Friday, November 28, 2014

Syahmi, Faiq dan Daud - Murid Autisme Cemerlang UPSR 2014

unnamed (6)

____________________________________________________________________
Samsul Muariff Saroni,50 (Kiri) dan Hayani Zakaria,48 mencium anaknya yang juga pelajar terbaik bagi calon berkeperluan khas, Muhammad Syahmi Asyraf Samsul Muariff selepas pengumuman keputusan UPSR 2014 di Sekolah Kebangsaan Sri Budiman, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail
________________________________________________________________________________________
Jika dilihat dengan mata kasar tiada apa yang kurang mengenai murid tahun enam ini tetapi dia sebenarnya sangat istimewa kerana dilahirkan sebagai anak autisme.
Bagaimanapun, autisme iaitu kecacatan terjadi pada kanak-kanak yang biasanya melibatkan pelbagai masalah dalam pembelajaran, komunikasi dan juga hubungan sosial itu tidak menghalang Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff, 12, yang mengalami masalah sama membuktikan kepada umum bahawa dia mampu mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.
unnamed (7)Anak bongsu daripada dua adik beradik itu berjaya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang diumumkan hari ini.
Berkongsi rahsia kejayaannya, murid Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II itu berkata, dia meluangkan masa lebih kurang lima jam untuk mengulangkaji pelajaran sambil ditemani ibunya terutama pada waktu subuh dan selepas waktu persekolahan pada setiap sehari.
“Saya belajar pada waktu petang, malam dan pagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan guru yang banyak membantu saya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan ini adalah hadiah untuk mereka,” ujarnya.
Selepas ini, saya merancang untuk menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi angkasawan dan turut memiliki hobi mengumpul replika kapal terbang.
Pasangan Samsul Muariff Saroni,50, yang merupakan seorang pengurus bank dan Hayani Zakaria,48, yang juga bekas pegawai bank melahirkan perasaan syukur atas kejayaan anak mereka itu.
Hayani berkata, ketika usia masih kecil, Syahmi pernah dirujuk kepada pakar psikiatri selama setahun berikutan masalah pertuturan dan kemudian ditempatkan di prasekolah pendidikan khas ketika berumur enam tahun sebelum memulakan persekolahan darjah satu di kelas harian biasa sekolah tersebut.
Menurut Hayani, anaknya itu sudah menunjukkan potensi cemerlang sejak berada di tahun tiga dengan lebih cenderung kepada mata pelajaran Sains dan Matematik.
“Syahmi mudah untuk mengingati sesuatu dan suka menghafal. Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan lalu, dia selalu menghafal juzuk ‘Amma hanya melalui pendengaran di radio.
Setiap hari, dia akan menjawab 200 soalan latih tubi UPSR di rumah selain menghadiri kelas tuisyen di sekolah pada sebelah malam,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis ringkas penyampaian keputusan UPSR di sekolah itu.
unnamed (8)Muhammad Syahmi Asyraff dan Muhammad Fakhruddin Abd Razak (calon rabun) dari Sekolah Kebangsaan Lerek, Setiu merupakan dua daripada 163 calon berkeperluan khas yang mendapat semua A di negeri ini.
Sumber - http://teganukita.my

Masih terdapat 2 orang murid yang memperolehi 5A dalam  UPSR  2014 iaitu Faiq dan Daud. Moga dengan kejayaan mereka dapat memberikan semangat baru kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak autisma. Sesungguhnya mereka mampu memberikan sesuatu yang terbaik disebalik kekurangan yang ada. Komitmen ahli masyarakat diperlukan terutama ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan murid autisma dalam memastikan kejayaan mereka.


