentrik. Tingkah laku yang dikehendaki akan diulangi kerana mengharapkan peneguhan positif berupa ganjaran menyusul selepas perbuatan. Contohnya apabila murid rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan, guru akan memberikan pujian. Keadaan tersebut akan mendorong murid untuk terus menyiapkan lagi kerja rumah yang diberikan kerana mengharapkan pujian seterusnya daripada guru. Situasi ini dikenali sebagai tingkah laku yang dikehendaki.

Modifikasi tingkah laku ini merupakan sesuatu cara menguruskan disiplin bilik darjah. Ia sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah sama ada negatif atau positif.

 Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang teratur dan sistematik perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang spesifik bagi tingkah laku yang tidak diingini. Antaranya adalah dengan menentukan strategi, melaksanakan strategi yang dipilih, memastikan matlamat tercapai, mengenal pasti matlamat yang dikehendaki, mengaplikasikan teknik pembelajaran dan teknik psikologi yang sudah dikaji bagi mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang dikehendaki.

Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah:

• Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah
• Menetapkan matlamat
• Menentukan strrategi bertindak
• Merancang prosedur atau plan tindakan
• Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
• Menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu
• Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!