Thursday, October 9, 2014

Teknik Modifikasi Tingkah Laku - Peneguhan



Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku murid. Antara teknik modifikasi adalah seperti berikut:

1. Peneguhan

 Positif dan peneguhan Negatif

Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.

Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran.
Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya.

Selain itu, guru yang ingin menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan masa akan datang. Dalam konteks ini, guru mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut. Guru juga perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang perlu diberi perkataan yang khusus. Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi  supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Contonya, seorang pemandu mematuhi arahan had laju jalanraya kerana tidak mahu disaman. Saman di sini merupakan peneguhan negatif. Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan peneguhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru.

Selain itu, peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

2 .Denda dan Peneguhan


Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Manakala, tujuan peneguhan positif atau peneguhan negatif adalah menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau tidak diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya.

Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.

Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

3. Reverse Psychology


Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negative kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negative dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.

Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!