FAIQ
   Muhammad Faiq Haikal Kahirulzaman (left) who scored 5A's for the 2014 UPSR 
  examination received a high five from his friends at Sekolah Kebangsaan  Bukit 
Bandaraya  hari ini.- BERNAMA pic
DAUD


Thursday, November 27, 2014

TAHNIAH!! UPSR anakku 2A3C



UPSR 2014 : Reaksi seorang ayah

APABILA anak telefon saya dengan nada malu dan sedih semalam, bahawa dia mendapat 2A dan 3C, saya terus ucapkan, “Alhamdulillah, tahniah! ALLAH SWT telah memberi peluang keemasan kepada kamu untuk menjadi insan yang jauh lebih hebat satu hari nanti!” Anak saya terkejut.

Pesanan kepada anaknya...

Anakku yang tersayang, ALLAH SWT telah memberi peluang keemasan untuk membuktikan yang anak mampu menempuh cabaran kegagalan untuk menjadi insan yang kesempurnaannya terletak pada ketidaksempurnaannya.

Kejayaan menempuh kegagalan adalah jauh lebih baik daripada mendapat semua A dalam kehidupan!

Sumber - Sinar Harian

Kecekalan ibu menjaga anak autisme


KUALA TERENGGANU, 26 Nov (Bernama) -- Kecekalan seorang ibu menjaga anak yang menghidap penyakit autisme membuahkan hasil setelah anaknya itu berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan Rabu. 

Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff, 12, murid Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II, Kuala Terengganu yang merupakan seorang daripada Calon Berkeperluan Khas (CBK) memperoleh A dalam semua lima mata pelajaran yang didudukinya. 

Menurut ibunya, Hayani Zakaria, 48, beliau mula menyedari anaknya mengalami masalah berkenaan ketika berusia lima tahun selepas tidak mampu bercakap dengan lancar seperti kanak-kanak lain. 

Katanya selepas itu beliau merujuk kepada doktor pakar tentang masalah yang dialami anaknya sebelum anak bongsu daripada dua beradik itu mula mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas. 

"Memang terkejut apabila dapat tahu anak mengalami penyakit ini dan selepas itu saya terus memberikan sepenuh perhatian dan sentiasa memberi sokongan kepada anak istimewa ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini. "Saya rasa berbaloi sangat dengan keputusan yang diperoleh ini walaupun dia tidak sempurna seperti pelajar lain, namun dia mampu menghadiahkan kami dengan keputusan bermakna ini," katanya. 


Sementara itu Muhammad Syahmi Asyraff berkata kejayaan ini adalah hadiah kepada keluarga dan gurunya yang banyak membantu dan mendidik sehingga memperoleh keputusan cemerlang itu. Katanya di sebalik kejayaan ini, ibunya merupakan tulang belakang dan tidak jemu menemaninya mengulang kaji pelajaran. 

"Saya akan bangun seawal pukul 5 pagi untuk membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran dan ibu sentiasa berada di sisi menemani saya," katanya. Anak kepada pegawai bank yang bercita-cita menjadi angkasawan itu berhasrat untuk meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. -- BERNAMA


Wednesday, November 26, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 4 MRSM 2015

wallpaper mrsm mara 2015

Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya telah membuka tawaran untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2015 di semenanjung Malaysia secara atas talian (online)

Berikut penulis sertakan maklumat berkaitan, antaranya prosedur untuk membuat permohonan dan syarat pemilihan kemasukan ke tingkatan empat (4) Maktab Rendah Sains MARA tahun 2015

Syarat Memohon Secara Online
  1. - Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
  2. - Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  3. - Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM
  4. - Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3

Cara Memohon Kata Laluan Dan Prosedur Umum Permohonan

  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 17 November 2014

  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan

  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)
Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR

SYARAT MINIMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM
Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains

Cara Dan Tarikh Permohonan Melalui OnlinePautan Dan Perkara
Selepas mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian (pautan disebelah) , untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online
https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
icon baru Sistem Permohonan Dibuka3 November 2014
Sistem Permohonan Ditutup (dilanjutkan)14 November 2014 (17 November 2014)
Portal Rasmi MARAhttp://www.mara.gov.my
Pautan (Link) Muat turun (Download) Panduan Permohonan Dan Syarat Kelayakan
Klik >> Maklumat Lengkap Syarat Kelayakan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2015 Semenanjung Malaysia

