Thursday, November 13, 2014

Murid Khas campak Murid Normal

Budak pra SK Tmn Tasik Jaya yg terjatuh dr tingkat 2. Dia hendak cari emaknya di bilik guru tingkat 2. Dlm perjlnan nak sampai ke bilik guru dia diangkat dan dicampak oleh seorg budak PPKI. Budak PPKI tu bdn besar dan agresif. Dgr ceritanya mula2 budak tu nak angkat budak thn 5 tp x terdaya lalu budak pra td lalu kat situ pd masa tu lalu di angkat. Budak tu kecil dan kurus je. Emak budak tu meraung dan lembik badannya. Sebelah tepi kepala berlubang dan kaki patah. Skrg ada kat Hosp TTJ. Tlg doakan keselamatan dan semoga budak itu cepat sembuh. Bdak yg bling tu bdak istimewa..autisma dan hiperaktif.


Sumber - Berita Harian
Seremban: Keadaan murid prasekolah yang dipercayai dicampak seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari tingkat dua bangunan Sekolah Kebangsaaan (SK) Taman Tasik Jaya, Senawang, petang kelmarin, dilaporkan stabil.

Bapanya Faizul Khairy Zulkifli, 38, berkata, anaknya tidak mengalami komplikasi serius akibat kecederaan dialami dan selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) pagi tadi di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Katanya, beliau sekeluarga bersyukur dengan perkembangan itu yang dimaklumkan oleh doktor yang merawat Adam Zikri.

"Doktor beritahu setakat ini mereka tidak mengesan komplikasi serius akibat impak ketika dia jatuh. Anak saya mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan selain cedera di kepala," katanya di sini, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan mangsa dikatakan dicampak oleh seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari tingkat dua bangunan sekolah itu jam 1.30 tengah hari semalam.

Sumber - Hmetro

No comments:

Post a Comment

Tempah IKLAN anda di sini

IKLAN
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Advertise Now!