Monday, November 3, 2014

Aku Bersyukur Anakku Autisma

 
Ada satu kisah relevan yang membawa pengajaran. Hari itu saya menghantar 1 buku “aku bersyukur anakku autism” dan 1 buku haji (Baitullah aku datang) kepada seorang kenalan mekanik, pemilik bengkel membaiki kereta. Saya sedikit ‘curious’ kenapa pula dia mahukan buku ini. (Sebab tidak mudah seseorang hendak membaca buku sebegini jika tidak ada suatu sebab kuat yang menarik hatinya atau memaksa..) Dengan berhemat saya bertanya, “A……., mengapa kau berminat nak baca buku ini?

Dipendek cerita. Dia dikurniakan seorang anak lelaki yang mempunyai autisme.
Dari perbualan kami, ada satu perkara penting yang diluahkan. Dia kata isteri dia telah bawa anaknya ke hospital swasta di Melaka dan berjumpa seorang doktor pakar… 
Antara ayat yang dikatakan oleh doktor pakar itu telah membuatkan isterinya menangis.
  anak autisme takda masa depan

Apa agaknya perasaan saya mendengarnya? Namun saya berbaik sangka kerana kita tidak mendapat maklumat lengkap dalam konteks apa ayat itu dikeluarkan. Mungkin juga kerana kurang fasih berbahasa melayu, maka ayat yang dikeluarkan bukan apa yang ingin disampaikan (dimaksudkan). Namun situasi perbualan kami terlalu singkat disebabkan ada pelanggan memerlukan perhatian mekanik itu. Saya tidak sempat bertanya apa-apa lagi.

Cuma jika saya berjumpa isteri mekanik itu mungkin saya akan katakan, “Lah tahzan, inna Allah a, ma’ana”. Mungkin tidak, kerana takkan tiba-tiba jumpa nak cakap macam ini.

Mungkin saya akan katakan bahawa sebahagian isi (dan tujuan utama) buku yang saya berikan kepada suaminya itu ada dan dapat memberi jawapan terbaik dalam menjawab kata-kata doktor pakar itu.

Sesungguhnya benarlah kanak-kanak autisme akan mempunyai cabaran berbeza dan mencabar pada masa depan mereka dalam memenuhi tuntutan keperluan hidup tetapi ada banyak bukti kes-kes kejayaan dari kalangan mereka yang mempunyai autisme.

Melebihi dan di atas semua itu, bagi kita orang Islam, kanak-kanak autisme ini adalah mempunyai kedudukan khas dan istimewa di sisi Allah. Ia adalah satu peluang yang Allah sediakan untuk dirinya dan orang disekelilingnya dalam meraihkan kebahagian dunia dan kejayaan hakiki di akhirat. Jika kita (ibubapa dll) berjaya menangani dengan betul, ketika itu tiadalah yang lain melainkan bahawa :-

“Anak autism adalah satu jalan untuk kita ke Syurga-Nya” 
 

Untuk artikel lanjut sila ziarahi. http://hisham-ahmad.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!