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)
  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 24 hingga 27 November 2014
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara online

Nota
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan
  • Permohonan yang tidak lengkap seperti tidak menghantar secara online dan cetakan borang tidak akan dipertimbangkan
  • MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 17 November 2014
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang diperlukan adalah selewat-lewatnya pada 24 November 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
  • Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2015
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2015, permohonan dianggap tidak berjaya


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/permohonan-kemasukan-tingkatan-4-mrsm-2013-2.html#ixzz3KFXAO6b2

UPSR HANYA "EXAM" SAHAJA, APA NAK RISAU?


Kepada anak-anak yang keluar sekolah dengan mata merah kerana A tidak banyak, atau sikit lagi nak "straight" A atau cari A, B dan C tak jumpa pun dalam kertas. Mari sini Abah nak cakap sikit. Sebelum itu, untuk yang "score" banyak A dan gembira dan sedang meraikan di kedai-kedai makanan laju ("fastfood") atau yang sedang nak bayar duit beli Mini Cooper S, tak payah baca pun tak mengapa.
Abah dulu UPSR tak banyak A. Adalah 1 sahajapun A. Bukan tak pandai, cuma kepandaian Abah tak tumpah ke atas kertas peperiksaan. Bayangkanlah, Abah tak dapat "score" matematik kerana dalam "exam" tak boleh pakai "calculator" sedangkan sekarang abah buat "business" semua nak tekan "calculator". Abah tak hafal sifir selain sifir 1, 2 dan 5. Sifir 5 tu hafal kerana selalu main nyorok-nyorok kena kira sampai 100 tapi gandaan 5. Abah dulu UPSR, Bahasa Inggeris pun dapat D dan malah abah konsisten dalam PMR juga abah dapat D untuk BI tapi bila masuk universiti mengadap semua buku-buku dalam BI lama-lama boleh juga. Bila abah jadi "lecturer" dan kena mengajar "student international", buruk-buruk abah punya BI pun boleh juga anak murid faham.
Malah pada hari ini, abah juga bangga kerana walaupun BI dalam UPSR dapat D sahaja, tapi abah dah boleh buat "talk" depan Mat Saleh dan mereka faham pun apa abah cakap. Lagi "best" kadang-kadang abah tergelak dengar BI Mat Saleh dari France, Itali7 Switzerland, Germany dan Russia. Tapi yang pentingnya abah faham apa mereka cakap dan mereka faham apa abah cakap.
Sekarang abah meniaga tak pakai pun pengamiran, janjang aritmetik, janjang geometrik, pembezaan, "probabilities", "teorem pithagoras", algebra dan banyak lagi. Abah punya bini seorang saintis kejuruteraan kimia dalam matematik dari Cambridge juga nak buat "calculation" dia pakai Mathematica 5.2 kalau susah sangat. "Key-in" sahaja nilai dan nanti komputer kirakan. Memanglah asas kena tahu cuma tak payahlah sedih sangat.
Abah ni kalau soalan 5 x 17 abah boleh jawab cuma lambat sikit sahaja kalau guna congak. Tapi kalau pakai "calculator" abah tahu macammana nak cari. Bila ada orang datang nak minta abah ambil gambar, abah tak gunapun "Teorem Pithagoras" dan Persamaan Matriks untuk kira harga pakej. Masa abah nak beli tiket kapal terbang pun abah tak adapun kena selesaikan persamaan kuadratik mahupun persamaan kimia atau kena lukis konfigurasi kimia polymer dan hidrokarbon. Relaks jer...
Anak Cina Simpang Kerayong yang dulu abah beli tembikai ada yang pandai bapak dia sekolahkan sampai universiti. Ada yang sekolah tak pandai dia berhenti setakat darjah 6 dan bekerja asalkan pandai tekan "calculator" (atau sempoa) dan boleh cakap sikit-sikit kira OK lah. Bila abang dia yang pandai sikit masuk universiti dan balik abangnya sama-sama ambil alih kedai mendiang bapaknya. Masa tu, kedai tembikai di simpang Kerayong dah tak ada lagi tapi dah pindah ke pekan Triang. Masa tu abang yang masuk universiti tu dah kerja jaga akaun. Adiknya yang berhenti darjah 6 dah jadi taukey kedai. Emak bapak dulu ada kedai jual buah-buahan bila sampai kepada anak dia gandakan jadi pemborong buah-buahan tempatan dan "supply" masuk "supermarket" dan kedai-kedai runcit.
Pesanan abah, jangan sedih-sedih kalau UPSR tak bagus mana. Percayalah kita cuma perlu berusaha dan buat yang terbaik, maka apa sahaja yang kita dapat, kita terima dengan baik. Tapi kalau hari-hari kerja tidur tak habis-habis memanglah UPSR pun gagal buat kerja pun gagal juga.
Dalam UPSR tak ada ajar macammana nak selesaikan masalah. Kita kena turun juga selesaikan masalah dan setiap masalah yang diselesaikan ialah ilmu baru kepada kita. Apapun keputusan yang anak-anak dapat, abah ucapkan tahniah! Tapi jangan pulak lepas ni korang terus membuta taknak belajar dan bila mak bapak tanya kenapa tak studi korang tag mak pak korang pulak kat artikel ini. Maksud abah yang sebenar-benar-benar-benarnya ialah, jangan "frust" sangat tapi teruskanlah usaha. Kalau nombor pun tak kenal, nak tekan "calculator" celah bedah mana boleh jumpa jawapan?
Kepada cikgu-cikgu yang mula nak marah dan naik angin, tolong jangan seksa orang-orang macam saya yang tak sama macam budak-budak lain. "You supposed to teach me how to think NOT bragging me to score more A in exam" (perenggan ini ditambah lepas ada cikgu-cikgu yang marah).
Tak perlu terjun bangunan atau nak menonggeng-nonggeng "frust". UPSR jer pun. Kepada ibu dan bapa kepada anak-anak yang tak banyak A dalam "result", jika ada orang nak banding-banding atau sindir-sindir "result" anak anda minta dia mengadap Abah nanti abah tolong kutip, basuh dan sidai orang-orang ni.
ABAH
Notakaki :
UPSR abah - 1A (tiada kesedaran)
PMR abah - 5A (dah timbul kesedaran)
SPM abah - 7A
"Degree" - CGPA 3.21 jer.
Keputusan di atas abah dapat sambil main-main dan buat "business" masa di sekolah dan universiti. Bila teringat nak "exam" baru "study". Tapi abah banyak belajar masa abah buat "business" tu

