Sunday, September 21, 2014

Teknik-Teknik Pengurusan Tingkah Laku


Terdapat banyak teknik yang biasanya digunakan dalam pengurusan tingkah laku. Guru seharusnya bijak memilih teknik yang bersesuaian dengan murid sebelum pengurusan tingkah laku dijalankan. Guru perlu mengambil kira faktor fizikal, emosi, mental, tahap keseriusan tingkah laku, faktor persekitaran dan jangkamasa perlaksanaan sebelum sesuatu pengurusan tingkah laku dijalankan ke atas murid. Di antara teknik-teknik pengurusan tingkah laku ialah:

i. Ganjaran

ii. Dendaan

iii. Pengasingan

iv. Shaping (Pembentukan)

v. Prompting

vi. Pelenturan

vii. Modeling

viii. Pengasingan

ix. Kontrak perjanjian

x. Kaunseling


Diantara tknik yang kerap diaplikasikan ialah:

a) Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.
  • mengikut Skinner, apabila sesuatu gerakbalas atau tingkahlaku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulangi tingkahlaku operan ini akan bertambah.
  • tingkahlaku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkahlaku operan itu.
  • contoh peneguhan positif : memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan yang sesuai berlaku.
  • contoh peneguhan negative : menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas dengan tujuan tingkahlaku tersebut akan dihapuskan supaya murid-murid lain dapat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan.
b) Denda.
  •  untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini.
  • hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu tingkahlaku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi.
c) Reverse Psychology
  • menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkahlaku negatif kepada positif.
  • teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.
  • tujuan reverse psychology ialah untuk menginsafkan murid agar menghapuskan sikap negative dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkahlaku yang diingini.
d) Shaping
  • proses pembentukan tingkahlaku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindakbalas yang diharapkan.
  • pada mulanya, shaping digunakan untuk mengajar haiwan untuk melakukan aktiviti permainan seperti yang dapat dilihat dalam sarkas dan zoo. Mengikut ahli-ahli psikologi, proses shaping juga boleh digunakan untuk membentuk tingkahlaku manusia yang diingini.
e) Kontrak (lisan dan bertulis)
  • membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkahlaku negative kepada positif.
  • menandatangani kontrak secara formal di hadapan orang yang disanjungi, contohnya Guru Besar, akan meyakinkan murid berkenaan bahawa dia perlu memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan.
f) Kawalan kendiri 
  • Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan
  • Mengumpul data - mengenal pasti antiseden kawalan, menentukan respon peringkat awal, dan mengenal pasti akibat kawalan
  • Merancang program tindakan - memilih strategi untuk menambah atau mengurangkan kekuatan respon
  • Implement dan penilaian program
  • Penutup - menamatkan program 

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!