Sumber - 
Saiful Nang FB

Tuesday, November 25, 2014

Semakan UPSR 2014


Pengarah Baru Bhg Pendidikan Khas

Pengarah baru Bhg Pend Khas KPM... Tuan Shazali. Moga dgn Pengarah baru.... BPKhas akan mendapat nafas baru!



Monday, November 24, 2014

Behavior Characteristics of Adults with Autism


Autism spectrum disorders are a group of neurodevelopmental disorders that affect higher brain functions. Autism becomes apparent before the age of three when impairments start affecting multiple areas in a person's life, says the Autism and Developmental Disabilities Monitoring Network. The characteristic problems autistic individuals suffer from are those found in their social relationships and language. Also, repetitive behaviors are also very typical for autistic people.
photos.demandstudios.com_80_156_fotolia_3590065_XS
An autistic person often avoids eye contact. Photo Credit Beauty adult portrait image by Frenk_Danielle Kaufmann from Fotolia.com

Social Relationships

An autistic adult rarely seeks contact with other people. Thus, she is likely to have very few, if any, friends. Even when she is in contact with others, she typically does so to gain something. For example, she might ask a person to cook for her. It is quite typical for her to not show empathy and might seem cold or distant to other people. She does not take into account what kind of topics might interest other people, but keeps on talking about something that interests her when she engages in conversations. An autistic adult often avoids eye contact, making it difficult for her to function socially, says Dr. M. L. Spezio in a study published in Neuropsychologia in January 2007.

Repetitive Behaviors

Restricted, repetitive behaviors refer to a heterogeneous group of behaviors, ranging from repetitive body movements to more cognitive symptoms such as intense interests toward specific subjects. These kinds of behaviors are common in both children and adults with autism, but tends to grow less frequent with age, according to Dr. Anna J. Esbensen and her colleagues in a study published in the Journal of Autism Developmental Disorders in January 2009. However, other people are typically more tolerant toward odd behavior exhibited by children than by adults. Thus, an autistic adult tends to run into trouble and situations he is not fit to handle. Unfortunately, the frequency of self-injurious and compulsive behavior among autistic adults is the same as among autistic children, says Dr. Esbensen.

Intolerant Toward Change

An autistic patient typically dislikes change. She enjoys eating the same kind of food, likes to live in the same apartment and wants to have the same haircut every day. Any change in her daily routine is likely to make her upset and nervous. As the autistic person ages, she will become even less tolerant toward changes, says Dr. Esbensen. That is why any changes in an autistic person’s environment should be presented to her very slowly, giving ample time to adjust.
Source : http://www.livestrong.com/article/173121-behavior-characteristics-of-adults-with-autism/

Saturday, November 22, 2014

Autisma Menangis Selalu

Assalamualaikum saya dri Brunei.

Saya ingin tahu mcmna mgendalikan ank yg slalu mnangis..dlm shari dia slalu sja mnangis tnpa henti.kalau pun diam hnya ntk 10-15min slpas itu mnangis smula.ank saya 3thn lbih dan dia di sahkan ada autism..mohon pada siapa2 yg ada pgalaman,share2 tip supaya ank tidak lg mnangis.

Sumber - PM dalam KAA


KOMEN rakan KAA


Zalina Jamaludin anak sy pn camtu gak...kenal pasti apa yg dia takutkan..kdg2 suasana...ssh nk cite...pd kita suasana ok je...tp bg dia, seraaaammmmm je!

Yeni Thomas Koten sia punya anak pn gtu dlu ..tapi lepas sia kenal pasti apa yang minta baru dia diam

Ielah Kulit Manggis Sian nyer ... Mcm alia dulu... Masa umur 2thn nangis spanjang masa... Ntah sy slalu pasang ayat alquran... LPs asar mandikan dia air garam suam... Ruqyah dulu... Malam... Sblum tido... BC ayat al-quran kat kpala dia... Sampai bbln2 sy amalkan LPs tu... Alhamdulillah dia stop Dan ceria... Gelak plak Dan senyum2... Ckp ulang2 ... Bila diorg takut2 sy buat gitu... Xjemu2 sampai skarang... Dah 7thn dia ada ckp... "Mata merah" dah mati... Xphm ape dia ckp... Sabar ye... Ujian Allah.

Sury Yurika ank sya pun autis n mmg sentiasa mengusut tnp sebab..dia pun blm lg pndai bckp lancar,jd sya sentiasa memberi perhatian lbh kpdnya seperti pa yg dia nk,pa yg ingin d smpaikn(da kala sya sndiri tk fhm pa yg dia ckpkn)..yg pntg jgn bkeras dgn dia.insyallah semuanya akn normal biarpun mengambil msa yg agak lama.

Dayang Norhuraida Kalo rs anak tu menangis keras perut sbb kembung,carikan dentinox colic bg mkn..tp kalo masih menangis.mungkin gangguan..cube pergi darulsyifa y berdekatan dgn rumah..boleh google darulsyifa..minta air tawa&doa2 dr ustaz2 y pandai ilmu agama utk pulihkn anak&pagar rumah.
Tp utk masa tdekat,kalo anak menangis mlm xnk berhenti,cube mandikan anak dgn air limau nipis bancuh air sebaldi ke(petua dr sorg ustazah)kateny,bende2 halus xsuke dgn bau limautu.
Kite ikhtiarla,insyaallah

Naniza Rashid Bole kenalpasti menangis dlm suasana mcmmn, terang/ gelap, ddk sendirian/org ramai. Drpd crita d atas ank puan seperti seorg knk2 yg pasif dan takut untuk buat apa2 aktiviti. Puan bole melatih lebih byk proses sensori untuk ank. Bkn sehari, sebulan, setahun tp hari2 ank perlukan ransangan.
Uci Ariyani Kena cari punca knp dia menangis,dulu ms anak sy umur 3 tahun,mengantuk,lapar,pasti akan tantrum sbb x pandai lg nak ckp apa yg dia mahukan
Sufaini Bidin Kalau pandai mengaji Cuba baca sendiri ayat2 al Quran...klu tak bawa jumpa ustaz...ITU Cara Islamic...Cara modern Cuba but tak tau kat dia masa dia nangis...buat kerja lain
Ellyn Aikal anak sya dh 11 thn.lau menangis mama nya cari2 le pe dia nk.mungkin mkn.ganti pmpers.kembung perut.mungkin gangguan.baca Al fatihah kt umbun2.ayat kursi pn boleh...tk bejalan tk becakap.nk sesuatu yg lbih dia akan paut tgn mamanya...

Ros Liana Anak saya pn sm kdg nangis xtntu ms xtahu knp nk ckap xblh jd dia nangis ja la..mmg kna sabar bnyk jg anak syurga ni...

Abe Wan Kelate Kalau xnk mkn @ minum cuba tengok dlm mulut...takut2 lidah @ gusi yg melecet,..anak sy dh pernah kena...nangis memanjang...maklumlh diorg xtau nk ckp..kalau ada cari ubat Muco-Aid Liquid

Eila Azila Anak saya menangis mlm dr lahir smpai skrang..dah 3 tahun dah sya nga suami xcukup tdo mlm.tula bila t

Eila Azila *bila tau dia ada autism sbr je byk2..dah 2kali pegi ke darussyifa mintak air tawar nga ayat2 quran ...alhamdulillah xbyk perubahan tp kurangla menagis mlm...

Eila Azila Kene bc quraran tiap2 mlm...

Ielah Kulit Manggis Buat sndiri.... Bancuh susu blend kismis n badam... Klu batuk BG madu tukar smua mknn ikut sunnah... Dekatkan diri dgn Allah... Solat mlm... Sedekah seminggu skali...niat kan Ank sembuh... Xperlu hrpn tinggi gunung cukup dia jadi mukalaf tahu sbg org Islam... Allah akn BG klu kita ikut jln dia automatic... Prose's pengucupan otak bila dia terlalu2 nangis... Klu rawatan Islam jin disaluran otaknya sdang menyekat... Bkn nk takutkan lagi cpt ikhtiar cr agama lagi cpt bole kawal

Ielah Kulit Manggis Oil fish... Bila mandi tepok plahan kpala dia dgn air BC ayat kursi surah insyirah surah fatihah...

Ielah Kulit Manggis Mlm tido kan awal... Jgn dgr muzik meleka kan.. Cuba idup zuhud... Sentiasa dgrkan dia asmaulhusna... Klu dia sakit perut bawang putih campor minyak zaitun sapu perut tapak kaki ubun2 Dan sendi sambil ruqyah

Ielah Kulit Manggis Apepun doa IBU bapa paling mujarab... Jgn hrp org buatkan doakan... Allah sdang menguji Dan memanggil kita dgn kasih sayang Nya.... Pandang dengan positif ... Hadiah yg diberi bungkusan xelok tapi dalam nyer mungkin berharga... Autism bkn musibah atau cacat tetapi Allah sdang memanggil kita berjihad pelihara ahli syurga yg juga ticket kita

Jamiah JM Thewive Kenal pasti punca dulu. Cek seluruh badan. Mana tau ada bisul atau sesuatu yg membuat anak tidak selesa.. Kadang2 anak menangis kerana inginkan perhatian.. Belai anak dgn penuh kasih sayang dan bawa la jumpa doktor..

Mohd Firdaus ank saya dulu pun macam tu jgk sekarang dah 4 tahun alhamdulillah dah kurang. saya jumpa ustaz.azmi 0125346374.insyaAllah ia dapat membantu walaupun dari jauh. Kita sama sama banyak berdoa. Banyak bawa dia bersiar siar untuk lepaskan tekanan dalam dirinya taman kanak-kanak. anak saya pun autisme. banyak2 bersabarlah tuan


Friday, November 21, 2014

Hasil siasatan polis - Autisma campak Prasekolah

SEREMBAN – Adam Zikri Faizul Khairy, 6, kanak-kanak yang dijumpai terdampar di kaki lima Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya di sini semalam, dipercayai terjatuh dan bukan dicampak dari tingkat dua sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban Supt Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima panggilan pada kira-kira 2.55 petang semalam dan ketika kejadian berlaku, sesi persekolahan telah tamat.
“Kita sudah dapatkan keterangan dari tiga orang murid berusia 11 tahun pagi ini, dan mereka memberitahu ketika kejadian berlaku, ada seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun yang bersekolah di sekolah pendidikan khas telah berjumpa dengan mangsa di tingkat dua dan mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor.
“Kemudian mungkin kerana mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana tembok koridor tersebut yang permukaannya kecil, menyebabkan mangsa tidak seimbang lalu terjatuh dari ketinggian lebuh kurang 20-30 kaki,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar ini cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat berbuat demikian.
“Dari keterangan yang diberi, kita lihat ia konsisten dengan apa yang berlaku,” katanya.
Muhamad Zaki berkata pihak polis telah menemu bual kanak-kanak autisme yang juga merupakan murid Program Pendudukan Khas Integrasi, dan mendapati kanak-kanak ini seorang yang hiperaktif dan dia tidak tahu akan akibat perbuatannya.
“Kita sudah buka kertas siasatan awal dan akan kemukakan kes ini ke pihak pendakwa raya. Di dalam undang-undang juga menyebutkan kanak-kanak berumur 12 tahun sekiranya dia tidak mengetahui apa perbuatannya, tidak menjadi satu kesalahan,” katanya.
Sementara itu, bapa kepada Adam Zikri, Faizul Khairy Zulkifli, 38, ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar di sini berkata anaknya dalam keadaan stabil dan hanya mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri selain cedera pada kepala.
Beliau berkata Adam Zikri telah selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) dan doktor memberitahu tiada pendarahan dalaman berlaku.
“Adam Zikri sudah boleh bercakap dan ketika sedar dia minta saya milo ais dan vitagen. Dia kini dalam proses penyembuhan,” katanya.
Faizul Khairi berkata pihaknya tiada dendam dengan murid terlibat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
“Fokus saya hanya kepada anak saya dan saya sudah buat laporan polis pagi tadi untuk proses tuntutan insurans kelak,” katanya.
Adam Zikri, 6, merupakan anak bongsu dari tiga beradik dan merupakan murid prasekolah Taman Tasik Jaya di sini. – BERNAMA

Thursday, November 20, 2014

Rawatan Autisma

SEMAKIN ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme.
Hampir setiap hari pasti ada yang membawa anak bermasalah autisme ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bagi mendapatkan rawatan.
Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.
Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal.
Umur anak-anak tersebut turut berbeza; dari berumur 6 bulan hingga lewat 20-an.
Kadangkala, bukan sahaja pesakit autisme mendapatkan rawatan bahkan ibu bapa dan ahli keluarga mereka juga ekoran tekanan yang kuat gara-gara menjaga pesakit tersebut.
Sifat sabar ibu bapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan terbaik buat pesakit autisme.
Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."
Pengenalan & ciri-ciri umumAutisme adalah satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak dan minda yang boleh berlaku seawal usia 6 bulan dan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak dirawat.
Penyakit autisme mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang terjejas. Pesakit menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum iaitu:
Masalah tidak mampu bersosial
Ini simptom utama penyakit autisme. Pesakit tidak tahu bergaul dengan orang sekeliling secara normal. Mereka selalunya tidak mempunyai sifat empati terhadap orang lain.Mereka tidak mengendahkan orang lain dan seperti termenung seorang diri.
Ada pesakit yang menunjukkan sikap tidak sepatutnya di depan orang ramai seperti menjerit sekuat hati atau membaling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisme lebih gemar menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan sebaya yang sedang bermain.
Kesukaran berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain
Mereka selalunya lambat bercakap dan apabila cuba untuk berkomunikasi dengan orang lain, orang lain sukar memahami apa yang mereka cuba sampaikan.
Mereka kadangkala bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi. Malah, ada di antara pesakit autisme lebih gemar menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibu bapa.
Masalah tingkah laku dan pemikiran
Ada di antara mereka yang gemar melakukan satu-satu perkara berulang kali (compulsive behaviour).
Ada juga yang mempunyai minat pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa cuba menghalang minat tersebut.
Sebagai contoh, ada pesakit kami yang hobinya membawa ranting pokok ke mana dia pergi dan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba mengambil ranting tersebut dari tangannya.
Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.
Punca-puncaMasalah autisme berlaku tanpa mengira kira bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosial ekonomi dan gaya hidup.
Sehingga hari ini, dunia perubatan moden masih belum dapat mengesan secara pasti punca sebenar penyakit ini. Mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat anak autisme.
Selain itu, sangat penting buat semua ibu bapa yang mempunyai anak autisme untuk memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca daripada asuhan atau penjagaan yang tidak baik semasa anak masih bayi.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak autisme, terdapat kes melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya saka yang menyebabkan masalah autisme.
Gangguan saka selalunya diwarisi melalui keturunan keluarga terdahulu di mana makhluk halus ini merosakkan saraf dan minda pesakit menyebabkan berlakunya autisme.
Sukar untuk perubatan moden membuktikan wujudnya pengaruh makhluk halus dalam anak-anak autisme ini tetapi sudah ramai pesakit menunjukkan perubahan positif selepas makhluk halus ini dikeluarkan daripada tubuh badan mereka.
Tanda-tanda awal autismeAntara tanda awal masalah autisme yang boleh berlaku seperti;
n Anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan.
n Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
n Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
n Gagal memberi respons apabila nama dipanggil.
n Suka menyendiri.
n Suka menyusun objek mengikut susunan tersendiri.
Senarai di atas hanyalah sebahagian daripada tanda awal masalah autisme dan sebarang diagnosis akhir haruslah dirujuk kepada pakar perubatan kanak-kanak.
Rawatan modenRawatan untuk penyakit autisme pada masa kini melibatkan banyak aspek terutamanya dari segi pendidikan khas sejak usia awal.
Objektif utama rawatan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit agar mampu berdikari dalam hampir semua aspek kehidupan.
Buat masa ini, tiada rawatan tunggal yang mampu merawat autisme. Selalunya beberapa jenis rawatan perlu diolah mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisme.
Contoh rawatan yang selalu diguna pakai adalah senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap, terapi pertuturan dan kaunseling keluarga.
Ahli keluarga terutama ibu bapa selalunya diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak autisme.
Selain itu, guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting memastikan kanak-kanak autisme mendapat pendidikan mengikut cara sesuai dengan keperluan masalah mereka.
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar tiga kali pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali waktu siang.
Amalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.
PenutupIbu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak masing-masing.
Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
Hasil pengalaman kami merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.
Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.
Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130224/kn_04/Autisme#ixzz3J3j49dBD 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!